Assalamualaikum..
Haaa..dah jawab salam ke belum tu??
Jawab salam dulu..
Terasa lama betul la tak berceloteh kat sini.. Selalu post cerita je kan. Ok.. Kali ni CK nak post cerita jugak tapi cerita CK sendiri.. Kira pengalaman la..
Tadi masa nak maghrib, tetiba je kepala ni teringatkan kisah masa zaman belajar dulu..eeewaaahhh..hehe.. Pengalaman TERbangun lambat padahal kelas pukul 8 pagi.
Terasa nak bercerita kat sini plak..
Alkisahnya..
Selalu tetiap pagi nak ke kelas, besfren CK iaitu kila ngn asma mesti akan lalu depan blok CK and tercongok kat tangga tunggu CK nak pergi kelas sesama.. Oleh kerana minyak enjin yang kami ada hanyalah kaki, so kami pilih kemudahan yang disediakan la untuk ke kelas iaitu bas..memandangkan kolej agak jauh dari fakulti kan..
Pada suatu hari, CK macam terdengar2 je suara orang dok terbuai2 panggil nama CK kat luar. (Ok,bilik aras bawah je pun..) Serabut dengan bunyi bising, CK suh dorg senyap.. Tiba2 baru kpala ni berfungsi dan berfikir..pukul berapa dah ni??
Mak aii!! pukul 7.27 am.. Selalu time ni mmg tercongok kat bustop dah ni.. Hari tu buat hal plak terbangun lambat. Kelas pukul 8 pagi. Cepat2 kua bilik, suh kawan2 pergi dulu.. Niat di hati dah rasa nak ponteng sebab tak sempat nak sampai ke kelas.
Lecturer agak tegas, tambah2 kalau student masuk lambat..Memang kena sound la klau masuk lambat.. Sebab CK dah penah kena..kehkehkeh..
Bas plak kul 7.30 dan akan ada 30minit kemudian.. Cis.. X boleh jadi.. Kelas pagi tu kalau tak g memang akan rasa kerugian yang teramat sangat sebab tu la satu2nya kelas feberet CK..hehehe.. Dr.Kay yang ajar.. Jangan silap.. Dr ni pompuan tau.. Dia ajar beeesssstttttttt!!!
So nak tak nak kena pergi mandi jugak.. Perjuangan harus diteruskan!!! Mandi dah macam koboi cap labu dan labi.. Masuk bilik, solat subuh dinosor.. Kusyuk pun dah tak berapa kusyuk sebab jantung dah berdegup kencang gile..
Pilih baju.. Alamak!! xde baju yang dah iron.. Dah la CK xde baju kurung yang boleh buat2 tak nampak je kedutan dia.. Sumenya berkedut2.. Nak senang pilih baju kurung kain satin..senang nak iron.. hihihihi.. Bersiap tak sampai 5minit.
Jam menunjukkan 7.45pagi dah. CK selalu je jalan kaki ulang alik dari kolej ke fakulti tapi ambik masa lebih kurang 20-30 minit la jugak. Sekarang cuma ada masa 15 minit je.. Tu pun kena sampai sebelum kul 8 sebab lecturer tu sangat la punctual dengan masanya.
Selalu g kelas pakai kasut ayu@kasut sarung.. Tapi oleh sebab masa yang tak berapa nak mngizinkan jadi ayu, CK pakai sandal tumit 1.5cm yang ada tali kat blkg. Kalau ikutkan kasut sarung la tak sakit kaki kan.. Tapi point sebenar nak tali kat blkg tu sebab nak berlari jap lagi. Kalau pakai kasut sarung, mau terpelanting masa berlari. Nak pakai kasut sport, cam buruk sangat plak kan..muahahaha..
Dengan masa yang ada, CK mula berlari turun tangga kolej, lalu kat laluan pejalan kaki.. Memang berlari la.. lagi laju dari orang berjogging.. Bila sampai kat area bustop kolej lain, CK stop berjalan plak.. Bila jauh ckit, berlari balik.. Orang yang tengok tu, CK wat2 tak nampak je..
Pecah abis lemak2 yang terpelihara.. Sampai je kat library, CK terdengar macam bunyi bas.. Cis.. Rupanya ada lagi bas yang gerak kul 7.45.. Macam mana la boleh lupa time tu. Tak pe la kan.. Malas la nak naik bas tu bila dah separuh jalan.. So terus berlari lagi..
Akhirnya..
CK sampai kul 7.55..(lebih kurang la..) CK berlari dalam 9 minit je tau.. Hebat tak? Hebat tak?
Hehe..lepas tu nekad dan tekad xnak terlajak tido dah..huhuhu.. Itu je la kisahnya.. ^^
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment