I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 8, 2013

Sutera Baldu : Episod 23


Iman selamat sampai di rumah Izzah hampir jam 9 malam. Sampai saja di hadapan rumah, Iman melihat ada cahaya terang dari dalam rumah. Pasti Izzah ada di rumah ketika itu. Hatinya mula dirundum resah. Apa la yang akan berlaku lagi malam ini.

Selepas Mifzal pergi, Iman mengangkat barang-barangnya ke dalam rumah. Baru saja dia membuka pintu, tersembul wajah Izzah di depan muka pintu dengan wajah yang ceria.

"Iman!!!"

Iman tergamam dek terkejut dengan sergahan Izzah.

"Hei.. Kenapa muka macam terkejut je ni?"

"Kau Izzah kan? Kau ok ke ni?"

Iman memegang lembut bahu Izzah. Risau jika Izzah tidak sihat. Sebelum ni Izzah begitu dingin dengannya. Tapi lain pula malam ini.

"Kau ni kenapa, baru pergi Cameron berapa hari dah lupa aku ke? Aku ni Izzah la.. Bukan hantu.. Ke kau yang demam ni lepas stay kat tempat sejuk? Hah, kepala kau tak panas pun.."

Lantas tangan Izzah meraba-raba dahi Iman yang disangka panas dan berkemungkinan sedang demam.

"Tak demam pun ni.. Dah la.. Jom la masuk. Ni tercegat dekat depan pintu buat apa.."

Laju Izzah menarik tangan Iman dan menjinjing beg Iman ke ruang tamu. Iman begitu tidak sangka, pemergiannya beberapa hari ke Cameron Highlands dapat melihat Izzah kembali seperti sebelum ini selepas pulang. Seorang yang ceria dan periang.

"Izzah, kau marah aku lagi ke?"

Tiba-tiba Iman mengajukan soalan itu kepada Izzah. Dia sungguh ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya sepanjang Izzah muddy.

"Eh.. Mana ada aku marah kau. Hari tu aku just stress sikit. Tu yang asyik mengamuk je. Dah la, jangan la tanya pasal tu dah ye.."

Senyuman terukir di wajah Izzah sambil memandang Iman di sebelahnya. Tangan Iman diramas lembut. Berharap Iman tidak akan membuka rahsia yang sedang disembunyikan olehnya tentang perkara yang berlaku seminggu yang lepas.

Izzah terpadang jambangan bunga ros merah di sebelah Iman. Pantas tangannya mengambil bunga tersebut.

"Wah. Ada bunga la. Cantiknya bunga ni. Ni pakwe kau yang bagi ye? Eh, lelaki tadi tu siapa? Tu ke pakwe kau?" Izzah bertanya tak berhenti-henti.

Iman dapat mengagak bahawa Izzah sengaja menukar topik perbualan. Iman hanya tersenyum hambar.

"Tu bos aku la. Dia yang hadiahkan bunga ni kat aku masa nak bertolak balik tadi. Dia hadiahkan bunga ni sebab aku tolong dia buat kerja tadi. Kau jangan la fikir yang bukan-bukan pulak."

"Kot la kan dia ada hati kat kau. Ni dia bagi bunga ros merah ni. Macam ada apa-apa je.. hehe.. Jangan la marah. Kau ni sensitif pulak sekarang ni eh.."

"Tak ada la. Aku tak marah pun. Dia bos aku, yang bagi gaji kat aku. Aku cuma pekerja bawah dia je."

Iman menundukkan wajahnya. Entah kenapa, dia berasa tidak selesa untuk berbual dengan Izzah ketika itu berikutan perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara mereka yang sedang dirahsiakan oleh Izzah. Riak muka Izzah juga tidak seperti dulu. Adakah ini cuma satu paksaan untuk dia berhadapan dengan aku?

Melihat riak wajah Iman yang muram, Izzah mengalah. Dia tidak mahu berkata sesuatu yang boleh membuatkan tanda tanya dalam fikiran Iman.

