Sewaktu Farid dan Dina di awal alam percintaan, Farid melipat 1000 burung kertas buat Dina dan menggantungkannya di dalam bilik Dina. Farid mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.
Dina dan Farid berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Dina mulai menjauhi Farid. Dina memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Dina mahu memutuskan hubungannya dengan Farid, Dina memberitahu Farid, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”
Setelah Dina pergi ke Perancis, Farid bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Farid melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun..
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Farid berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Dina. Farid masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Farid dari
keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya.
Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Dina !
Hati Farid berdetik. Dia ingin mereka lihat
bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai
sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Farid ingin mereka tahu bahawa dia bukan
seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Farid memandu keretanya
perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun
kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Farid tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah
perkuburan. Farid mengikuti orang tua Dina. Mereka berdiri di hadapan sebuah
kubur. Farid melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Dina yang
dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung
burung-burung kertas yang pernah dibuat oleh Farid, dalam hujan burung-burung
kertas itu kelihatan begitu hidup.
Orang tua Dina memandang Farid lalu
memberitahu, "Dina tidak pergi ke Paris, Dina diserang barah. Dina telah pergi
ke syurga. Dina ingin Farid menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga
yang harmoni. Maka Dina terpaksa berbohong kepada Farid dahulu. Dina ada
menyatakan yang dia sangat menyintai Farid, dia percaya kalau Farid berusaha, pasti
akan berjaya. Dina turut mengatakan, jika suatu hari nanti Farid datang ke kuburnya,
dia amat berharap supaya Farid membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. "
Farid lalu berlutut, berlutut di depan kubur Dina, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan
berhenti, membasahi sekujur tubuh Farid. Farid teringat senyuman Dina yang begitu
manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Dina melangkah pulang
dari tanah perkuburan, mereka melihat Farid sudah membukakan pintu keretanya
untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
"Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
No comments:
Post a Comment