Beberapa tahun dahulu, ada
seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam
tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam
tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas
tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya
sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam
tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku
memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni
dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam
tersebut.
Apabila tiba di hadapan
masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin
turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik
berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20
sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya
wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas
tersebut.
"Owh... terima kasih!
Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas
tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab,
"Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku
jujur."
Pemandu bas tersebut
tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang
lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah
berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas
dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil
menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku
hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Firman Allah SWT,
"Allah mengetahui
pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang,
serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."
( Ghafir : 19 )
Apa yang anda dapat daripada
peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan
tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita
sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah
s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Sumber : Himpunan Tazkirah
No comments:
Post a Comment