Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita
terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat
atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan,
dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
¯ Subuh: 2 rakaat
¯ Zuhur: 4 rakaat
¯ Asar: 4 rakaat
¯ Maghrib: 3 rakaat
¯ Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan
seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka
jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34
minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa
yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.
Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7
bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam
sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4
bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama
dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah
bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang
hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan
purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur
seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini
bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika
dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari,
maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah
397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh
kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk
menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama',
kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.
Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat
singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun
masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki
solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
khusyuk. InsyaAllah, mudah-mudahan..
Sumber : Himpunan Tazkirah
No comments:
Post a Comment