Assalamualaikum..Hari ni CK nak bercerita la pulak..saje cari bahan dari merata-rata tempat..Dapat la sebuah cerita ni..Katanya ni adalah kisah benar tapi tak tahu la budak pompuan tu berubah ke tak..Tapi mai la kita baca cerita perbualan ni sama-sama..Harap cerita ni sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita..InsyaAllah.
~Gambar Hiasan~ kalau tak salah ni gambar dalam cerita MAUT |
Ini kisah benar..kisah
seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang
agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar
'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan
pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks
beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah
denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya
merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap
operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa
tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana
hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika
operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu
lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan
kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman
dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas
ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan
semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk
perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan
membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut
nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan
Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke
dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal
mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik,
kenapa buat neraka ?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha
Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan
dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak
pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap.
Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis
gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak
buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya
sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,
lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni
pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya
bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat
syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak
seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused,
ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku
kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka
apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.
Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh
akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan
bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia
nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya
ustaz.
"Ah..mana adil macam tu.
Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal
lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri
kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang
menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham
sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan
segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka
hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan
ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk
kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment