Sepasang suami
isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak
diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini,
perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap
dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar
tetap dikunci.
Bermainlah dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga
raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia
terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya
tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada
kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa
lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan
ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.
Penuh sebelah
kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,
gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang
itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli
dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan
jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam
ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi
diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !” “Duduk
di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.
Si anak yang
mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh
manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya
ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil
pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.
Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas
memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah
melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si
bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.
“Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari
kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah
langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap
hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi minum
panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa
suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap”
kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah
seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada
pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah,
demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa
dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang
terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan,
selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga
terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah
dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau
ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang
kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..”
katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari
Surabaya itu meraung seperti histeria. “Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam
mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung
si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang
sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
*Emm..sedih la..budak kecil je lagi tapi jangan la hukum sampai camtu lagi.. pengajaran untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.. Jaga sikit emosi.. Jangan tau nak lepas marah je..
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment