Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka..
Isteri
: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami
: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi
dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan
saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami
: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang
memang cintakan Sayang!
Isteri
: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si
suami menarik nafas panjang dan dia berkata..
"Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan
setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si
isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu
selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat
bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat
itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi
begini :
Sayang!
Jika
disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah
engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan
senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment