I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang
member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I… menulis ini adalah
kerana kehendak hati I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife...
I don’t know who the hell are
you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah
berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you
dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik.
Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check
facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat
facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke
seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak
gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu,
jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni
ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu
jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke
lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun
tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada
lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
littleMuslimah |
My future wife,
I tak tahu pasal masa depan I.
I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin
tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you
10 dulang emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak
beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam
tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I
tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga
I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa
salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makam-minum I. Tapi kalau
you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I
tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak
mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau
you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh,
lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la
I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka
perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau
skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila
dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita,
setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife,
You, I harap you reti memasak.
You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya.
Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah
lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam
mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu.
Tapi… Ehem.
Actually, I bukan mintak you
masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah
lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun,
tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan
kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun
tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri
sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple
lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan
boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua.
Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab
kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So,
don’t trust them.
Akhir kata dari I, bila kita
kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan.
You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari
‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke
dua I kan. Hihihi..
Sumber : Kumbangjingga ..Dia plak ambik dari facebook.. So, xtau siapa dia penulis yang sebenar.. Kepada penulis sebenar, CK pinjam cite ni ye..
*Ke hadapan my future husband.. Awak jangan nakal sangat2 dengan pompuan2 kat luar sana ye.. Walaupun saya tak nampak awak, harap awak dapat jaga diri sebaiknya kerana wanita adalah FITNAH TERBESAR bagi lelaki..
Daripada usamah bin zaid r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita"
"Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita"
…Riwayat Bukhari dan Muslim….
Daripada Abu Said al-khudri bahawa
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita"
"Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita"
...Riwayat Imam Muslim…
*Saya tak harapkan awak seorang ulama' pun, cukuplah awak mampu bimbing saya ke jalan yang benar..
*Kalau sayang,
doakanlah dunia dan akhirat untuk saya.. Kalau cinta, bimbinglah saya ke jalan
yang benar.. ♥
♥ Kalau like, klik like ♥
1 comment:
http://eekshop.com
Surface Appearance:
Post a Comment