Kalau ada orang tegur kita, jangan la cepat melenting.. Tak kisah la tentang perbuatan kita ke, percakapan kita ke, cara pemerhatian kita ke, cara pemakaian kita ke..Orang yang menegur tu mesti nak menjadikan kita lebih baik, tak gitu?
Selalu jugak la CK dengar bila ada sesorang menegur, orang tu cepat benor melentingnya. Sama la cam dialog kat atas ni. Kita selalu cakap kat orang yang tegur kita,
"Eleh..tegur2 orang plak.. Macam la kau bagus sangat!!"
Eh..macam tu ke?
Tapi yang nak menegur tu pun perlu la kena dengan caranya.. Jangan nak ber 'hoi2' la dengan orang.. Tutur kata masa menegur perlu lembut, berhemah, tidak menggunakan bahasa yang kasar.. Jangan sampai mengguris hati orang.. Kalau tak, macam mana teguran tu nak berkesan kat dalam hati?
Kalau CK la kan, CK mudah nak terima teguran orang tapi kena baik-baik la.. Kalau orang tu tegur bunyi ala2 sindiran, CK cepat hangin jugak.. Tapi kena kawal jugak la hangin tu kan..
Bila ada orang tegur baik2, rasa senang je nak serap teguran tu dalam otak ngn hati.. Baru la mudah nak fikir positif tentang teguran tu.. Dan dapat berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik..
Tu pendapat CK je la kan..cara CK.. Cara korang, CK tak tau la kan..huhu..
Firman Allah,
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
( Adz Dzariyat : 55 )
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment