I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 31, 2012

Sutera Baldu : Episod 18

Udara sejuk pada waktu pagi di tanah tinggi sangat sejuk. Iman yang baru terjaga kembali menarik selimut untuk menutupi tubuhnya. Terasa begitu sejuk mencengkam tubuh sehinggakan apabila Iman menyentuh hidungnya sendiri, dia tidak dapat merasai sentuhan tersebut. Jam menunjukkan sudah pukul 6.15 pagi. Aduh, macam mana nak mandi ni. Belum kena air pun dah rasa nak beku. Inikan pula nak mandi. Iman masih berselubung.

Beratnya kaki nak melangkah ke bilik air namun digagahi juga memandangkan dirinya belum menunaikan solat subuh. Lagipun semalam sebelum tidur, Mifzal sudah memberitahu dia bahawa mereka akan ke ladang pada pukul 8 pagi. Awalnya..

Iman segera bersiap. Niat di hati mahu membantu Mak Tia menyediakan sarapan. Sebelum keluar bilik, Iman sempat lagi membelek matanya. Risau kalau-kalau matanya membengkak akibat menangis malam semalam. Argh..bengkak jugak! Nasib sikit je.. Benjol di dahi semalam pun dah surut. Nasib baik..

Laju Iman berlari menuruni tangga. Tiba-tiba Mifzal yang datang entah dari mana muncul di penjuru tangga. Iman yang sedang laju menuruni tangga hampir-hampir melanggar Mifzal di hadapan. Akibat berhenti mengejut, kaki Iman yang sedang melangkah tergelincir satu anak tangga. Iman yang tidak dapat mengimbangi badannya terus jatuh terduduk.

“Ouchhh..”

Mifzal hanya melihat Iman yang jatuh terduduk di depannya sambil berpeluk tubuh. Dia langsung tidak membantu Iman untuk bangun semula. Iman yang masih terduduk di tangga memejamkan matanya menahan kesakitan akibat terhentak di atas permukaan yang keras. Digosok-gosok punggungnya supaya dapat mengurangkan sedikit keperitan di bahagian itu.

Iman sedaya upaya cuba bangun dengan berpaut pada penghadang tangga. Terasa seperti pinggulnya membesar. Susahnya nak bangun. Iman masih terkial-kial. Sempat dia mengerling melihat majikannya. Mifzal yang daripada tadi menjadi pemerhati yang setia hanya berdiri kaku di hadapan Iman.

“Sakit?” Selamba Mifzal bertanya. Dia membongkok sedikit badannya supaya dapat melihat Iman yang asyik memandang ke bawah.

Iman memandang Mifzal sekilas sambil mencebik.

“Tak sakit pun. Sedap sangat-sangat..” Mengada je dia ni buat-buat tanya sakit ke tak pulak.

Iman cuba bangun semula untuk menunjukkan kepada Mifzal bahawa dia tidak sakit. Baru saja Iman berjaya bangun, Mifzal terus memegang lengannya dan membantu Iman untuk ke ruang tamu.

Terkejut Iman dengan tindakan Mifzal. Cepat-cepat dia menarik lengannya semula daripada pegangan majikannya. Namun cengkaman Mifzal lebih kuat daripada dayanya. Mata Iman bulat memandang Mifzal namun kakinya tetap melangkah ke tempat yang di tuju.

“Hah..Duduk kat sini.”

Iman hanya menurut kata-kata majikannya. Terkenyit-kenyit mata Iman semasa ingin duduk di atas kerusi apabila dia merasa ngilu di bahagian pinggangnya.

Mifzal berlalu ke dapur meninggalkan Iman di ruang tamu. Iman hanya melihat dengan hujung anak matanya.

“Huh..Macam tu je tinggal aku yang tengah sakit? Aku jatuh pun sebab kau tau tak!” Iman mengomel-ngomel tanda tidak puas hati.

Masih terbayang lagi semasa dia terkejut melihat Mifzal yang tiba-tiba muncul di penjuru tangga. Untuk mengelak daripada terlanggar majikannya, Iman cuba berhenti tetapi kakinya tidak dapat menahan permukaan anak tangga itu dengan baik menyebabkan dia tergelincir.

Leka Iman asyik melayan perasaan tidak puas hatinya sehinggakan Mifzal yang berada di sebelahnya pun dia tidak sedar.

“Minum susu ni..”

“Oh mak!! Eh, bila bos duduk kat tepi ni?”

Iman memandang ke arah lain. Diketap bibirnya. Cuak. Agak-agak bos dengar tak tadi? Habis la aku...

“Baru je duduk sini. Awak sakit lagi ke?”

“Eh, mana ada sakit..”

Iman masih cuba berdalih. Malu la nak cakap sakit kat bontot.

“Saya tahu la yang awak sakit kat situ kan?” Mifzal bertanya sambil jarinya ditunjukkan ke arah pinggul Iman.

“Ish!! Tak la!!” Iman yang terkejut terus memukul tangan Mifzal yang terasa begitu dekat dengan dirinya. Eh, melebih dah ni. Tumbuk kang!

Mifzal yang juga terkejut dengan tindakan Iman terus meledakkan tawanya. Haha. Dia boleh melihat dengan jelas wajah Iman yang sudah berubah merah apabila ditanya soalan seperti itu.

Iman yang geram melihat majikannya seronok ketawakan dirinya memberikan jelingan padu kepada Mifzal. Mifzal masih tidak berhenti ketawakan dirinya. Arghhh!!!..Memang nak kena tumbuk ini orang!

Semakin lama duduk sini, semakin sakit pulak hati. Iman bingkas bangun menuju ke dapur walaupun pinggulnya masih terasa sengal.

“Eh..Eh..Awak dah boleh berjalan ye?” Mifzal bertanya sejurus melihat Iman bangun berjalan walaupun tawanya masih bersisa. Iman berpaling memandang Mifzal.

“Saya memang dah boleh berjalan sejak berumur setahun lagi..huh..” Bersahaja Iman menjawab pertanyaan Mifzal. Hilang tawa Mifzal mendengar jawapan Iman. Oh, nak mainkan aku pulak ye?

Senyuman sinis terukir di bibir Iman. Suka dia dapat kenakan Mifzal semula. Tu la..Kenakan orang lagi.

“Bos, jangan la nak termenung dah. Jom breakfast dulu. Nanti nak pergi ladang dah.” Suara Iman memecahkan lamunan Mifzal. Apa la yang difikirkan oleh anak jejaka tu tadi. Agaknya tengah plan nak kenakan aku lagi agaknya.

Mifzal hanya mendiamkan diri. Segera dia membuntuti Iman ke meja makan. Dia mengambil tempat di hadapan Iman.

“Em, bos.. Sara kat mana ye? Tadi saya cari dia tak ada pun.”

“Oh, Sara pergi rumah kawan dia. Katanya family kawan dia tu nak pergi jalan-jalan. Dia nak ikut jugak.” Mifzal menjawab.

“Yeke. Bos tak risau Sara keluar dengan orang lain?”

“Kalau dengan family Encik Hamzah tu, saya tak risau. Kami memang dah kenal lama. Sara pun memang rapat dengan family tu.” Mifzal menerangkan kepada Iman.

“Jadi kita je ke yang pergi ke ladang pagi ni?” Iman menyoal lagi.

“Habis tu awak nak saya bawak Mak Tia dengan Pak Mail sekali ke?” Mifzal menyoal kembali. Sempat Mifzal mengerling ke arah Iman sebelum menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

Iman menjuih bibirnya. Boleh lagi nak perli orang tu. Bukannya apa, Iman sebenarnya berasa kurang selesa bila mereka hanya berdua. Mifzal kadang-kadang berperangai pelik membuatkan Iman merasa tidak selesa dan takut, mungkin.

_______________________________

“Awak ni kenapa? Sebelum ni saya sms, awak bukan nak reply. Kalau saya call, punya la susah nak angkat. Awak ni ada masalah apa sebenarnya?”

“Awak tak kan faham!”

“Saya tak akan faham kalau awak tak beritahu saya. Awak senyap macam ni, macam langsung tak pernah wujud sebelum ni.” Iman menarik nafas dalam-dalam. Dia memang tak suka situasi seperti ini. Bergaduh dengan insan yang dia sayang. Sungguh menyakitkan.

“See! Sekarang awak nak kata yang saya ni tak wujud dalam hidup awak? So macam mana saya nak meluahkan masalah saya pada awak?!”

Suasana tegang. Daiyan seperti tidak mahu mengalah untuk terus merahsiakan perkara yang dihadapinya kini.

“Saya tak kata awak tak wujud dalam hidup saya. Tapi awak yang buat saya macam tak wujud dalam hidup awak! Sebelum ni awak kata saya orang yang penting dalam hidup awak. Now, awak buat saya seperti seorang yang useless!!”

Air mata yang mengalir diseka. Iman tak boleh terus mengalirkan air mata ketika ini. Jika tidak, pasti dia tak mampu untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya selama ini.

“Sudah lah! Biarkan aku sendiri! Semua orang tak pernah nak faham aku! Semua buat aku macam tak ada perasaan!”

“Aku?? Awak cakap 'aku' dengan saya?  What wrong with you, Daiyan?!! I dont know what happen to you. Awak senyap selama ni. Tiba-tiba hari ni awak cakap nak putus dengan saya. Awak yang hilang selama ni. Bukan saya yang tak care about you!!"

Senyap. Iman benar-benar hilang sabar. Nafasnya kencang. Daiyan langsung tidak membalas kata apa-apa. Sungguh dia begitu tertekan kini. Tertekan dengan tekanan yang dicipta oleh keluarganya sendiri.

"Daiyan!! Kenapa awak senyap? Dah tak reti nak bercakap? Tadi boleh plak!"

Daiyan hanya membisu sembunyikan sendunya. Sungguh Iman, kau tak tahu apa yang aku tanggung sekarang. 

Keadaan yang sunyi itu membuatkan perasaan bersalah menyerbu dalam diri Iman. Mungkin benar Daiyan sedang menghadapi masalah yang besar. Sebolehnya dia mahu segalanya kembali kepada asal seperti dulu-dulu.

“Daiyan. Saya minta maaf. Saya tahu awak mungkin sedang ada masalah besar dan memerlukan masa untuk bersendirian. Tapi ingatlah, saya sentiasa fikirkan awak. Saya ada bila awak perlukan saya.”

“Saya penat. Penat sangat. Saya nak rehat.” kata Daiyan, lemah. Sayu Iman mendengar suara Daiyan ketika itu. Jika boleh dia ingin pergi kepada Daiyan sekarang. Mungkin Daiyan memerlukan dirinya ketika itu namun berat untuk diluahkan.

“Rehat la.”

Maafkan aku, Iman. Aku tak mampu nak meluahkan apa yang terpendam sarat dalam hati aku sekarang. Sungguh, memang aku perlukan kau tapi keadaan yang memaksa aku untuk terus mengunci ketat perkara yang berlaku. Namun aku pasti, lambat laun kau akan tahu juga nanti. Aku hanya mampu menyeka air mata tatkala ia menitis lagi.

Kenapa kau tak sedar yang aku sentiasa menantikan kau? Aku dah macam orang gila yang fikirkan kau. Dulu kau tak pernah macam ni. Bila kau ada masalah, aku yang kau cari. Kini, aku seperti tiada maknanya lagi bagi diri kau. Tapi percayalah, aku tetap bersama kau. Carilah aku bila kau memerlukan aku..Air mata, janganlah kau menitis lagi..


Monday, July 30, 2012

Beri peringatan dan teguran dengan baik..


Kalau ada orang tegur kita, jangan la cepat melenting.. Tak kisah la tentang perbuatan kita ke, percakapan kita ke, cara pemerhatian kita ke, cara pemakaian kita ke..Orang yang menegur tu mesti nak menjadikan kita lebih baik, tak gitu?

Selalu jugak la CK dengar bila ada sesorang menegur, orang tu cepat benor melentingnya. Sama la cam dialog kat atas ni. Kita selalu cakap kat orang yang tegur kita, 

"Eleh..tegur2 orang plak.. Macam la kau bagus sangat!!"

Eh..macam tu ke?

Tapi yang nak menegur tu pun perlu la kena dengan caranya.. Jangan nak ber 'hoi2' la dengan orang.. Tutur kata masa menegur perlu lembut, berhemah, tidak menggunakan bahasa yang kasar.. Jangan sampai mengguris hati orang.. Kalau tak, macam mana teguran tu nak berkesan kat dalam hati?

Kalau CK la kan, CK mudah nak terima teguran orang tapi kena baik-baik la.. Kalau orang tu tegur bunyi ala2 sindiran, CK cepat hangin jugak.. Tapi kena kawal jugak la hangin tu kan.. 

Bila ada orang tegur baik2, rasa senang je nak serap teguran tu dalam otak ngn hati.. Baru la mudah nak fikir positif tentang teguran tu.. Dan dapat berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik..

Tu pendapat CK je la kan..cara CK.. Cara korang, CK tak tau la kan..huhu..

Firman Allah,
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
( Adz Dzariyat : 55 )

♥ Kalau like, klik like ♥

Friday, July 27, 2012

Sambut Birthday yang ke-22 ♥

Assalamualaikum..

Umurku dah mencecah 22tahun pada 21 JULAI 2012 hari tu..cukup seminggu dah..huhu.. Umur meningkat, ajal mendekat.. 

Mksh kepada kawan2 ku sekalian yang wat surprise malam tu, 19 JULAI 2012 (awal 2 hari..)..keh3.. Terharu tau.. Nak nanges..

Petang tu korang suh huda masak.. Tiba-tiba korang kata nak masak sendiri pulak.. Alasannya korang kata huda cam tak nak masak.. Suka suki je tau kata huda tak nak masak.. Huda suka wat sup ayam tu tau.. Emm, petang tu korang sume masak sama2.. Huda ingat korang tak suka huda dah time tu.. 

Mud mula la kureng petang tu.. Sebab tu huda banyak termenung.. Kena pulak time tu demam baru nak kebah, selsema pulak bermaharajalela kat hidungku.. Tak laraaaatttt.. Dalam ramai2 yang tengah sibuk memasak, huda sorang je kan yang tak wat keje langsung hari tu? hehehe..

Mksh sebab sudi nak raikan hari ulangtahun kelahiran huda walaupun awal sikit.. Yela.. Kalau tunggu tarikh sebenar, dah 1 ramadhan dah time tu.. Kawan2 pun sume nak balik umah time tu kan..

Paling terharu rasa nak nanges bila tengah makan tu tiba-tiba ternampak wajah sesorang kat muka pintu tengah terjengah2.. Angah!!!

Waktu tu ape yang ada dalam fikiran ucu, ucu rasa bersalah sangat sebab tak ajak angah datang makan sama2.. Dah la kebetulan ada zahid ngan naqib sekali.. Siang tu angah cakap angah banyak keje, balik lambat.. Sebab tu ucu tak sampai hati nak bagitau yang kitorang makan sama2 ngan zahid dan naqib.. Sebab tak nak angah rasa sedih, kecewa tak dapat join sama2.. Sebab angah kan balik lewat, penat..

Tapi bila tengok angah kat pintu tu, terus ucu berenti makan. Mata ni tipu ke? Kalau betul, cane angah boleh datang? Sumenya kebetulan?!! Ucu terus keluar tengok angah kat luar.. Along ada sekali ke? Emm..along tak de pun..Tau along ada kat umah terengganu time tu.. Nak nanges.. :(

Rupa-rupanya angah datang ngan bawak kek sekali.. Ucu memang tak sangka sangat2.. Angah kata ni kek untuk ucu.. Eh,biar betul? Nape kebetulan angah datang time dorang ni sume ada?


Bila dah tanya-tanya, rupanya ni memang plan angah ya?!! Patut la naqib ngan zahid pun datang..

Waaa..Waaa..terharu tau..nak nanges lagi time tu.. Nasib tak kuar air mata..sob3..


Dear, angah...
Mksh sebab plan wat surprise untuk ucu walaupun along jauh dari kite.. Ucu memang tak sangka langsung.. Kek yang angah bawak tu cantik, comel sangat.. Rasa kek tu sedap, lembut.. Kek coklat pulak tu.. Lagi tacing bila angah kata kek tu angah yang baked sendiri.. Wah, pandainya angah.. Boleh la tolong ucu bukak bakery nanti.. hik3.. Emm, angah.. Ucu serba salah sangat sebab angah sanggup datang kiam naik motor malam tu semata-mata nak rai bday ucu.. Redah hujan lebat masa tu.. Dah la angah tak larat, penat sebab kerja lebih masa time tu.. Tu sebab ucu rasa nak nanges sgt mlm tu tapi nasib boleh tahan.. Mksh sgt2, angah..Kenangan yang tak boleh dilupakan.. :')

Dear, my beloved friends...
Mksh sebab sudi rai bday huda.. Mksh sebab masakkan juadah pada malam tu, malam2 sebelumnya.. Hari tu huda memang rasa lain.. Huda rasa korang cam lain.. dan huda sedar korang ada cakap2, whispering2 tentang huda masa huda tak de kat situ.. Huda ingat korang tak suka huda dah.. Thats why huda kurang mud time tu. Dengan demam selsemanya lagi.. Tahu tak bila huda ciap solat, huda berdoa semoga Allah tunjukkan apa yang berlaku sebenarnya. Emm..sampai macam tu skali kan..hek3.. Rupa-rupanya ada sesuatu yang membahagiakan sedang menanti.. Mksh kawan2 semua.. Sayang sgt2.. Nanti huda masak sedap2 untuk korang ye..hik3.. Susah tau nak makan masakan hasil air tangan huda.. Orang yang tertentu je boleh rasa.. dan korang terpilih..!! Ewaahhh..hahahahahakkk.. ^_^
Terima kasih!!!!

♥ Kalau like, klik like ♥


Lelaki Dayus..!


'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda..
Cilok kat pak google
Ensem plak kartun ni..hehe..
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

 "habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.... Scan dulu pakaian dorang sebelum kuar rumah.. Kot2 tak cukup kain kan..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar... Rajin2 la tanya aktiviti isteri tu..Jangan la nak biar camtu je kalau dah tau..Tak jeles ke?

