Peristiwa
yang menimpa saya kira-kira dua tahun lalu sering datang meragut ketenangan
yang cuba saya pupuk hari demi hari, namun saya sering kecundang. Justeru saya
masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah saya lakukan. Kesalahan yang
saya sangka ringan, tapi rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tak pernah
berkesudahan, hinggalah ke hari ini.
Ingin
saya paparkan peristiwa yang menimpa diri saya untuk tatapan anda sekalian.
Moga dapat dijadikan teladan sepanjang hidup dan dijadikan iktibar, khasnya
bagi para isteri solehah sekalian.
Untuk
pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap
sebagai seorang isteri yang baik. Tapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi
contoh teladan seorang isteri bekerjaya yang begitu taat berbakti kepada suami.
Walaubagaimana penat dan sibuknya sekalipun saya, urusan rumahtangga seperti
melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami
dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa
saya, berlemah-lembut terhadap keluarga, ringan tulang, untuk sama-sama
menguruskan rumah bila pulang dari kerja dan lain-lain sifat baik ada pada
dirinya. Waktu solat dan waktu makan malam merupakan waktu terbaik untuk
mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan solat berjemaah dan makan bersama. Pada
waktu inilah biasanya suami saya akan memberi tazkirah dan peringatan kepada
kami agar menjadi hamba yang bertaqwa.
Dari
sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan
yang harus saya tunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya.
Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya.
Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu
mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.
Oleh
itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja
di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu
melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pajabat, adakalanya rasa
penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.
Tapi
saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong menolong dan
bertolak ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam rumahtangga
kami. Bahkan, ia menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana
masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah
tiba pada suatu hari yang mana pada hari itu datang ketentuan Allah swt yang tidak
dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja, agenda saya di
pejabat amat sibuk. Bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan
beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang
saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, penat dan letih tak dapat digambarkan.
Apabila
sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah
membersihkan diri dan sedang melayan anak-anak, bermain dan bergurau senda. Dia
kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah
mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah,
masing-masing penat.
Suami
sedar saya amat penat pada hari itu, oleh itu dia meminta saya agar tidak
memasak. Sebaliknya dia mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan
laut di pinggir bandar pada malam itu. Dengan senang saya dan anak-anak
menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam sebelas malam.
Apa tidaknya, kami berbual panjang ketika makan, bergurau senda dan usik
mengusik, seperti tiada lagi hari esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang
yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk dicakapkan pada
malam itu.
Hampir
jam dua belas malam barulah masing-masing merebahkan diri di katil. Anak-anak
yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata,
tapi belaian lembut tangan suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya
cuba gagahkan diri melayaninya, tapi hati saya hanya separuh saja yang jaga,
separah lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut
mungkin, “Abang, Zee terlalu penat la”, lalu menciumnya dan memberi salam
sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya, suami saya terus merangkul
tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya.
Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah
berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya
di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu, seperti ada perkara yang tidak
selesai. Saya menelefon suami, tapi tak berjawab. Sehinggalah saya dapat
penggilan yang tidak dijangka sama sekali, panggilan dari pihak polis yang
menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan saya dikehendaki datang
segera ke hospital.
Saya
bergegas ke hospital, tapi segalanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi
suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan
pemergiannya, namun perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari
hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia
ini dan di sisi saya.
Hakikatnya,
itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri, dan yang lebih saya
takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu dan saya tidak
berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah saw, “Demi
Allah yang jiwaku di tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya
tidur, tiba-tiba ditolak oleh si isteri, maka Malaikat yang di langit akan
murka kepada isterinya itu sehinggalah dimaafkan oleh suaminya”.
Sehingga
kini, setiap kali saya terkenang kepada arwah suami saya, air mata saya tetap
akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada
Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus dosa saya itu, iaitu dengan
mendidik anak-anak agar menjadi mukmin yang sejati. Agar pahala amalan mereka
akan mengalir kepada ayah mereka, suami saya. Hanya itulah khidmat yang dapat
saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya, semoga Allah
memperkenankannya…..Amin….
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment