Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Mandi wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat
Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi
wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi
secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan
dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota
badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian
Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam
yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya
menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu
meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak
sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah
akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga
sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika
tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3
perkara:
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di
badan.
3. Meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
"Sahaja aku mengangkat
hasar besar kerana Allah Taala."
Atau
" Sahaja aku mandi wajib
kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan
ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis
haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala."
Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas
nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan
atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1
anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh
anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu
juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib
yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat
Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu
boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi
wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,
meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang
atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam
lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika
di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di
bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam
kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg
diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut
seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu
tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain
inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya.
Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi
wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna
itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza
dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan
menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,
jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil
halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud
menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan
mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga,
sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah
saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi,
ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang
itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri
daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana
bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3
sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid,
nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
Mandi wajib boleh
dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip,
sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri
yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia
dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah
wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur
adalah makruh.
Kesimpulan yang dapat saya
ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan
bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan
terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai
pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga
akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai
perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut. MashaAllah
3) Niat mesti semasa air
sampai ke anggota badan.
Sumber : Persatuan ibu-ibu comel mengandung
*Kalau rasa2 ada yang tersilap tu, belajar2 la yang betulnya..
Xde ape nak cakap..Memperingati diri sendiri jugak..
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment