I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 8, 2011

Sutera Baldu : Episod 2


Penat berjalan di siang hari membuatkan Iman terkulai layu di atas sofa rumah opahnya. Puas dapat bergelak ketawa dengan sahabat-sahabat lama. Hilang sedikit kerinduan. Hampir setahun tak jejak kaki kat kampung ni selepas Iman dapat menyambung pelajaran di UKM. Bukanlah kerana sudah lupakan opah tetapi tuntutan belajar dan kerja yang membuatkan Iman tiada masa untuk pulang melawat opah dan belangkasnya.

“Aii..penat berjalan, dah terbongkang sampai macam tu sekali ke?” perli opah melihat cucunya yang terbaring tak ingat dunia. Opah yang dari dapur membawa sedikit biskut dan teh untuk cucu kesayangannya. “Ni minum dulu teh ni. Kang sejuk, tak sedap,” sambung opah lagi.

“Penat la opah berjalan hari ni. Puas kami keliling kampung. Tak de la banyak sangat yang berubah kan opah. Cuma ada la rumah-rumah orang kampung dah membesar. Renovate, cantik-cantik semua,” balas Iman sambil turun daripada sofa untuk menikmati hidangan yang opah sediakan untuknya.

“Dah biasa kerja kat bandar tu pun ada rasa penat lagi ke bila berjalan sikit kat kampung sekangkang kera nih” persoal opah bila Iman merungut letih.

“Kat bandar tu tak de la berjalan je tak berhenti-henti. Lagipun Iman bukan kerja yang kena berjalan je kat sana. Banyak duduk, guna komputer je, opah. Kalau nak pergi kelas pula ada bas yang tunggu, jadi tak de la penat sangat. Lagipun Iman kan duduk kolej, senang sikit.”

Ya, kalau ikutkan memang tak penat sangat tapi kerana ingin mengejar masa antara belajar dan kerja memang sangat memenatkan. Pernah dulu kerana terlalu penat, Iman tak sedarkan diri di dalam kelas. Gamat juga keadaan masa tu. Walaupun hanya membuat part time, tuntutan kerja itu sangat memerlukan khidmatnya.

Kadang-kadang jadi operator, juru audit, pekerja am, setiausaha dan macam-macam jenis kerja yang Iman pernah buat di tempat kerjanya itu. Nak buat macam mana, nama pun part time, tak ada jawatan tetap. Berbaloi la dengan gaji kan. Asalkan ada duit masyuk. Dengan duit itu la Iman gunakan untuk sara hidupnya di bandar dan di hantar kepada opahnya di kampung.

“Kamu jangan la kerja teruk-teruk sangat, belajar tu lebih penting. Jimat duit tu, opah bukan guna banyak sangat duit kat kampung nih. Iman simpan la duit tu untuk keperluan Iman nanti.”

“Ala opah. Iman ada simpan duit sikit-sikit. Duit gaji bukannya Iman guna semua. Lagipun Iman kan ada dapat biasiswa untuk belajar. Opah jangan la risau ye,” kata Iman memujuk opahnya. Pengalaman yang dulu-dulu mematangkan Iman dalam berdikari.

“Semuanya salah opah. Kalau lah opah tak bersetuju dengan perkahwinan..” tak sempat opah menghabiskan kata-katanya, Iman sudah menyampuk.

“ok-ok..opah dah banyak kali cerita kat Iman tau pasal hal ni. Dan setiap kali opah cerita, opah mesti nak salahkan diri sendiri. Iman tak suka la macam ni. Opah jugak yang kata setiap apa yang berlaku adalah takdir yang dah di tetapkan oleh Allah. Tak baik kita merungut takdir kita tu”, sampuk Iman. Iman tau sejarah hidup ibubapanya. Ayahnya yang dibuang keluarga kerana memilih ibu sebagai suri hidupnya. Iman menjadi yatim piatu ketika masih bayi. Tidak sempat mengenali siapa ibubapanya sendiri. Saudara belah ayah Iman tak mahukan Iman, sebab itu la opah yang menyara Iman daripada kecil lagi. Ibu pula anak tunggal opah, jadi Iman tak ada saudara lain lagi melainkan opah seorang.

“Tapi opah tak dapat nak beri sebarang kemewahan kat Iman sehinggakan Iman terpaksa cari duit sendiri untuk kegunaan Iman”, kata opah lagi.

“Tengok tu!!..cakap macam tu lagi. Iman tak kisah la, opah. Mungkin ni yang terbaik untuk Iman. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mana la tau kalau Iman seorang yang kaya sekarang, Iman jadi seorang yang sombong ke, jahat ke kan. Iman dapat hidup macam ni pun dah cukup bersyukur daripada Iman duduk kat luar negara yang tak cukup makan, hidup melarat. So, opah jangan la cakap cam tadi dah tau. Iman tak suka. Sebab Iman sayang sangat kat opah. Terima kasih sebab opah sudi besarkan Iman dengan penuh kasih sayang. Sebab kasih sayang opah la opah dapat buat teh sesedap ni..hehe..”, ujar Iman sambil menghirup teh yang sudah hampir sejuk.

“Bodek opah la tu”, balas opah sambil menepuk lembut bahu Iman. Mereka ketawa. Ternyata mereka benar-benar menyayangi antara satu sama lain.

‘Iman, bersabarlah dulu dengan kehidupan sekarang. Pasti akan ada kesenangan untuk dirimu tidak lama lagi. Teruslah bersabar sayang. Opah sayang kamu sangat-sangat’, detik hati opah. Terlalu baik anak ini. Tak sanggup hatinya melihat anak ini terus bersusah payah demi kehidupannya yang sebatang kara. Opah akan terus di sisi kamu sehingga kehidupan kamu semakin baik. Tidak lama dah, sayang..




No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...