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat... Yang memang kena berhati-hati la ye..

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya... Kalau macam tu si ayah cepat2 la bagi dorang kawen..

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami... Ohhh, encik ayah.. Kalau ye pun 'spoting', jangan la kasi kebebasan sgt kat anak tu nak duduk berdua-duaan.. Pernah je jumpa parent camni..

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah... Yang ni rasa nak tunjal2 kepala.. Tak ada kesedaran, camtu la..

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.... Yela kan..family boleh tumpang glemer.. Duit pun masyuk.. Slalu nampak family yang anak dia masuk program macam ni akan merasa bangga dengan kejayaan anak dia..emm.. Berbangga la selagi boleh ye..

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali... Suami pelakon selalu cakap.. "I profesional ok.. I faham career dia sebagai seorang pelakon.. I support career dia.. Jeles? Tak la..sebab I tahu tu memang dah kerja dia.. I kena terima la sebab I berkawen dengan seorang artis, ok.. Kau hade??"  Ohhhh..plizzz la..menyampah setiap kali baca paper yang ada suami artis cakap macam ni.. Itu bodus namanya..(Kan dah kasar bahasa aku..)

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna... Faham2 la sendiri..

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya... Kiranya kalau DARURAT tu boleh dimaafkan la..

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan... Kepada bakal suamiku, ayang tak nak bersalin yang dibidani doktor lelaki tau.. Ayang maluuuuu sgt nak tunjuk2 kat orang lain..Dr perempuan tak pe la.. Ayang untuk abg je tau!!..Nanti cop siap2 Dr perempuan untuk ayang..

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita... Sama je ngan yang atas..

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu... Abang tak cemberu ke? Cemburu tanda sayang tau.. Abang tak sayang dah la tuu.. Gasak la kalau dah hilang rasa sayang.. Pandai2 le..

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian... Nak abang je jadi pemandu ayang..keh3..

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, namun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi???

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Sumber : Terlalu banyak sumber yang post perkara yang sama..sehinggakan tak tahu siapa sebenar penulisnya. CK sertakan salah satu sumber.. Khalifah
Cilok kat pak google lagi..

*Banyak pulak yang CK tambah2.. Yang biru2 comel tu CK yang tambah.. Tu bahasa loklak sikit..hehe..

*Kepada ayah-ayah, suami-suami.. Awasi la tingkahlaku, perbuatan anak2 perempuan dan isteri2 kalian.. Kalian ketua dalam keluarga yang bertanggungjawab membentuk keluarga ke arah kebaikan.. Jangan biarkan diri terus dalam kedayusan dengan melepas pergi setiap kesalahan yang ada di depan mata..

*Kepada isteri2 dan anak2 perempuan.. Tergamak kalian menarik suami dan ayah sendiri ke dalam api neraka??? Bukankah kita semua berhajat untuk masuk ke syurga Allah??? Fikir baik2..

♥ Kalau like, klik like ♥

Thursday, July 19, 2012

8C Sebab Suami Tak Suka Isteri ♥

Assalamualaikum..


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami, anak anak, keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Huhu..Sabo je la.


[C1] CABAR - Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


[C2] CABUL - Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan, tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


[C3] CELUPAR - Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati...



[C4] COMOT - Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun...

[C5] CEMBURU - Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

[C6] CEREWET - Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje...

[C7] CINCAI - Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi...

[C8] CUAI - Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

"Abang..jangan marah-marah ye..ayang minta maaf.."

♥ Kalau like, klik like ♥

Wednesday, July 18, 2012

Diari LI Aku..4


Diari aku..

Hari ni aku dah berpraktikal 13 hari..Tau tak yang aku sangat2 la tak sabar nak habis LI ni..

Aku terlalu banyak kerja!!!!!! stress!!!

Setiap hari ada je test baru yang aku kena buat.. Dah terlalu banyak result dan data-data kat dalam folder aku nih. Sekali nak run untuk test, kena run 30 samples. Setiap bacaan plak kena ambik 3 kali bacaan..Waaaa...

Cane la report aku nanti. Penuh dengan data-data je. Sekarang masa rehat. Aku baru keluar dari bilik instrument yang aku baru belajar 15 minit cara nak guna dan aku akan guna untuk run samples petang ni.

Keluar je dari bilik instrument tu, partner aku dah tersengih. Aku faham nape dia tersengih..haha.. Apa yang bermain dalam kepala kite sama la wei..

Ape yang bermain dalam kepala kitorang?

Haha.. Terlalu banyak test la wei.. Penyelia cakap lepas ni nak buat test lain plak. Dia tengah cari test ape lagi yang boleh dibuat terhadap samples kitorang tu.. Tu nak kena fikir pasal test yang akan datang. Sekarang pun kami tengah wat analisis lain yang belum siap..sob..sob..sob..

Tapi ape2 pun, aku seronok sebab dapat belajar banyak instrument. Penyelia aku cakap, tak pe, belajar je instrument ni. Nanti senang kalau nak sambung belajar atau kerja nanti kena guna instrument tu ke kan. Yea la..Belajar la nih..huhu..

Tapi agak bad mood today sebab aku DEMAM.. wuuu..wuu..wuuuu.. SELSEMA lagi.. BATUK pulak macam nak on the way je.. Hari ni aku memang tak larat sangat nak berdiri lama-lama. Kepala rasa berat sangat. Tadi pun macam berpusing-pusing dah pandangan aku. Hope aku tak tumbang la kat tempat kerja aku nih.

Ok la..nak rest. Jap lagi kena wat kerja balik..huhu..


♥ Kalau like, klik like ♥

Sunday, July 15, 2012

Sutera Baldu : Episod 17

Suasana villa pada malam itu sunyi, sama seperti tidak berpenghuni. Cuma kadang-kadang kedengaran bunyi di dapur. Itu pun kerana Mak Tia sedang menyediakan juadah untuk makan malam. Penghuni yang lain masing-masing berada di bilik.

Mifzal keluar dari biliknya untuk ke ruang tamu. Baru beberapa tapak dia melangkah, telinganya dapat menangkap suara gemersik daripada seseorang. Siapakah itu? terdetik di hatinya. Mifzal cuba merapatkan telinganya di setiap pintu bilik yang ada.

Sampai di sebuah bilik, Mifzal dapat mendengar dengan jelas suara gemersik itu milik siapa. Iman. Itu adalah bacaan ayat-ayat Allah, Al-Quran. Sungguh merdu bacaannya. Lama Mifzal berdiri di depan bilik Iman. Terpaku mendengar bacaan anak gadis itu.

"Abang buat apa tu?"

Mifzal terkejut dengan teguran Sara yang berada di belakangnya. Sara yang baru keluar dari biliknya pelik melihat abangnya berada di hadapan bilik kak Iman. Buat apa abangnya berdiri di situ?

"Tak ada apa.."

Mifzal segera menuruni tangga ke ruang tamu. Sara hanya memerhati abangnya yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Sara memandang pintu bilik Iman. Adakah abangnya suka kepada kak Iman? Itu yang bermain di mindanya sekarang. Emmm...

Mifzal duduk di sofa sambil menonton televisyen. Matanya tertumpu pada siaran tv yang disiarkan namun hatinya langsung tidak tertumpu pada apa yang ada di hadapannya. Dalam hatinya berasa begitu malu apabila ditegur oleh adiknya. Lebih malu lagi apabila dia mula menyedari bahawa dirinya sudah begitu lama tidak mengalunkan bacaan ayat-ayat Allah.

Sara yang duduk di sebelahnya pun tidak disedari oleh Mifzal. Sara memandang abangnya. Dipandang ke arah televisyen pula. Sara mengambil remote control tv dan menukar channel kegemarannya namun Mifzal langsung tidak memarahinya. Sah! Memang sah yang fikiran abangnya ketika itu sudah menerawang jauh. Kalau tidak, sudah pasti abangnya akan marah apabila dia menukar siaran lain ketika abangnya sedang menonton.

Tiba-tiba Mifzal menoleh ke arah tangga. Telinganya dapat mendengar bunyi pintu bilik yang ditutup. Siapa lagi yang ada di atas melainkan Iman. Sara melihat abangnya memandang ke atas. Dia turut memandang ke arah yang sama. Kelihatan Iman sedang menuruni tangga ke arah ruang tamu.

Mifzal masih memandang ke arah Iman. Dia sendiri tidak pasti apa yang terdetik di dalam hatinya kini. Yang pasti dia sungguh terpegun melihat Iman yang berbaju tshirt pink dipadankan dengan tudung yang sama warna dengan bajunya. Masih terngiang-ngiang suara gemersik itu. 

Kini Iman berada di hadapannya. Mifzal memandang tepat ke dalam mata Iman. Iman menjadi tak tentu arah apabila Mifzal dan Sara asyik memandangnya. Ahh..Mungkin Mifzal dapat melihat matanya yang sudah membengkak akibat menangis tadi. Semuanya gara-gara dia bergaduh dengan Daiyan melalui telefon tadi.

"Emm..Saya pergi ke dapur dulu la. Tolong Mak Tia.." Iman tidak selesa berada di situ dengan keadaan Mifzal dan Sara yang kelihatan pelik. Iman segera pergi ke dapur meninggalkan mereka di ruang tamu. Pandangan Mifzal mengiringi Iman ke dapur.

Sara geram melihat abangnya yang kelihatan pelik tu. Ditampar kuat paha abangnya. Biar sedar diri sikit. Pandang kak Iman macam nak makan orang. Mifzal terkejut dengan tindakan adiknya itu. Ish budak ni!..

"Abang! Nape tengok kak Iman macam tu?" Sara menegur.

"Eh..Mana ada abang pandang dia." Mifzal cuba berdalih. Cepat-cepat dia menukar channel yang dia tonton pada awal-awal tadi.

"Ni sape pulak yang tukar channel berita tadi nih? Sara ek?" Mifzal mengerling ke arah Sara. Sara hanya menjuih. Geram pulak dengan kelakuan abangnya ni.

"Kalau Sara ni buta, boleh la abang nak tipu.." Selamba Sara menjawab.

"Abang mana ada tipu apa-apa.."

"Sara nampak la abang dok tenung kak Iman tadi. Dah macam nak makan orang. Sebab tu kak Iman pergi dapur, takut tengok abang yang macam tak pernah tengok orang. Kalau Sara pun, Sara nak lari jauh-jauh..Huh "

Mifzal buat-buat tak dengar kata-kata Sara. Ada ke aku buat macam tu? Mifzal berkata-kata dalam hati. Sara masih menunggu reaksi abangnya tapi tiada sebarang perubahan. Tak dengar ke aku cakap tadi?

"Abang suka kat kak Iman ye?" Sara cuba mengumpan.

Laju Mifzal memandang Sara. Kening Mifzal berkerut mendengar pertanyaan Sara.

"Tak de la. Mana ada abang suka dia. Dia cuma pekerja abang je..Dah..dah..! Jangan nak kata ape-ape dah."

Mifzal kembali menonton tv. Namun hatinya masih cuba menjawab pertanyaan Sara. Adakah betul jawapan yang dia jawab tadi? Adakah selaras dengan apa yang ada dalam hatinya? Arghh.. Aku tak tahu!

"Hehe..Sara suka je dengan kak Iman tu tapi hati-hati la dengan mama.." Sara bangun sambil mengenyitkan matanya kepada abangnya.

Mama? Emm..betul kata Sara tu.. Mifzal melepaskan keluhan. Keluh dari hati yang jauh di dalam dirinya.

"Bos, makanan dah siap hidang. Jom makan."

Mifzal tersentak dengan sapaan itu. Siapa yang kacau aku nih? Mifzal memandang ke arah suara yang datang. Iman?

"Bos, cepat la bangun. Kesian Mak Tia dah masak banyak-banyak tu." Iman berkata-kata lagi..

Suara tu..Ye, betul..Suara tu yang buat hatinya rasa tak tenang. Mifzal merenung Iman, lama. Iman kaget. Buat hal balik la plak bos aku nih..

"Benci la..Huh!.." Iman terus berlalu ke ruang makan. Geram dengan majikannya yang tak abis-abis nak pandang macam tu. Suruh Mak Tia je la yang panggilkan.

Iman membantu menyendukkan nasi ke setiap pinggan. Dia tak sedar yang Mifzal sudah berada di sebelahnya. Mifzal hanya melihat setiap gerak-geri Iman. Arghh!! Kenapa dengan aku ni?

"Eh, bos..Duduk la kat sini. Saya dah sendukkan nasi ni."

"Sara mana?"

"Saya dah panggilkan Sara tadi kat luar. Bos je yang nak Mak Tia panggilkan." Iman memerli Mifzal. Mifzal memandang Iman semula. Iman mengerling pada Mifzal. Mifzal hanya tersenyum melihat Iman. Mifzal ketawa dalam hati. Kecik hati la tu.

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Mifzal dan Sara sudah mula nak menyuap makanan ke mulut. Iman serba salah sebab belum baca doa makan lagi ni.

"Emm, bos...Kita baca doa makan dulu ye.." Iman bersuara, perlahan tapi dapat didengari oleh mereka berdua.

Mifzal dan Sara tersentak. Cepat-cepat mereka meletakkan semula sudu ke pinggan dan menadah tangan. Untuk seketika, semua senyap. Masing-masing memandang sesama sendiri. Siapa yang nak baca doa ni? Iman memandang Mifzal lama. Mifzal serba salah. Melihat reaksi Mifzal sebegitu, Iman dapat memahaminya dan dia membacakan doa tersebut.

Mereka makan tanpa berkata apa-apa. Setelah siap makan, Iman membantu mengemas meja makan. Mifzal dan Sara sudah ke ruang tamu. Iman membawa pencuci mulut untuk mereka di ruang tamu.

"Makan la puding ni.." Iman segera nak beredar ke dapur semula.

"Eh, awak pun makan la kat sini. Awak buat kerja rumah macam kerja kat rumah ni pulak."

Iman terfikir tentang kata-kata Mifzal pada petang tadi. Tetamu tak boleh buat kerja dalam villa ni. Emm, ok..aku stop buat kerja dah.

"Emm..Jap ye.." Iman berlalu ke dapur untuk mengambil dessert untuk dirinya sendiri dan kembali ke ruang tamu semula.

"Sedap la puding ni, abang. Try la rasa.."

Sara mengambil sudu dan diberikan kepada Mifzal supaya abangnya mencuba puding yang dihidang oleh Iman tadi. Mifzal hanya menuruti kata adiknya. Mifzal menyuap sesudu ke mulutnya, tak puas. Disuap untuk kali kedua. Sedap..

"Sedap tak?" Iman menyoal sejurus sampai ke ruang tamu.

"Sedap! Mak Tia tak pernah la pulak buat puding macam ni sebelum ni. Baru belajar buat agaknya."

"Bukan Mak Tia yang buat la, Sara. Cik Iman yang buat petang tadi." Mak Tia menyampuk. Mereka semua memandang Mak Tia yang sedang membawa sepinggan buah-buahan ke ruang tamu. Mak Tia tersenyum memandang Iman.

"Yeke? Sedap la puding ni kak. Buat la banyak-banyak lagi. Sara suka." Laju Sara menghabiskan puding tersebut.

"Puding Sara dah abis..Emm, abang tak nak makan puding ni kan?" Sara cuba mengambil bekas puding Mifzal. Laju Mifzal menarik jauh daripada Sara supaya Sara tak dapat mencapainya.

"Eh, sapa kata abang tak nak?" Cepat-cepat Mifzal menyuap puding tersebut ke mulutnya. Dijelir lidah kepada adiknya. Seronok dapat menyakat adiknya. Iman hanya ketawa melihat telatah adik-beradik di hadapannya itu.

"Sara, puding ni ada lagi kat dapur. Dalam peti ais. Makan la." Iman cuba memujuk Sara yang sudah muncung akibat disakat Mifzal.

"Nak!! Sara ambil ye.."

Sara berlari ke dapur. Iman tersenyum melihat Sara. Seronoknya kalau ada adik-beradik. Mengenangkan dirinya yang hidup sebagai anak tunggal, tiada ibu bapa, kehidupannya adalah sangat sunyi. Namun Iman masih bersyukur kerana dikurniakan seorang opah yang penyayang, belangkas iaitu Aish dan Eqa yang sangat mengambil berat membuatkan kehidupanya tidak kosong.

"Awak melayan la sangat Sara tu. Manja sangat budak tu nanti." Mifzal menegur Iman. Iman hanya tersenyum.


"Tak apa la. Lagipun saya ni tak ada adik pun. Seronok pulak tengok bos dengan Sara."

Mifzal melihat Iman. Dia memang tak pernah tahu pun tentang perihal peribadi Iman. Pernah terdetik nak bertanya, tapi rasa segan pula nak bertanya.

Iman memandang Mifzal yang sedang merenungnya. Laju Mifzal melarikan pandangannya. Mifzal, please behave.

"Emm, mana Sara ni. Tadi kata nak ambil puding tapi punya la lama..Sara!! Saraaaa!!" Mifzal memanggil-manggil Sara. Niat sebenar hanyalah untuk menutup perasaan malu yang singgah di hati.

"Yeeee!!..Sara kat meja makan ni.." Sara menjerit dari ruang meja makan.

"Mari makan kat sini.."

"Tak nak!!..Nanti abang nak ambil puding yang Sara punya..Weekkk!!.."

"Eh, budak ni. Jangan habiskan semua puding tu..Simpan untuk abang jugak!!"

Mifzal segera bangun menuju ke meja makan. Sara ni bukan boleh sangat. Kalau dia dah suka makan sesuatu tu, dia boleh habiskan semua tanpa meninggalkan sedikit untuk orang lain.

Iman dapat mendengar bunyi bising suara adik-beradik tu. Iman hanya ketawa melihat mereka. Telatah mereka dapat mengubat sedikit luka di hatinya akibat dilukai oleh Daiyan petang tadi. Iman masih ketawa. Biarlah tawa yang diukir, bukan air mata yang menitis..



Wednesday, July 11, 2012

Diari LI Aku..3


Hari ni hari ke 8 aku berpraktikal..

12.30 pm :           Baru balik dari makmal..Ya Allah..penatnya..Aku ni baru bekerja cikit, dah tak larat.. Macam mana orang yang dah bekerja lama tu? Ayah aku? Mesti abah rasa penat sgt2 kan? Kecian abah L Baru aku merasa penat bekerja..

Dalam minggu ni aku penat sgt sebab banyak buat kerja makmal.. Hari2 main UV dah aku ni..Mampu berdoa je la..Harap-harap aku diberi kesihatan yang baik.. Risaunya.. Petang-petang bila aku balik umah, rasa macam nak jalan merangkak je sebab tak larat sgt.. Berjam2 aku berdiri tanpa duduk kat makmal.. Macam nak bengkok badan rasanya..

Lepas rehat nak sambung buat kerja makmal lagi.. Chaiyuk2!!..

Sekarang :          Aku kat umah dah.. Allah.. penatnya..sakit badan, sakit kepala, sakit otak..sabo je la.. Ni la dunia kerja walaupun aku belum terdedah dengan dunia kerja yang sebenar..

Aku banyak sangat berdiri masa wat kerja lab.. Dah dua kali aku hampir2 nak pitam..semalam n hari ni.. Tiba2 pandangan aku nampak berpusing.. Nasib tak tumbang betul2..Kang naya je sape yang nak angkat aku..keh3..

Esok ada kerja lagi.. Harap dapat jadi researcher yang bagus..huhu..ameen..

♥ Kalau like, klik like ♥

Thursday, July 5, 2012

Diari LI Aku..2


Hari ke 4 aku berpraktikal kat agensi ni..eh,kenapa kau bergigeh, pulun dan cewi sangat nak bercerita pasal aktiviti kerja kau?

Haha..aku bergigeh sangat sebab ni la 1st time pengalaman aku bekerja tau walaupun praktikal jeh..Mesti la kena cewi cikit..tak gitu? keh3..

8.05 am :             Aku kat tempat kerja aku..Sempat baca method jap..Semalam penyelia cakap, kami akan run sample seharian kat tempat UV tuh..Semalam sempat wat 2 jam je sebelum abis waktu kerja. Tapi bukan run sample aku tapi tolong run kan sample member baru aku..Sambil2 tu aku boleh belajar cara2 nak guna benda alah mesin tu..Nanti xde la aku terkial-kial nak buat sensorangkan.. hehe..

Oh ye..nak bercerita la plak pengalaman aku run guna UV semalam..Member aku tu kena buat coating, kena sapu sample tu kat atas permukaan kaca then lalukan kat bawah sinaran UV..Sepanjang dok tolong dia tu, aku la yang kena dok dekat ngn mesin tu sebab nak letak sample dan ambik sample kat mesin tu..Aku dah memang gerun nak dok dekat mesin tu..Sebelum ni nak tengok mesin tu pun kena dok belakang pintu je..Semalam, nah ambik kau..kena dok depan2 lagi..Memang cuak sampai berpeluh2 aku..

Time tu penyelia kami ada kat situ jugak..Dia yang ajarkan..Dia cakap tu, aku buat tu..Dia cakap ni, aku buat ni..Kat dalam tu ada sorang foreigner ni..Dia pun nak guna UV jugak..So kiranya kitorang share la..jap dia guna, jap kami guna.. Tak tau la dia buat coating, adhesive ataupun ink..

Nak jadi cite, time tu penyelia kami kua jap dari bilik tu..tinggal aku, member ngn foreigner tu.. Aku ngn member tgh sediakan sample yang nak di run kan kat UV tu.. Yang foreigner tu pun guna la UV tu lepas aku guna sebelum tu.. Dia guna kertas sebagai bahan untuk permukaan.. Cam aku guna kaca.. Tiba-tiba aku nampak api kat dalam mesin bawah lampu UV tu.. Foreigner tu cepat2 tukar speed conveyor tu kasi laju supaya sample yang terbakar tu cepat kua.. Aku ngn member aku tu dah tercengang.. Cuak sebenarnya..

Dalam kepala aku, “nak meletup ke benda alah ni..” Faham-faham la kan..aku ni dah la penakut..rasa cam nak lari je time tu..Nasib x jadi ape2 pas sample yang terbakar tu dah kua.. Aku pandang member..member pandang aku..Time tu aku tengah pegang sample yang nak g run.. Terus aku cakap, aku tak berani nak g run sample kat situ dah..Takut..Kang pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas kat dalam mesin tu kang, tak ke naya je aku..Dah la aku ni budak praktikal lagi..

Bila dah lama cikit, agak-agak mesin tu cam ok je, baru aku g dekat cikit kat mesin tu..kali ni aku tak berani wat sensorang..Aku suh member aku dok kat mesin tu jugak..Jangan tinggal aku..Haha..cane nak kerja nanti kalau penakut camni..Parah2..(Ok..ni kisah semalam..Baru teringat nak story..)

9.20 am :             Penyelia aku dah panggil untuk run UV..huhu..Syoknya dalam hati..Aku gerak ngn member aku. So pakai la lab coat ape sume jenis keselamatan.. Kali ni aku rasa seronok sebab aku berpeluang buat coating tu jugak.. Yes!! Tapi tetap tak dapat lari dari UV.. Aku tetap kena jaga kat mesin UV tu.. Alahai..Kuatlah tubuh badan ku..

Hubungan aku dengan member baru dan penyelia pun dah semakin baik.. Maksud aku bukan nak “baik-baik ada makna tuuuu..” Maksud baik tu kiranya dah semakin masyuk la.. Kalau dengan member aku tu, aku dah boleh nak berbincang.. Boleh la nak gelak sama2 kalau buat salah..hak3.. Sometimes bersembang sal hal lain jugak (Sal study dia kat Uni dia la..xde lain2 tau...) Ngan penyelia pulak, aku dah boleh nak berbincang jugak..Tak takut2 cam hari tu..Boleh nak senyum2 masa buat kerja. Bila dia tanya aku, aku pun selesa nak menjawab..Aku lebih suka suasana kerja yang macam ni berbanding dikelilingi muka orang sekeliling yang bengis..stress..hik3..