"Emm.. Ye la Iman. Dia bos kau. Aku tak kata apa-apa dah. Kau jangan la buat muka sedih macam ni. Risau tau tak."

Lembut Izzah menyentuh bahu Iman. Di gosok-gosok bahu sahabatnya itu.

Bayangan Daiyan muncul di minda Iman. Wajah yang dirinduinya kini tapi kenapa insan itu semakin jauh darinya. Dan Mifzal pula bukan insan yang bertakhta di hatinya. Bukan...

"Izzah, aku masuk bilik dulu ye. Nak mandi dan solat. Rasa penat, lama sangat dalam kereta tu tadi. Esok aku kerja lagi."

"Tak pe la kalau macam tu. Kau masuk la rehat dulu. Malam ni tidur awal ye.."

Iman mengangguk sambil tersenyum sebelum beredar masuk ke dalam biliknya. Izzah hanya memandang. Terdetik bermacam perasaan di dalam hatinya. Rasa seperti tidak puas hati. Izzah mengeluh panjang.


______________________________

Percutian selama beberapa hari di Cameron Highlands memberi kenangan dan pengalaman yang sangat manis bagi Iman. Opss.. Bukan percutian tapi oustation. Sepanjang berada di sana, macam-macam yang berlaku. Kalau bab menangis tu memang banyak la. Semuanya angkara Daiyan!! Eeeee..ke mana ntah dia tu pergi. Dah lupa aku agaknya.

Eh.. Ada jugak aku menangis sebab mamat sombong tu. Sebab dia marah aku..tapi nasib la dia pandai pujuk balik. Sweet pulak tu. Hehehe..

Asyik Iman membelek bunga-bunga yang ada di situ sambil melayan perasaannya. Sepasang mata yang asyik memerhatikan gelagatnya tidak langsung disedari oleh Iman.

"Haaa.. Tu sengih-sengih tengok bunga tu pasal apa?" Mifzal mengejutkan Iman daripada lamunan yang ntah sampai ke planet mana dah. Iman yang terkejut dengan teguran majikannya sedikit tersentak.

Adess.. Kacau betul la mamat ni. Ada je yang nak menegur. Iman mengetap bibirnya. Malu tercampur geram bila terkantoi yang dirinya sedang mengelamun. Dia langsung tidak memandang Mifzal yang berdiri di belakangnya.

"Apa?? Malu ke sebab saya nampak awak tu tersengih-sengih tadi? Tak payah nak malu sangat la. Saya dah nampak macam-macam dah sebelum ni. Menangis sampai terkeluar hingus pun pernah.."

"Bos!!!" Sepantas kilat Iman berpusing mengadap Mifzal. Spontan tangannya membaling bunga orkid yang berada di tangannya ke arah Mifzal. Mifzal yang terkejut dengan tindakan Iman segera mengelak daripada terkena objek yang dibaling oleh Iman. Terjegil matanya apabila melihat objek tersebut adalah sekuntum bunga, malahan dari kedainya sendiri.

"Iman!! Awak rosakkan bunga saya lagi??!!

Dengan muka yang masam, Iman mencebik. Geram betul dengan perangai majikannya yang semakin kuat mengusik sekarang.

"Bos yang cakap merapu dengan saya.." Iman masih mencebik. Tengok tu. Dia yang mengusik orang, sekarang nak marah orang pulak. Huh..

"Kalau ye pun nak baling benda, baling la kain ke, botol ke, penyapu ke. Ni awak baling bunga, tahu tak? Rugi ni.."

Mifzal tunduk mengutip bunga di kakinya. Iman hanya memandang seperti seorang majikan memandang orang gajinya membuat kerja.

Sebelum sempat Mifzal bangun semula, Iman cepat-cepat mengadap ke tempat lain dan menyambung kerjanya semula.

"Ish..ish..ish.. Habis kotor bunga ni. Dah terkoyak dah kelopak bunganya. Tak pasal-pasal rugi aku hari ni," ujar Mifzal lagi seolah-olah sedang bercakap sendirian sambil menguis-nguis kelopak bunga itu. Sengaja Mifzal menekan sedikit suaranya ketika menyebut perkataan 'rugi' tu supaya didengari oleh Iman.

'Huh.. Bunga sekuntum pun nak kedekut. Entah-entah bunga yang dia bagi kelmarin tu pun dia nak claim balik nanti agaknya. Menyampah!' Iman mengomel-ngomel sambil menggunting daun-daun bunga yang rosak.

Mata Mifzal tidak lepas daripada memerhatikan tingkah laku Iman yang kebudak-budakan. Mifzal ketawa kecil, seronok menyakat Iman yang asyik mengomel sendirian. Agaknya dia tidak sedar bahawa Mifzal dapat mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut kecil itu.

"Hai la bunga. Nasib la kau semua dapat 'mak tiri' yang bengis macam ni. Bersedialah kau untuk digunting-gunting hancur lepas ni.." Kata-kata Mifzal disambung dengan ketawa yang kuat. Telinga Iman yang panas mendengar kata-kata Mifzal terus berpaling dengan muka yang masam mencuka sambil menunjukkan gunting di tangannya. Iman terus mendekati majikan sambil mengacah-ngacah ingin menggunting Mifzal dengan gunting tersebut. Mifzal segera melarikan diri apabila sedar yang Iman cuba mendapatkan dirinya untuk 'digunting'..

Cepat-cepat Mifzal berlari ke bilik belakang untuk mengelak daripada 'kekejaman' Iman sambil ketawa kuat. Seronok betul dia bila dapat menyakat Iman yang masih berperangai kebudak-budakan itu.

Langkah Iman terhenti apabila menyedari telefon bimbitnya bergetar. Ada panggilan daripada seseorang. Iman yang geram sempat menjegilkan matanya kepada Mifzal yang asyik ketawa di bilik belakang sebelum menjawab panggilan itu. 

"Assalamualaikum.. Siapa ni?" Iman menyoal.

"Waalaikumussalam.. Hai, Iman. Tak kan hang dah delete nombor fon aku kot? Baru berapa minggu tak jumpa hang dah lupa aku?" Kedengaran suara garau di hujung talian dengan riak yang sedikit tidak puas hati.

"Eh!! Laa.. Hang ke Eqa? Sorry la. Aku jawab call hang terus, lupa pula nak tengok nama pemanggil sebelum tu. Sory la ek. Aku tak lupa kat hang pun. Aku selalu ingatkan hang tau! Hehe.."

"Betul ke hang ingatkan aku? Hang takde pun nak sms aku ke, call aku ke. Lupa la tuh!"

Suara Eqa kedengaran seperti merajuk. Iman ketawa. Faham benar dengan perangai sahabatnya itu yang suka sangat buat-buat merajuk.

"Hang tak payah nak merajuk sangat la dengan aku. Temberang sungguh! Hahaha.."

"Gitu la, hang. Aku tepon hang sebab rindu tau dak? Aku merajuk pun hang tak nak pujuk. Pedih ulu hati nih.." Eqa masih berpura-pura merajuk untuk meraih pujukan Iman. 

Walaupun dia berpura-pura, sebenarnya hati miliknya memang benar-benar rindukan Iman. Entah kenapa dia dapat merasakan Iman kini berada di sudut istimewa dalam hatinya.

"Mengadanya hang nih. Kalau ada depan aku ni, memang kena cubit dah dengan aku. Yela.. Aku rindukan hang la. Aku rindukan opah dengan Aish jugak.."

Iman bercakap sambil ketawa. Tangannya asyik memegang barangan yang ada di atas almari itu sambil bersembang mesra dengan Eqa. Mifzal hanya memerhati. Dalam hatinya tertanya-tanya siapakan orang yang sedang bercakap dengan Iman itu. 

"Ehem..Eheemm.. Jangan main kat situ. Jatuh pecah nanti.." Mifzal memberi amaran apabila dia melihat tangan Iman makin ligat menyentuh barangan di atas almari itu.

Iman hanya menjeling Mifzal yang sudah duduk di kerusinya. Segera dia berjalan keluar dari kedai bunga itu. Mifzal masih memerhati. Pasti ada hubungan yang mesra antara mereka berdua tu, desis hati Mifzal.

Selesai bercakap dengan Eqa, Iman segera masuk semula ke dalam kedai. Baru saja dia melangkah masuk, wajah majikannya terus menyapa di mata. Iman hanya buat tak endah dengan pandangan Mifzal yang tak reti-reti nak beralih ke tempat lain. Naik rimas pulak dengan mamat seorang ni.

"Cakap dengan siapa tadi?" tanya Mifzal.

Iman yang sedang membongkok mengambil bunga terus bangun berdiri tegak apabila mendengar pertanyaan itu. Siapa dia yang nak bertanyakan aku macam tu?

Jejaka yang masih setia memandang Iman itu dipandang sekilas. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hilang sudah gelak ketawa tadi yang asyik memekakkan telinga, yang memanaskan hati.

"Kawan." Sepatah Iman menjawab, lansung dia terus menyambung kerjanya semula.

"Lelaki ke perempuan tu?" Mifzal bertanya lagi.

Iman naik rimas dengan persoalan yang diajukan oleh majikannya. Kenapa perlu bertanya sampai macam tu sekali? Semuanya nak tahu..

"Lelaki.." Sepatah lagi Iman menjawab.

"Eqa tu nama milik seorang lelaki ke?" Mifzal menguji.

"Bos curi-curi dengar eh?"

"Tak perlu kot saya nak curi-curi kalau ada yang memang dah memberi. Awak ingat awak tu bercakap dengan volume yang kecil ke?"

Iman tunduk. Tak kan semuanya sudah didengari oleh Mifzal? Malu la kalau macam ni. 

"Siapa dia pada awak?" Mifzal masih ingin membongkarkan rahsia Iman.

"Dia boyfriend saya!!" Jawab Iman laju dengan penuh semangat. Tersengih-sengih Iman sambil memandang majikannya. Sengaja dia menjawab begitu supaya Mifzal tidak bertanya lagi. Cepat-cepat dia menyambung kerjanya semula. Dah..Daaahhh..Jangan tanya aku apa-apa dah, detik hati Iman.

Mifzal tersentap dengan jawapan Iman itu tadi. Rupanya betullah dia sudah ada teman lelaki. Iman ketawa kecil melihat bosnya. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Iman tersenyum nakal. 

"Bos cemburu ye? Bos nak mengorat saya eh? Hehehe.."

Iman ketawa girang bila niatnya untuk menyakat Mifzal menjadi. Melihat wajah Mifzal seperti terkejut dengan soalan Iman membuatkan Iman ketawa besar. Kulit cerah milik Mifzal menjelaskan lagi wajahnya yang sedang kemerahan.

"Eh..Ehh.. Mana ada saya cemburu. Saya cuma tak suka pekerja saya curi tulang lama-lama masa bekerja." Jawab Mifzal.

Ketawa Iman masih bersisa. Mifzal segera bangun dan masuk ke bilik belakang. Sempat lagi dia memberi pesanan berbaur ancaman kepada Iman.

"Jangan bergayut lama sangat. Potong gaji!!"

Iman memandang Mifzal lagi yang kini sudah masuk ke dalam bilik belakang.

"Yes, bos!!" jerit Iman. Iman tersenyum-senyum mengingatkan perangai majikannya yang kelakar. Hidup ini indah sebenanrnya..



Bersambung...


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...