Selama seminggu berada di kampung
belum cukup bagi Iman untuk melunaskan segala kerinduannya kepada opah dan
belangkasnya. Terlalu lama berjauhan. Cuma seminggu di beri kesempatan bersama
memang tidak cukup bagi Iman. Tapi apa boleh buat. Masih ada kerja yang
menantinya di sana. Iman balik dulu ye, opah. Masih terbayang air mata opah
yang bergenang menahan sebak di dada. Bila la lagi dia akan bertemu dengan
cucunya. Walaupun Kuala Lumpur itu masih berada di semenanjung Malaysia, namun
sudah terlalu jauh bagi orang seusia opah yang berada di utara. Iman tetap akan
pulang melawat opah nanti. Tunggu Iman ye,opah.
Sementara cuti semester yang
masih berbaki, Iman menumpang di rumah kawannya sekitar Bangi. Mudah untuk dia
ke tempat kerja yang tidak begitu jauh dari situ. Esok dah start kerja balik.
Lepas cuti seminggu terasa malas pula nak kerja semula. Adoi..
“Eh, Iman.. Bila kau sampai ni.
Kalau tak, boleh aku jemput kau kat stesen bas tadi.” Izzah, rakan serumahnya
terkejut melihat Iman elok duduk bersila sambil tersenyum di depan pintu
rumahnya. Pintu pagar yang tidak bermangga memudahkan Iman masuk ke halaman
rumah teres itu.
“Saje la aku nak buat kau
surprise. Weh, cepat la bukak pintu ni. Naik kebas kaki aku tunggu kau tau tak.
Pergi mana lama sangat nih?” Izzah hampir terlupa untuk membuka pintu kerana
masih terkejut melihat Iman yang masih boleh tersenyum walaupun ketara di wajah
itu kepenatan. Izzah segera membuka pintu dan membantu Iman mengangkat begnya.
Iman segera membontoti Izzah memasuki ke dalam rumah. Dapat duduk di sofa yang
empuk terasa begitu selesa setelah hampir sejam Iman bersila di atas simen yang
sejuk. Naik kematu bontot aku. Desis hati Iman. “aahhhh.. sedapnya dapat duduk
atas kerusi..”
Izzah terus ke dapur menyimpan
barang-barang yang baru di belinya tadi. “Tu la kau. Sape suruh tak nak cerita
kat aku kau dah balik. Dah sampai pun bukan nak sms atau call aku. Senyap je
dok kat depan rumah aku ni. Nah, minum air nih.” Izzah menghulurkan segelas air
sejuk. Kesian melihat Iman.
“Wah..thanks, dear. Ni sayang kau
lebih-lebih lagi ni..hahaha..” laju Iman meneguk air itu. Terasa sangat haus.
Lega dapat membasahkan tekaknya. Bukanlah dia tidak membawa air namun botol
airnya telah tertinggal di dalam teksi yang menghantarnya tadi. Jadi terpaksa
la dia menahan dahaga sehingga rakannya pulang.
Izzah memang menginap seorang diri
di rumah teres itu. Segala duit sewa rumah dan bil-bil di bayar oleh ayahnya.
Izzah yang sememangnya anak jati Kuala Lumpur sudah terbiasa dengan kehidupan
di bandar. Jadi tiada masalah baginya untuk tinggal seorang. Pernah Izzah
mengajak Iman tinggal sekali kerana kebosanan tinggal seorang. Izzah juga
merupakan penuntut di UKM namun memutuskan untuk tinggal di luar. Tak mahu
terikat dengan peraturan kolej, katanya. Tak apa la selagi mampu.
“wei, bangun la. Kau ni boleh
solat ke tak? Pergi solat asar dulu la.” Iman tertidur di atas sofa. Terkejut
bila Izzah mengejutnya. Baru dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat
asar. Jam pun dah menunjukkan hampir 6.30 petang. Adoi. Terlewat lagi. Iman
terus bangun menuju ke bilik untuk membersihkan dirinya.
Izzah tau Iman masih keletihan.
Jadi tak mahu la dia mengganggu Iman yang sedang berehat di bilik. Izzah terus
memasak di dapur sendirian untuk makan malam nanti. Selepas solat maghrib Iman
ke dapur. Kesian pula tinggal Izzah memasak seorang diri. “wow, sedapnya bau.
Kau masak apa ni Izzah. Taucu eh.”
“Ha’ah. Kau suka taucu kan. Ni
special aku masak untuk kau. Hehe..”
“Alaa.. terharunya aku. Maaf la
tak tolong kau masak tadi. Aku tertidur balik lepas asar tadi..hehe..” segan
pula rasanya. Dah la menumpang free, makan pula orang yang masakkan. Malunya.
“Tak apa la. Tau kau penat. Esok
kau kerja dah kan. Malam ni tidur la awal. Hah, tu tengok apa lagi. Duduk la
yang oii. Nak aku tolong tarikkan kerusi ke? Haha..” tegur Izzah melihat Iman
yang masih termenung di tepi dinding tu.
“Terima kasih tau, Izzah.”
“Mengada-ngada la kau ni, Iman. Berapa
ribu kali kau nak cakap terima kasih? Sebelum ni pun dah banyak kali kau cakap
tau tak. Ni, makan nasi dulu.” Izzah menyendukkan nasi ke pinggan Iman. Iman
membantu menuangkan air ke gelas.
“ye ye..aku makan ni..”
“Esok kau kerja pukul berapa?”
“Pukul 8 dah kena masuk kerja.
Bos cakap aku jadi setiausaha dia esok.. haha..”
“Dah alang-alang aku pun nak
pergi kerja, aku hantar kau sekali la.”
“Eh, kau kerja jugak ke? Kau
kerja kat mana?” Izzah tak cakap pula yang dia turut bekerja sepanjang cuti
ini.
“Hehe.. aku kerja kat Butik
De’Ann, dekat dengan sogo. Lagi pun owner butik tu kawan mama aku jugak. Mama
suruh aku kerja kat butik dia. Tak nak la aku. Aku nak try kerja kat lain jugak
kan. So mama suggest aku kerja kat butik De’Ann.”
“Uih. Jauhnya tempat kerja kau ni
Izzah. Tapi bertuah la kau. Lepas grad confirm kau dah ada kerja nanti. Paling
tidak pun dapat bantu kat butik mama kau. Aku ni tak tau lagi nak kerja kat
mana. Sekarang buat part time pun dah macam-macam jawatan aku pegang. Tak ada
kerja yang tetap. Cuma aku belum rasa jadi bos je kat tempat aku kerja
tu..haha..”
“Hahahaha.. kalau jawatan bos pun
diorang bagi kat kau, kau terus ambil alih la syarikat dia tu. Kan
senang..hahaha..” Bukan selalu mereka
dapat bergelak ketawa seperti ini. Mereka mula rapat setelah menyertai satu
program camping anjuran kelab rakan muda di universiti mereka. Kini mereka
berkawan rapat walaupun berlainan kursus.
Nasi di pinggan segera mereka
habis kan. Tak elok pula terlalu banyak bercakap di depan rezeki. Masing-masing
ingin berehat dan bersedia untuk bekerja pada pagi esok. Arghh..malas..
No comments:
Post a Comment