Assalamualaikum..
Hari ni CK tiba-tiba terdetik nak cerita pasal perihal BERTUNANG..Bertunang ni kiranya mukaddimah kepada perkahwinan..Tapi tak wajib pun bertunang ni sebenarnya..boleh je nak bernikah terus tanpa bertunang terlebih dahulu..Tujuan bertunang ni nak bagi peluang kat si lelaki dan si perempuan untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi..
Kalau dulu-dulu, pasangan ditentukan oleh keluarga sendiri..Time ni kira patut la bertunang dulu mengikut tujuan sebenar bertunang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kan..Sebab masing-masing baru nak kenal time ni..Sebelum ni tak pernah kenal pun kan..Family je yang kenal dengan family pihak sebelah..Kawan lama la kot..
Tapi zaman sekarang, kebanyakannya pasangan dipilih oleh anak sendiri..Family belah lelaki jumpa family belah perempuan untuk berkenalan..Terbalik pulak..kalau dulu, pasangan yang berkenalan, tapi sekarang, family pulak yang berkenalan..Pasangan yang nak kahwin tu sah2 la dah berkenalankan..
Ok..sekarang CK wat entri ni bukan nak hurai panjang pasal bertunang mengikut adat atau syarak..Tapi just nak cite pasal diri sendiri..CK banyak tengok gambar2 orang yang bertunang..seronok tengok majlis dorang..Meriah giler..Macam nak kahwin dah..Siap ada pelamin bagai..
Terdetik dalam hati.."Aku nak yang macam ni..Aku nak ada pelamin macam ni..boleh duduk atas kerusi time sarung cincin nanti..pastu nak buat tema warna ni bagi meriah sikit..Nak panggil semua orang..Eh,hantaran dia cantik giler..nak yang ada sangkar2 tu..hantaran belah perempuan paling sikit pun 13 dulang la..standard la kan..hiasan nak bunga segar,baru la cantik..nak ada photografer jugak..pas bertunang, nak g wat outdor.."
Banyak la kau punya songeh..berangan tak hingat ape dah..!!
Ok, tu ayat berangan time kecik-kecik dulu..sekarang dah rasa cam agak waras dan dewasa sikit..
CK cuma nak majlis yang ringkas..Biarlah cuma keluarga yang terdekat je yang hadir..Rumah abah CK pun xde lah besar mana..boleh la nak muat kalau keluarga yang terdekat je yang hadir..tak perlu la nak pacak tiang khemah kat luar rumah..Duit lagi nak sewa khemah..
Bab makanan, mesti la kena jamu tetamu yang datang kan..Tapi rasanya tak perlu masak sampai 2 3 kawah lauk kan? Tak tau kenapa, CK rasa time majlis CK nanti, CK nak hidang pulut dan sambal kacang ikan bilis..sedap sangat..Nak masak menu ni, rasanya tak perlu tempah kat katering pun..masak sendiri pun boleh..hehe..Jimat..
Bab pakaian, tak nak la over sangat..dress tu xnak la macam pengantin baru..ber'crown' bagai..belum nikah pun lagi..Tapi mesti la nak ceria cikit baju tu..CK teringin nak pakai jubah moden time bertunang nanti.. (kalau ada majlis bertunang la..)
Pelamin?? Opss..paling CK tak nak..time bertunang tak perlu la over nak duduk kat pelamin..CK nak yang macam dulu-dulu..sarung cincin kat dalam bilik je..ahli keluarga yang perempuan je masuk dan tengok..yang laki-laki tunggu kat ruang tamu je k..kalau nak empuk pun,duduk la atas katil kan..tak pun kalau nak nampak lagi manis, bersimpuh kat atas lantai tepi katil je..wow..sweetnya..alalala..
Hantaran time bertunang, selalunya daripada pelbagai jenis makanan then hias2..garam kadang2 dihias jadi cam cili, gula kadang2 dihias jadi macam bawang..kreatif sangat..CK tak nak hantaran yang banyak-banyak..(Tak cukup tenaga kerja nak buat..) hantaran tu sebagai hadiah je pun..tak bagi gula garam tu pun tak pe..kek sebiji pun dah cukup..Opss..hahaha..kek tu boleh bagi kat anak-anak sedara makan..(anak sedara pun baru ada seorang..) sepupu yang kecik-kecik pun ramai..cukup la sebiji je..Yang agak 'tua' ni tak makan sangat..hehe..
Tepak sirih pulak, CK tak rasa wajib pun..yeke?? Bagi CK tepak sirih tu kira macam adat je..Tapi kalau belah family CK, better ada la..Dorang ni tengok bab2 tepak sirih ni..dalam banyak2 benda, tepak kena dok depan..adoi..CK tak faham bab ni..just make it simple..letak je empat lima helai daun sirih, kapur, sirih yang biji tu, bunga-bunga cikit..pastu ape lagi yang kena ada ek?? tak penah operate bekas tepak sirih..
Cincin?? emm..yang ni orang kata bab kemuncak..sebab cincin ni yang jadi penanda pertunangan tu..kalau si dia tanya CK, nak ke cincin? op kos la nak..hehe..tapi tak perlu yang mahal sangat pun..si dia perlu tau yang CK agak elergik dengan eksesori daripada besi2 ni..emas je yang boleh pakai..(bunyi cam demand la kau..!! )..CK tau, emas mahal sekarang..nak2 kita lambat lagi nak bertunang..emas pulak semakin naik harga..so CK just minta yang paling murah je..kenapa nak sangat cincin tu? maaf la, CK bukan minta cincin sebab materialistik..tapi cuma sebagai tanda..bila dah kahwin nanti, tak bagi cincin dah pun tak pe..asalkan nafkah ada..^_^
Menghitung hari ♥
Menghitung hari ♥
Sudikah awak menjadi isteri saya??
Ya, saya sudi..:)..♥
Ya, saya sudi..:)..♥
No comments:
Post a Comment