I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 31, 2012

Si Kecilku Sayang..

Assalamualaikum..
Entry kali ni hanyalah sekadar cerita yang bagi CK ada memberi makna yang tersirat dan tersurat..(OK, belajar BM balik ye..) Sekali CK baca cerita ni, dalam hati berkata-kata.. "owhh..sebab ni la ye.."

Nak tau ape dia, baca la..^_^

--------------------

"Kadang-kadang kamu rasa nak marah pada seseorang, kadang-kadang kamu rasa geram pada seseorang, kadang-kadang rasa macam nak tembak seseorang...tapi, bila terlihat wajahnya, hilang semua prasaan itu", kata nenek tua kepada si kecil itu.

Si kecil menjawab, "benar,nek.. Seringkali berlaku sedemikian bila saya berhadapan dengan seorang kawan. Kata-katanya selalu melukakan hati, malah perangainya kadangkala menjengkelkan. Tapi kenapa saya tidak mampu memarahinya,nek? Sedangkan saya boleh berbuat macam tu".

"Kerana malaikat rahmat bersamanya,cu". Jawab nenek bersahaja.

"Macam mana hal itu boleh berlaku? Saya tak faham". Si kecil bertanya inginkan kepastian.

Nenek tua duduk, bertentang mata dengan si kecil. "Mungkin kamu melihatnya menjengkelkan, tapi 'penduduk langit' tidak melihatnya macam tu".

"Apa maksud nenek 'penduduk langit'?? Si kecil semakin keliru dengan kata-kata nenek itu.

"Penduduk langit itu terlalu ramai, cu.. Mereka terlalu kuat jika dibandingkan dengan manusia. Manusia dikurniakan akal dan nafsu, jika digunakan sebaiknya, manusia lah yang lebih kuat, sebaliknya 'penduduk langit' ini kekal sebagai yang lebih kuat jika manusia gagal mengurus akal dan nafsunya. Mereka itu pula kekal dengan iman mereka, tidak berkurang sedikit pun. Mereka itulah malaikat, cu." Jelas nenek cuba memahamkan si kecil.

"Oh, kalau macam tu, bagaimana malaikat boleh duduk bersama manusia? Kawan adik tu malaikat ke? Bukan kan?". Si kecil tersenyum sendiri.

"Sudah tentu bukan,cu. Dia juga adalah manusia biasa, sama sepertimu. Mungkin ilmunya kurang, tetapi dia suka berada dalam majlis ilmu. Kelas-kelas agama dan sains dihadirinya dengan ikhlas, bukan kerana terpaksa. Dan sudah tentu malaikat turut serta bersamanya. Itulah beza dia denganmu wahai, cucuku". Nenek tua merenung ke dalam mata si kecil.

Si kecil tunduk malu, terasa seperti dipanah petir, "em, saya faham,nek".

"Bukan itu saja,cu. Dibelakangnya bukan saja ada malaikat rahmat, malah dia sebenarnya pemimpin besar. Dia tak kan takut berhadapan sesiapa saja mahupun pembesar kerajaan." Nenek cuba menarik minat si kecil.

"Eh, apa pulak tu, nek?. Yang ni lagi saya tak faham. Pemimpin besar? Saya tengok kawan saya tu nak urus diri sendiri pun tak betul lagi. Macam mana pulak nenek boleh cakap dia pemimpin besar?" Si kecil berseloroh.

Nenek tu tersenyum, seperti sudah menjangka reaksi si kecil, "perhatikan anak matanya,cu. Perhatikan dahinya. Kamu akan mendapati "Al-Mulk" melekat di situ."

"Apa maksud nenek?", si kecil memintas kata-kata nenek tua.

"Orang itu selalu membacakan surah Al-Mulk di waktu lapang dan di waktu sempitnya,cu. Ayat-ayat Allah itu dijadikan teman setianya, hingga berbekas pada wajahnya. Tanda itulah menyebabkan kamu atau sesiapa saja tidak mampu memarahinya, cu. Tidakkah kamu lihat akan tanda itu, wahai cucuku?". Nenek tua meninggalkan persoalan ringkas.

Si kecil memejamkan mata, membayangkan wajah kawannya itu. Memang benar, terdapat tanda-tanda kehebatan Allah pada wajahnya. Senyumnya membawa agama, marahnya juga membawa agama. Begitu hebat wajah orang yang selalu membaca ayatnya.

"Betul, nek. Apa yang nenek cakap tadi semuanya betul. Macam mana nenek tahu semua tu?". Si kecil menyoal, membuka kembali matanya yang dipejam tadi.

"Nenek! Nenek! Mana nenek?!!". Si nenek tua hilang, lenyap dari pandangan.

Sumber : Kawan CK sendiri..


♥ Kalau like, klik like ♥


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...