Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi.
Lewatnya aku bangun. Iman ke jendela ruang tamu. Kereta Izzah dah tak ada. Dah
pergi kerja la tu. Iman ke dapur untuk mencari apa-apa makanan yang boleh
mengalas perutnya. Ada biskut sugar cracker. Kira ok la tu. Janji dapat makan.
Nanti nak makan kat luar lagi..hehe.. Iman segera mencapai kain tualanya.
Sengaja dia ingin bersiap awal. Cadangnya dia nak jalan-jalan di sekitar
serdang dulu. Mana la tau ada job ke.
Cukup la dengan hanya mengenakan t-shirt
hijau tua dan slack hitam menampakkan kekemasan dirinya. Tidak lupa tudung
putih berbunga hijau untuk menutup rambutnya. Make up? Tak perlu. Pakai bedak
compact biasa dan lips sudah. Tak suka make up yang tebal-tebal. Rimas. Dah
pukul 9.30 tepat. Iman meninggalkan rumah. Nak tunggu train lagi. Lambatnya…
Tepat 10.30 Iman sudah berada di
hadapan bangunan Mines. Nak masuk dulu ke? Terlalu awal. Iman memutuskan untuk
jalan-jalan di luar dulu. Iman menyusuri kaki lima deretan kedai-kedai
berdekatan dengan Mines. Banyak jugak kedai-kedai kat sini. Tak ada ke notis
kerja kosong kat sini. Ish. Eh, ada kedai elektronik. Huh! Tak mahu la minta
kerja kat sini. Desis hati Iman. Pengalaman semalam masih di fikirannya. Iman
membesarkan langkahnya. Tiba-tiba Iman ternampak satu notis. Macam KERJA
KOSONG. Iman berpusing balik. Yes! Ada kerja kosong. Kedai apa nih? FLORIZZO
ROSE? Kedai jam ke apa ni? Iman melihat pada cermin transparent kedai itu. Owh.
Kedai bunga rupanya. Patut la ada ‘ROSE’ kat belakang nama tu.
Iman melangkah masuk. Ada bunyi
loceng. Sunyi sepi. Ada orang ke tak ni. Pintu tak berkunci, dah buka la kot
kedai ni. “Ermm. Hello. Ada orang tak?” Mata Iman melilau mencari orang di
dalam kedai itu. Mana la tau ada kat celah-celah pokok ke kan. Iman tak nak
bagi salam lagi. Kot la bukan kedai orang muslim. “Hello..hello..hello..hello…”
Iman meninggikan suaranya. Pekak ke tauke kedai ni.
“Ye? Nak beli bunga?” suara garau
menyapa. “Hah?” terkejut aku. Alamak! Lelaki mana pulak yang datang ni. Nak
beli bunga? Owh,dia ni kot owner kedai ni. “Ermm.. saya nampak notis kerja
kosong kat depan tu. Betul ke ada kerja kosong kat sini?” kata Iman sambil menuding jari ke arah notis itu ditampal.
“Betul la tu.” Lelaki itu jawab
mendatar. Dia terus berlalu ke mejanya meninggalkan Iman di belakang. Poyonya
mamat ni. Nak bagi aku kerja ke tak ni. Kalau tak aku nak blah. Hati Iman
berkata-kata. Iman hanya melirik matanya melihat lelaki itu. Kaki Iman tak
berganjak seinci pun. Lelaki itu mengambil sesuatu dan kembali mendekati Iman.
Dia menghulurkan sesuatu. Gunting dan sarung tangan? Nak buat apa? Free gift ke?
Iman hanya memandang barang-barang itu.
“Pandang apa lagi. Tadi kata nak
kerja. Cepat la buat kerja tu.” Perintah lelaki itu. Hah? Aku dah dapat kerja.
Senang betul dapat kerja. Interview dengan hanya bertanya ‘nak beli bunga?’
hahaha.. lawak pula Iman rasa. Tapi tak kan kerja sekarang. Kejap lagi nak
berjumpa dengan Daiyan pula. Adoi. Parah-parah. “Ermm. Terima kasih,encik. Tapi
saya tak boleh kerja terus hari ni sebab saya ada temu janji kejap lagi. Esok
start kerja boleh ke encik?” Iman rasa serba salah. Dah dapat kerja ni tapi nak
kena skip la pula kejap lagi. “Pukul berapa temu janji awak?
“Pukul 1.” Ringkas… “Sekarang
baru pukul 11.00. Awak ada masa lagi 2jam. Saya akan bayar awak untuk 2jam ni.”
Dibayar? All right juga tu. Iman pun tak ada apa sangat yang nak di buat dalam
masa 2jam ni.
“Emm.. Baik..” Iman mengambil
gunting dan sarung tangan itu. Dia memandang sekeliling kedai itu. Apa yang dia
nak buat dengan benda tu? “Encik,saya nak buat apa sekarang ni?” Iman masih
kebingungan. Tak tau apa yang perlu dilakukannya.
“Apa kegunaan gunting tu?”
“Hah? Gunting untuk menggunting
la.” Jawab Iman. Itu pun nak tanya. “Dah tau untuk menggunting, pergi la
gunting bunga-bunga tu.” Lelaki itu mengarah lagi. Iman mengerutkan dahinya. Dia
melihat bunga-bunga yang ada. Gunting bunga? Macam mana nak gunting. Belum
pernah lagi dia kerja dekat kedai bunga. Jadi dia tak tau nak gunting macam
mana. Iman memandang bos barunya semula. Niat nak bertanya tapi lelaki itu
sudah pun memejam matanya di tempat mejanya. Tak sihat ke dia nih?
Iman mendekati bunga-bunga yang
ada di hadapan. Nampak macam baru sampai. Banyak jenis juga tapi Iman tidak
begitu mahir dalam bab-bab bunga ni. Siapa yang nak ajar ni. Isshhh…Iman
mencangkung di depan bunga ros merah. Cantiknya bunga ni. Iman tersenyum. Seronoknya
kalau Daiyan belikan bunga ini untuk dirinya. Teringin nak dihadiahi bunga ros
merah. Iman tersenyum. Ada kerusi kecil di celah bunga itu. Iman mengambilnya
dan duduk. Penat bercangkung.
Masih tidak tau apa yang harus di
gunting. Nanti salah gunting, bising pula. Iman mengambil bunga yang dah
tersedia dari bekas yang lain. Di amatinya bunga itu. Apa yang bezanya dengan
bunga yang baru sampai? Tak ada. Sama je. Emm. Pindahkan bunga-bunga ni ke
bekas yang di sediakan kot. Iman mengomel sendirian.
Dia mula melakukan kerjanya.
Perlu berhati-hati. Banyak duri. Duri? Owh, patut la bos bagi sarung tangan.
Adoi. Sejak bila jadi orang bengap ni. Iman menggunting bahagian-bahagian yang
tidak elok seperti daun-daun yang sudah layu. Biar nampak segar je semuanya.
Iman leka dengan kerja barunya. Seronok bermain dengan bunga-bunga. “Nama apa?”
Eh,dengar macam suara orang. Iman
berpaling ke belakang. Tak ada siapa pun. Bos baru masih tidur. Nak kata
pelanggan masuk, loceng tak berbunyi pun. Perasaan aku je kot. Iman meneruskan
kerjanya. “Nama apa?” isshhh..siapa yang tanya ni. Bentak hatinya. Dia melihat
bosnya. Masih tidur. “Iman.” Jawab Iman sepatah tanpa mengalihkan pandangannya.
Senyap. Kalau bukan bosnya, siapa lagi yang bertanya tadi? “Umur?” emm.. Sah.
Itu suara bosnya. Bercakap dalam tidur. Iman meneruskan kerjanya namun mulutnya masih menjawab pertanyaan bos barunya itu. “20 tahun 4
bulan.”
“Pelajar?”
“Ya. Masih belajar. Di UKM.”
“Cuti?”
“Cuti semester.” Malas nak jawab
panjang. Bos pun tanya sepatah je. Sayang sangat kat suara dia tu. Senyap. Dah
tiada soalan dari bos nya. Iman masih membelek bunga-bunga itu. Di ambil
sekuntum bunga ros merah dan di dekatkan dengan hidungnya. Wangi. Iman menyusun
bekas-bekas bunga itu dengan rapi. Biar nampak kemas. Siap sudah kerja aku.
Masih ada masa. Nak buat apa lagi. Iman ternampak di satu sudut kedai ada
detergent, kain dan apron yang tergantung. Untuk cuci cermin kedai agaknya.
Iman bingkas bangun dan mengambil apron lalu memakainya. Di tayang-tayang
badannya di cermin kedai itu yang sebahagian besar dinding itu diperbuat
daripada kaca. Kaca ke plastik? Yang pasti Iman masih boleh melihat dirinya di
dalam cermin itu sambil tersenyum. Bos barunya hanya memerhati tingkah laku
Iman dari hujung anak matanya. Masih keanak-anakkan.
Pintu kedai di sembur dengan
sedikit detergent sebelum Iman mengelapnya dengan kain yang tersedia. Dia
membuat kerjanya dengan cepat. Takut tak sempat menyiapkan tugasnya. Macam dah
lama tak cuci. Bila sudah di lap baru lah nampak berkilat sikit. Iman masih
mengelap cermin kedai itu. Tak sedar yang bosnya sudah berada di belakangnya.
Lelaki itu menunjukkan jam tangannya. BELL & ROSE. Tau la banyak duit, tak
perlu la nak menunjuk-nunjuk jam. Huh.
Lelaki itu mendekatkan jam
tangannya ke muka Iman. Alamak! Dah pukul 1.10 rupanya. Iman segera masuk ke
dalam kedai dan membuka apronnya. Dia menggantungkannya di tempat yang asal.
Tengah Iman bersiap-siap, lelaki itu menghulurkan duit sebanyak RM6. “Gaji
pertama.” Kata lelaki itu. Iman hanya tersengih mengambil gajinya itu sambil
memandang bosnya. “Terima kasih, bos.”
Lelaki itu terus berlalu ke
mejanya. “Kerja pukul 9pagi hingga 5petang. Satu jam, RM3.00. Jangan lewat!”
Lelaki itu berpesan pada Iman. Iman hanya menganggukkan kepalanya. Setelah
betul-betul pasti bosnya sudah habis bercakap, Iman meminta diri dulu dan
berjanji akan datang pada esok hari. Iman segera berlari keluar dari kedai
sambil berteriak, “Terima kasih, bos!”
“Mifzal.” Lelaki itu menyebut
namanya perlahan. Tak mungkin anak gadis tadi mendengarinya.
No comments:
Post a Comment