Kita gelarkan mereka sebagai Aliff dan
Mira. Bagaimanapun, Mira tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang
persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.
Pada suatu hari, Aliff mendatangi Mira dengan satu dilema. Aliff meminati seorang gadis dan meminta pendapat Mira sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Mira hancur berkecai
tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya
jua.
“Aliff rasa, dia suka Aliff tak?” tanya Mira.
“Aliff tak pasti, tetapi… mungkin juga,” jawab Aliff.
“Adakah Aliff pasti
dia belum berpunya?” tanya Mira lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis
pujaan Aliff sudah mempunyai teman istimewa.
Aliff menjawab: “Belum.”
“Kalau macam tu, teruskan. Itu cara
terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Aliff Lagipun, siapalah yang
mampu menolak lelaki seperti Aliff kan,” ujar Mira cuba bergurau dan menyembunyikan
perasaannya.
Selepas itu, Mira cuba mengorek lebih lanjut daripada
teman-temannya dan Aliff, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.
Beberapa hari kemudian, Aliff datang lagi.
“Perlukah saya membelinya sejambak bunga?”
“Ya, Mira tidak pernah terjumpa
mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!’
“Bunga apa yang patut Aliff berikan? Bergantung, kepada apa?”
“Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia
sukakan dan berapa banyak wang yang Aliff ada.”
“Aliff tak kisah tentang duit.”
“Kalau begitu, belikan dia bunga mawar
merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya.”
“Adakah penjual bunga boleh
mengirimkannya bersama kad ucapan?”
“Ya, boleh.. Tapi kenapa Aliff tidak memberikannya
sendiri?”
“Tak boleh.”
“Kenapa pula?”
“Aliff takut dia tidak sukakan Aliff.” Mira menjadi bertambah sedih.
Pada suatu hari, ketika sedang mengemas
rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki
penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama
sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:
Sudah tentu Mira terus menghubungi Aliff dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.
"Sudah lama Aliff tertarik pada Mira (lelaki
mana yang tidak tertarik pada Mira bukan?) Namun, semakin kita
menjadi akrab, Aliff dapat melihat kecantikan
dalaman Mira sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Aliff menjadi
lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Aliff bimbang untuk
berterus terang.
Aliff menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Aliff mahu Mira tahu,
apa yang Aliff rasai di dalam. Sekiranya Mira tidak merasakan apa
yang Aliff rasai, Aliff sesungguhnya mengerti. Aliff harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Aliff berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi.
Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey?
Hubungi Aliff. Aliff mahu tahu, apa pendapat Mira.."
Sudah tentu Mira terus menghubungi Aliff dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.
Sumber : Cicinta
*Haaaaa... Awak..kalau suka tu, berterus terang je la.. Tak yah la nak pendam-pendam sangat perasaan tu.. Kang ada orang sambar kang, berkecai plak hati tu..kihkihkih.. Saya tunggu ni.. :p
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment