I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 26, 2012

4 Syarat Bertudung-Ustaz Don Daniyal

video

Assalamualaikum..Hari ni CK nak share satu video pasal syarat-syarat untuk bertudung daripada ceramah Ustaz Don Daniyal..CK ambik daripada Youtube (terima kasih la ye kepada owner yang upload tu..) tapi dalam bentuk by part..ada 4 ke 5 part ntah..lupa dah..tapi CK dah combinekan semua part..So jadilah video yang kat atas ni..

Ustaz kata, tak kisah kita nak pakai tudung jenis fesyen ape pun asalkan menepati, memenuhi 4 syarat nih..Rasulullah SAW juga tak kata mana-mana jenis tudung yang paling elok..Cuma Rasulullah SAW mahu wanita mengikuti 4 syarat ni..

Kat bawah ni CK ada tulis sedikit pasal apa yang Ustaz Don terangkan kat dalam video nih..boleh la baca sambil tengok video..Harap memberi manfaat..




"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
( An Nur : 31 )

4 Syarat Bertudung
Gambar Hiasan
1.  وليضربن dan ولايضربن بارجلهن (Jangan hentakkan kaki kamu) -Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah
Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak lurah atau isi dalam baju kita..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi la..

2. بخمرهن (Terselindung)
Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata transparent..Kalau jarang, nun dari jauh udah nampak bayang-bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalah kain telekung kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah tanpa kita sedar..iye dak?

Longgar
Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trend sekarang pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..Siyez la CK cakap, TAK CANTIK pun korang pakai macam tu..

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 
(HR : Muslim. Hadith no 212.)
Tersembunyi
Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut ditutup la..

Menutupi @ menyelaputi
Otak yang hilang kewarasan kerana diselaputi selepas mabuk minum arak..(mesti ramai yang tak faham part ni..CK tak tau nak hurai macam mana..kalau nak faham,kena tengok dalam video nih..)

3. على (Atas)
Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah sampai time tu..Beware..

4. جيوبهن (Dada)
Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..

Jadi, perhatikan cara pemakaian kalian..CK penah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, ada orang soal pasal wajib ke pakai tudung?..Ustaz jawab, kita tak wajib pakai tudung tapi kita WAJIB MENUTUP AURAT..So,pandai-pandai la korang pikiaq..wassalam..

♥ Kalau like, klik like ♥


Friday, February 17, 2012

Aku Dan Dia, Akhirnya Bersatu..


Aku sangat sayangkan dia..Benar!!..Aku terpaut dengan perwatakannya yang sopan, baik terhadap semua orang, lembut dalam bicaranya..aku benar2 terpaut kepadanya..Dan yang paling penting, aku cinta akan agamanya iaitu Islam..berpegang teguh pada ajaran agama..

Namun apa nak buat, hati masing-masing sudah terpaut..Aku sayang dia..Dan ternyata dia juga menyayangi aku..Kami saling menyimpan perasaan..Tidak diketahui orang lain..Biarlah ia menjadi rahsia kita berdua..

Namun kerana dek rahsia, ada hati lain yang mula menyimpan perasaan terhadap aku..Diluahkan perasaannya terhadap kekasih hatiku..Kerana kawan, kekasih melepaskan aku untuk aku bersama temannya.. "Kenapa sanggup awak melepaskan saya??"

"Kerana dia adalah teman ku..Saya ingin melihat temanku itu bahagia.."

"Dengan melihat air mata saya mengalir?"

"Saya masih dapat melihat awak apabila awak bersamanya..Awak akan bahagia bersamanya..........."

".................."

Kekasih, kau tinggalkan aku kerana temanmu..Mungkin melalui dia, aku masih mampu melihatmu dari jauh..Itu sudah cukup memadai..Jika itu mampu membahagiakan hatimu..

Namun apa yang dirancang tidak semuanya menjadi..Ayah merancang jodohku secara senyap dengan orang lain tanpa pengatahuanku..Itu sudah cukup untuk menghancurkan hati kecil ini..Aku menangis lagi..Aku dapat rasakan bahawa aku semakin jauh dengan kekasihku..Kekasih yang mengasihimu ya Allah..Allah, apakah sebenarnya ujian ini..

Segalanya sudah dirancang..Kekasihku hanya terima dengan redha..Teman kepada kekasihku kecewa namun hatinya juga cukup kuat untuk menerima..Cuma hati ini yang begitu lemah..Tapi apa yang aku mampu lakukan??..Hanya mampu menerima..walaupun hati menangis dalam gerimis..

Aku bertemu dengan bakal tunangku..Aku melihat wajahnya..persis orang yang ku kenal..Ya, aku kenal..Orang ini yang pernah cuba menagih kasihku dulu..Tapi hatiku kuat untuk menolaknya..Aku benar2 tidak punya hati untuk bersamanya.. 'Ayah, tolonglah fahami anakmu ini..Anakmu mencintai hamba Allah yang lain..'.. Itu hanyalah monolog dalam hati kecil..tidak mampu didengari oleh sesiapa melainkan Tuhan Yang Satu..

Segala sudah tersurat..Aku ditunangkan dengan orang yang aku tidak suka..Namun tidak dapat dinafikan, dia baik terhadapku.. 'Aku minta maaf..Kamu bukanlah orang yang memiliki cintaku selepas Allah dan Rasul..'

Dia membawaku ke sesuatu tempat..Bukanlah tempat untuk berdua-duaan..tapi tempat untuk merehatkan minda dan pandangan..Tapi mindaku hanya pada pencuri hatiku..Dan pandanganku tertumpu pada satu susuk tubuh yang jauh dari pandanganku..Ya,dialah kekasih hatiku..Sekali lagi Allah temukan aku denganmu walaupun dari jauh..

Tunang membawaku pulang ke rumahnya untuk bertemu keluarga..Mereka melayanku baik..Ketika aku sedang membantu mereka mengemas rumah, ada seorang wanita datang mendekati.."Siapa yang ada dalam hatimu?"

Aku menundukkan kepala..serba salah untuk berterus terang..Tapi aku harus luahkan..terlalu pedih untuk menahan.."Kekasih hatiku.."

"Siapa dia kekasih hatimu?"

"Seorang pencuri hati yang begitu redha dengan takdir Allah.."

Tapi dari situ aku yakin perasaan aku..Dan aku pasti bahawa aku perlu dapatkan apa yang aku perlukan.. Pada hari untuk menyambut bakal menantu ayah, suasana cukup meriah..dari jauh aku melihat tunangku berjalan semakin hampir, hampir dan hampir..Aku bakal diijabkabulkan..Aku tak mampu untuk terus bertahan..Aku bangun dan terus berlari keluar..kecoh..Ramai yang mengejar aku..Aku tidak peduli..Aku tidak kisah andai ada yang berkata aku sengaja membollywoodkan kisah aku..

Aku menyeberangi sawah yang ada..rumahnya didepanku..Si pencuri hatiku juga ada di situ..Melihat wajahnya sudah cukup membuatku tersenyum bahagia..Di belakangku sudah ramai yang datang berkumpul, orang-orang yang mengejarku..Kini mereka tahu, siapa sebenarnya pencuri hatiku..Dan ayah bersetuju..Tunangku hanya tersenyum..Dia rela melepaskan aku untuk aku bersama dengan si pencuri hatiku..Dengan restu mereka semua, kami di satukan..Alhamdulillah..

* Hanya cerita rekaan semata-mata yang tak berapa pandai nak direka..huhu..

♥ Kalau like, klik like ♥

Thursday, February 16, 2012

Solat 34 Minit Sehari..Anda mampu??


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
     ¯  Subuh: 2 rakaat
     ¯  Zuhur: 4 rakaat
     ¯  Asar: 4 rakaat
     ¯  Maghrib: 3 rakaat
     ¯  Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk. InsyaAllah, mudah-mudahan..



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...