Suzana
(nama sebenar) dan Razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia
dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin,
di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas… Sesudah tamatnya zaman
persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di
sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan
lagi………tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaannya.. Salmah seorang ibu
yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendaknya..
Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada
suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah
sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan mereka. Setelah 3 bulan Suzana berhenti,
datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa
akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya
itu memang kuat untuk Razman. Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul
kan…… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi
malang telah menimpa mereka……
Razman
dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami
luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang
amat menakutkan……
Sejak
kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa
kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah
isterinya menjadi cacat seumur hidup.
Razman
cuba utk memperbaiki keadaan……..Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan
ibu mertuanya.
Setelah
seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan
muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu
tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah
bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab…… "penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan." Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.…………………….
Sebenarnya
Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan KULIT PUNGGUNGnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua tu??
No comments:
Post a Comment