Tapi kan, kadang-kadang tu aku rasa bila aku bercakap ngn penyelia aku tu macam tengah bercakap ngn kawan..Cepat2 aku mind set balik yang orang depan aku tu adalah penyelia aku..So, buat baik2 cikit..markah tu..keh3..

Masa run UV tadi, aku banyak guna kertas pulak tapi tebal cikit la berbanding dengan yang foreigner tu guna..Risau aku kang terbakar lagi.. Tengah dok run banyak2 sample, banyak kali jugak kertas tu tersangkut kat dalam..Hat ni memang aku cuak.. Mana tak nya, kat dalam tu panas, pancaran UV tu kuat, kalau dok lama2 dalam tu, mau kertas tu terbakar jugak..Aku dah cuak, cepat2 panggil penyelia aku.. Nasib la dok tgh kelam kabut tu, kertas tu elok je kua lepas tu.. Ceh..saje kan nak uji kelajuan degupan jantung aku kan..

Kertas tu bukan tersangkut kat dalam sgt, cuma time nak kua dari mesin tu kertas jadi melengkung padahal tempat nak kua sample tu melintang tegak je..tu yang sangkut.. Boleh je nak tarik guna jari sebab hujung kertas tu dah nampak kat luar.. Tapi dekat sangat ngn sinaran UV tu..Tak mau aku kang tarik2 jari, eh separuh je tinggal.. (Amboi, kejam betul pemikiran..hak3..)

Dalam best2, cuak2 tu, penyelia aku kata aku kena buat DUA aplikasi. Hah,hambik! Mulanya aku kena buat adhesive je.. Tiba-tiba hari ni dia cakap yang method aku tu cikit padahal aku praktikal 3 bulan.. So dia tambah aplikasi coating untuk aku.. Hah, dah sama ngn member aku tu.. Nasib aku dah belajar cara nak wat dari member aku tu..huhu..

2.15 pm :             Aku kena pergi makmal UV lagi run sample.. Dah selalu guna, so xde la terkial-kial dah..hik3..suke3.. Aku pun dah dapat part untuk aku mulakan makmal esok.. Lagi suke sebab dah start buat untuk sample sendiri..

Hari ni rasa penat..Lagi penat daripada semalam.. Penat sebab ke hulu ke hilir wat kerja makmal.. Tapi xpe..Aku dah terbiasa dengan penat yang macam ni sebab masa nak siapkan kerja makmal untuk tesis pun sama jugak penatnya.. Penat2 pun aku tetap akan rasa puas hati bila dapat tengok hasilnya nanti..huhu.. Tak sabar nak ciapkan sume analisis.. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Ameen..

♥ Kalau like, klik like ♥

Wednesday, July 4, 2012

Diari LI Aku..


Diari aku..

Hari ni dah 3 hari aku berpraktikal dekat agensi nuklear..Awal-awal lagi aku dah tahu tajuk yang aku akan buat bila aku berpraktikal kat sini..Aku takut..sebab aku kena buat mengenai radiasi..aku selalu fikir yang radiasi tu boleh tembus2 badan orang..Ish..kolotnya aku..(tapi aku tetap risau..)

Hari 1st aku dapat tahu yang aku di tempatkan kat MOSTI Dengkil..hangin jugak mulanya sebab ingatkan kat MOSTI Kompleks je..cian kawan aku kena berulang hantar aku dengan kawan aku lagi sorang tu, nisa..aku ngan nisa di tempatkan kat Dengkil..

Kat kompleks sekarang ada buat Hari Inovasi Agensi Nuklear Malaysia..Ada pameran, talk, jual2..tapi aku tak sempat lagi nak pergi..Hari ni hari last..Confirm2 la aku tak sempat nak pergi dah..Sebab hari ni aku busy cikit nak ciapkan abstrak tentang projek aku tu. Kena hantar petang ni..And now, aku dah ciap pun..Cuma belum send je..risau la nak send..emm..

Saat aku dok menaip ni, aku berada kat tempat keje aku..tapi orang lain tak ada..Dorang sume pergi Kompleks yang Hari Inovasi tu..(sebab tu aku berani nak menaip yang luar bidang keje aku kat sini..hek3..) Akak2 dan abg2 tu ada je ajak aku tapi aku kan ada keje yang nak di ciapkan..So terpaksa la tolak..padahal teringin gile nak g tau..huk3..

Dengan suasana bilik yang sejuk berekon, sunyi dan ape2 je la, aku rasa mata ni cam sepoi2 bahasa je nak tertutup..Jangan!!! Jangan tido!! Babab kang..

Hari tu time 1st day, aku dah dapat meja aku sendiri..So nak buat sume keje ofis, kat situ la..kalau nak wat lab baru g makmal..Lepas aku jumpa supervisor (SV) aku kat sini, aku dah tak tahu nak buat ape..dalam mind aku ciap boleh tertanya-tanya lagi, boleh tak aku nak balik awal? Giler!! Kau ingat kau student lagi yang datang wat lab semata-mata? Oh pliiizzzz..Kau tu dah jadi seorang pekerja walaupun masih berstatus Pelajar Latihan Industri..

Cepat2 aku mind set balik yang aku ni worker..So semua syarat2 dan peraturan pekerja, aku kena ikut..aduh..

Untuk projek aku tu, SV aku bagitau ada sorang student LI bawah dia dari UM buat sama cam projek aku jgk..Cuma aplikasi kami berbeza..So, aku kena banyak berkomunikasi dengan dia untuk berbincang..Tapi dia LI 2 bulan je dan dia masuk dari minggu lepas lagi..maknanya tinggal lagi sebulan lebih untuk kami buat keje sama2..So, aku kena bagi betul2 faham dulu setiap step yang aku kena buat b4 dia balik ke UM semula..Perlu bergigehan la aku..

Oleh sebab aku tengah bekerja, So aku tak berani nak bukak blog untuk taip entri ni..aku just taip dalam M.word as a draft dan aku akan post malam nanti pas balik keje nanti..keh3..(Ni dah tahap boring sgt2 ni..)

*sekarang dah sampai kat umah..Nak rehaaaattttt.. 

♥ Kalau like, klik like ♥

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...