Cara
Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya (Menarik!)
Memang tidak
dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak
hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri
adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap
menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar
Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya
amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia
sangat menghormati isterinya.
Dikisahkan,
pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang
selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel
terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang,
atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat
menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika,
lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri
ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu
hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan
si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat
untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi
masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan
isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya
dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri
Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula
kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar
pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami
nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk
bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi
berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa
hajat kamu datang kemari?”
Lalu si
suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat
membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku
batalkan saja hasratku.”
Mendengar
jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut
sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak,
membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku,
membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, kerana
sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah
hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang
panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam,
tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga,
beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.
Sumber : Anak2 N9
* Sweet kan? hehe..
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
( Ar-Rum : 21 )
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
( Ar-Rum : 21 )
Memandangkan CK ni jenis yang 'agak' kuat membebel, so nak pesan ciap2 la kat bakal suamiku kan.. Silalah bertahan dengan bebelanku ini ye..muahehehehe..
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment