Hari ke 4 aku berpraktikal kat
agensi ni..eh,kenapa kau bergigeh, pulun dan cewi sangat nak bercerita pasal
aktiviti kerja kau?
Haha..aku bergigeh sangat sebab
ni la 1st time pengalaman aku bekerja tau walaupun praktikal jeh..Mesti la kena
cewi cikit..tak gitu? keh3..
8.05 am : Aku kat tempat kerja aku..Sempat baca method
jap..Semalam penyelia cakap, kami akan run sample seharian kat tempat UV
tuh..Semalam sempat wat 2 jam je sebelum abis waktu kerja. Tapi bukan run
sample aku tapi tolong run kan sample member baru aku..Sambil2 tu aku boleh
belajar cara2 nak guna benda alah mesin tu..Nanti xde la aku terkial-kial nak
buat sensorangkan.. hehe..
Oh ye..nak bercerita la plak
pengalaman aku run guna UV semalam..Member aku tu kena buat coating, kena sapu
sample tu kat atas permukaan kaca then lalukan kat bawah sinaran UV..Sepanjang
dok tolong dia tu, aku la yang kena dok dekat ngn mesin tu sebab nak letak
sample dan ambik sample kat mesin tu..Aku dah memang gerun nak dok dekat mesin
tu..Sebelum ni nak tengok mesin tu pun kena dok belakang pintu je..Semalam, nah
ambik kau..kena dok depan2 lagi..Memang cuak sampai berpeluh2 aku..
Time tu penyelia kami ada kat
situ jugak..Dia yang ajarkan..Dia cakap tu, aku buat tu..Dia cakap ni, aku buat
ni..Kat dalam tu ada sorang foreigner ni..Dia pun nak guna UV jugak..So kiranya
kitorang share la..jap dia guna, jap kami guna.. Tak tau la dia buat coating,
adhesive ataupun ink..
Nak jadi cite, time tu penyelia
kami kua jap dari bilik tu..tinggal aku, member ngn foreigner tu.. Aku ngn
member tgh sediakan sample yang nak di run kan kat UV tu.. Yang foreigner tu
pun guna la UV tu lepas aku guna sebelum tu.. Dia guna kertas sebagai bahan
untuk permukaan.. Cam aku guna kaca.. Tiba-tiba aku nampak api kat dalam mesin
bawah lampu UV tu.. Foreigner tu cepat2 tukar speed conveyor tu kasi laju
supaya sample yang terbakar tu cepat kua.. Aku ngn member aku tu dah
tercengang.. Cuak sebenarnya..
Dalam kepala aku, “nak meletup ke
benda alah ni..” Faham-faham la kan..aku ni dah la penakut..rasa cam nak lari
je time tu..Nasib x jadi ape2 pas sample yang terbakar tu dah kua.. Aku pandang
member..member pandang aku..Time tu aku tengah pegang sample yang nak g run..
Terus aku cakap, aku tak berani nak g run sample kat situ dah..Takut..Kang
pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas kat dalam mesin tu kang, tak ke
naya je aku..Dah la aku ni budak praktikal lagi..
Bila dah lama cikit, agak-agak
mesin tu cam ok je, baru aku g dekat cikit kat mesin tu..kali ni aku tak berani
wat sensorang..Aku suh member aku dok kat mesin tu jugak..Jangan tinggal
aku..Haha..cane nak kerja nanti kalau penakut camni..Parah2..(Ok..ni kisah
semalam..Baru teringat nak story..)
9.20 am : Penyelia aku dah panggil untuk run UV..huhu..Syoknya
dalam hati..Aku gerak ngn member aku. So pakai la lab coat ape sume jenis
keselamatan.. Kali ni aku rasa seronok sebab aku berpeluang buat coating tu
jugak.. Yes!! Tapi tetap tak dapat lari dari UV.. Aku tetap kena jaga kat mesin
UV tu.. Alahai..Kuatlah tubuh badan ku..
Hubungan aku dengan member baru
dan penyelia pun dah semakin baik.. Maksud aku bukan nak “baik-baik ada makna
tuuuu..” Maksud baik tu kiranya dah semakin masyuk la.. Kalau dengan member aku
tu, aku dah boleh nak berbincang.. Boleh la nak gelak sama2 kalau buat
salah..hak3.. Sometimes bersembang sal hal lain jugak (Sal study dia kat Uni
dia la..xde lain2 tau...) Ngan penyelia pulak, aku dah boleh nak berbincang
jugak..Tak takut2 cam hari tu..Boleh nak senyum2 masa buat kerja. Bila dia
tanya aku, aku pun selesa nak menjawab..Aku lebih suka suasana kerja yang macam
ni berbanding dikelilingi muka orang sekeliling yang bengis..stress..hik3..
Tapi kan, kadang-kadang tu aku
rasa bila aku bercakap ngn penyelia aku tu macam tengah bercakap ngn
kawan..Cepat2 aku mind set balik yang orang depan aku tu adalah penyelia
aku..So, buat baik2 cikit..markah tu..keh3..
Masa run UV tadi, aku banyak guna
kertas pulak tapi tebal cikit la berbanding dengan yang foreigner tu
guna..Risau aku kang terbakar lagi.. Tengah dok run banyak2 sample, banyak kali
jugak kertas tu tersangkut kat dalam..Hat ni memang aku cuak.. Mana tak nya,
kat dalam tu panas, pancaran UV tu kuat, kalau dok lama2 dalam tu, mau kertas
tu terbakar jugak..Aku dah cuak, cepat2 panggil penyelia aku.. Nasib la dok tgh
kelam kabut tu, kertas tu elok je kua lepas tu.. Ceh..saje kan nak uji kelajuan
degupan jantung aku kan..
Kertas tu bukan tersangkut kat
dalam sgt, cuma time nak kua dari mesin tu kertas jadi melengkung padahal
tempat nak kua sample tu melintang tegak je..tu yang sangkut.. Boleh je nak
tarik guna jari sebab hujung kertas tu dah nampak kat luar.. Tapi dekat sangat
ngn sinaran UV tu..Tak mau aku kang tarik2 jari, eh separuh je tinggal..
(Amboi, kejam betul pemikiran..hak3..)
Dalam best2, cuak2 tu, penyelia
aku kata aku kena buat DUA aplikasi. Hah,hambik! Mulanya aku kena buat adhesive
je.. Tiba-tiba hari ni dia cakap yang method aku tu cikit padahal aku praktikal
3 bulan.. So dia tambah aplikasi coating untuk aku.. Hah, dah sama ngn member
aku tu.. Nasib aku dah belajar cara nak wat dari member aku tu..huhu..
2.15 pm : Aku kena pergi makmal UV lagi run sample.. Dah selalu
guna, so xde la terkial-kial dah..hik3..suke3.. Aku pun dah dapat part untuk
aku mulakan makmal esok.. Lagi suke sebab dah start buat untuk sample sendiri..
Hari ni rasa penat..Lagi penat
daripada semalam.. Penat sebab ke hulu ke hilir wat kerja makmal.. Tapi
xpe..Aku dah terbiasa dengan penat yang macam ni sebab masa nak siapkan kerja
makmal untuk tesis pun sama jugak penatnya.. Penat2 pun aku tetap akan rasa
puas hati bila dapat tengok hasilnya nanti..huhu.. Tak sabar nak ciapkan sume
analisis.. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Ameen..
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment