I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 9, 2011

Sutera Baldu : Episod 3




Kepenatan semalam masih terasa. Jadi Iman memilih untuk berehat je di rumah. Lagipun semalam dah janji dengan Aish dan Eqa nak berkumpul kat rumah Iman petang nanti. Di tepi rumah Iman terdapat sebuah pangkin berbumbung berdekatan dengan tepi sawah padi. Pokok kelapa yang banyak meneduhkan kawasan tepi rumah menjadikan tempat itu sesuai untuk bersantai pada waktu petang.

“Iman, buat apa kat atas tu? Meh turun minum dulu..”, pinta opah dari dapur. Rumah yang tidak sebesar mana itu tidak memerlukan opah untuk menjerit memanggil Iman. “Ye, opah. Kejap eh..”, jawab Iman dari ruang hadapan. Iman segera berjalan ke dapur. Kesian pula pada opah yang asyik memanggilnya.

“Iman buat apa kat atas tu, nampak macam sibuk je. Dari pagi tadi lagi”, tanya opah pada cucunya.

“Oh.. Iman nak siapkan kerja sikit la opah. Awal sem depan terus kena hantar. Markah tu lecturer akan tambah untuk semester depan. Saje buat awal. Takut tak ada masa nak buat nanti”, jelas Iman, menjawab persoalan opahnya.

“Bagus la. Cuti pun jangan sampai lupa kerja yang lecturer tu bagi. Hah,tadi kamu kata belangkas kamu nak datang. Ni tak datang pun lagi. Opah dah buat kuih lebih ni”.

“Kejap lagi sampai la tu. Bab kuih, opah jangan risau. Gerenti habis licin nanti..hehe..”. Tidak lama kemudian.. “Assalamualaikum, Iman..opah..”. kedengaran suara Eqa memberi salam dari luar. “Waalaikumussalam..”, jawab Iman hampir serentak dengan opah. “Masuk la Eqa, kami kat dapur nih”, jerit Iman.

Eqa segera menanggalkan seliparnya dan masuk ke dalam rumah. Tidak susah selok belok dalam rumah ni kerana sudah terbiasa bagi Eqa. Dari dapur Iman sudah nampak kelibat Eqa yang sedang menuju ke dapur. Di tangannya ada sebuah bungkusan. Barangkali kuih agaknya. “Wah, dari depan rumah lagi Eqa dah bau makanan kat dalam rumah ni. Opah buat kuih apam ye. Sedapnya..”, tegur Eqa. Matanya terpaku pada kuih apam yang opah telah sediakan untuk mereka.

“Wei, kat tangan tu apa? Nak pegang je ka?”, tanya Iman.. “Oh,terlupa dah. Nah kuih karipap kegemaran hang. Aku singgah beli kat gerai Kak Biah tadi..panas lagi, sedap ni..eh, mana minah lagi seorang. Ai, semalam beria la kata nak datang awal, dari tengah hari la..tapi sekarang tak nampak bayang dia pun lagi..”, soal Eqa sambil menghulurkan bungkusan itu kepada Iman. Iman menyambut bungkusan itu sambil tersengih. Rezeki depan mata.. “wei, mek Iman..aku tanya ni. Tak dengaq ka?”.

“Hah?? Hang tanya pa? Aish ka? Oh, jap lagi sampai la tu. Dia bagi penguin makan jap..hahaha..”, jawab Iman, seloroh. “Tu dia..cik Iman kita dah pandai buat lawak la..bravoo..”, perli Eqa, sakit hati dipermainkan.
Opah yang berada di situ turut ketawa dengan telatah dua anak bujang itu. Tak la terasa sunyi sangat seperti sebelum ni. Tapi Eqa kerap juga melawat opah sepanjang pemergian Iman ke bandar. Anak muda itu di layan seperti cucunya sendiri.

“Iman, opah nak pergi rumah Mak Jemah kejap. Nak beli minyak urut, yang lama dah habis. Kuih ni makan sampai habis, jangan nak membazir. Kejap lagi opah balik. Jaga diri dengan rumah tau..”, pesan opah sebelum meninggalkan mereka berdua.

“Ye, baik opah cayang..hehe..”, jawab Iman.. “Eqa, jom lepak kat pangkin. Sejuk sikit dok kat situ. Hangat dalam rumah, udara tak fresh..huhu..”, sambung Iman mengajak Eqa.. “Jom la..hang angkat air tu, aku angkat kuih ni..”, arah Eqa pula..

“wei, aku nak angkat buah lagi ni. Tak cukup tangan nak angkat air..”, jerit Iman. “Hang nak makan buah buat apa dah kuih ni pun belambak”, tegah Eqa. Tak suka membazir. “Yela..aku angkat air nih..”, balas Iman dengan muka masam. Niat di hati nak merajuk. Emmmm…

Eqa mengatur hidangan kuih yang di bawanya tadi. Iman sampai dengan muka yang masam. “Ada orang merajuk la pulak kat sini. Kalau lelong kat pasar, laku nih..kahkahkah..”,tegur Eqa. “Jual la kalau berani, aku report kat opah”, balas Iman dengan suara agak tinggi.

“Hang tau tak air limbah kat tepi longkang tu lagi manis dari muka hang, tau tak..biar aku calit kat muka hang, baru nampak manis sikit..hahaha”, seloroh Eqa lagi..tak tau nak memujuk macam mana. “eeiiii..boyot pengotor!!..geli..geli..!!..”, jerit Iman sambil jari cuba untuk mencubit paha Eqa. Geram rasanya bila di samakan dengan air limbah yang kotor lagi busuk tu.

Dalam kecoh-kecoh itu mereka tidak sedar akan kehadiran sahabat mereka di belakang. “Hah! Amboi-amboi. Seronok sakan noh hangpa nih. Sampai aku datang pun tak sedaq. Tu dia..makan pun tak tunggu aku. Ni yang touching ni”, sergah Aish dari belakang selepas dia sedar akan kehadirannya yang tidak disedari oleh sahabatnya yang lain.

“Oh mak engkau.. Cis..aku ingat lembaga mana yang dok sergah-sergah orang ni. Awat tak bagi salam, minah!”. Terperanjat Iman dan Eqa dengan sergahan Aish tadi. Hilang habis gelak ketawa Iman tadi. Cuma Eqa saja yang masih berbaki ketawanya. Ketawa melihat Iman melatah kerana terkejutkan sergahan Aish. “Opss..assalamualaikum..hehe..jangan la marah, joyah. Hang ni, macam la tak kenal aku”, kata Aish sambil menepuk bahu Iman agak kuat. Iman mengusap-usap bahunya yang terasa agak pedih ditepuk Aish walaupun tak de la kuat sangat sambil menjawab salam. “Waalaikumussalam. Hah,tau pun bagi salam. Ingatkan dah lupa”.

“Hang la, siapa suruh datang lambat. Semalam beria kata nak datang awal. Kami makan la dulu daripada tunggu hang, mau kebulur perut aku”, balas Eqa. “Lantak la lambat ke cepat, janji aku sampai jugak kat sini. Huh. Ni mana opah, tak nampak pun. Kat dalam rumah ke?”, soal Aish sambil matanya tercari-cari opah di halaman rumah tersebut.

“Opah pergi rumah Mak Jemah jap, beli minyak urut”, jawab Iman sambil menyuap kuih karipap kegemarannya ke mulutnya. “Oh, kalau macam tu tak payah tunggu opah la ye? Aku makan dulu la, lapo..hehe..”, balas Aish. Tangannya terus mencapai apam yang tersusun didalam pinggan itu. Ternyata perutnya memang begitu lapar kerana perutnya belum menerima sebarang makanan dari pagi tadi. Cuma meneguk sedikit air masak sebagai mengalas perutnya sebelum pergi ke pekan membeli keperluan dapur. “Makan je la. Memang opah buat lebih untuk hang pun”, ujar Iman. Dia tidak kisah sekiranya Aish menghabiskan kuih tersebut kerana dia tau Aish sememangnya lapar ketika itu.

Mereka hanya memerhati Aish makan. Turut bersimpati dengan nasibnya. Namun mereka tidak dapat banyak membantu kerana masing-masing mempunyai kesukaran hidup tersendiri. Dengan cara ini saja mereka dapat membantu Aish. Semoga dia terus kuat menghadapi masalah ini. Suasana sunyi seketika. Masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan bendang yang mendamaikan. Tenang seketika..

“Iman, hang dok belajar kat sana macam mana, ok ke?”, soal Eqa memecah kesunyian. “A’ah la. Hang cerita la sikit kehidupan hang kat sana”, sampuk Aish yang juga ingin tau mengenai kehidupan belangkasnya di bandar seorang diri.

“Emm..apa yang aku nak bagi tau kat hangpa. Aku macam biasa je la dok kat sana. Pergi kelas ikut jadual tapi kelas aku tak de la full sehari tu. Bila aku ada masa free lama sikit, aku pergi la kerja kat tempat aku kerja tu. Sabtu ahad je aku pergi kerja. So masa aku full dengan study dan kerja je”, jawab Iman serba ringkas. Malas sebenarnya untuk menceritakan kehidupannya kat sana. Agak memeritkan bagi Iman tapi tetap dikuatkan untuk meneruskan hidupnya. Tak mungkin dia nak susahkan opahnya semata-mata untuk membiayai perbelanjaannya di sana.

“Habis tu bila hang nak buat kerja yang lecturer bagi? Masa rehat lagi. Mesti penatkan?”, sampuk Aish. Kesian dengan nasib Iman yang terpaksa sara diri sendiri dari kecil kerana kehilangan ibubapanya sejak kecil. Nak bergantung harap pada opah, opah pun dah semakin dimamah usia. Tak mampu buat kerja yang berat-berat lagi.

“Tipu la kalau aku kata tak penat. Aku pernah pengsan kat dalam kelas gara-gara terlalu penat. Eh, jangan cakap kat opah tau! Opah tak tau pasal hal ni. Aku tak nak opah terlalu risaukan aku, hangpa je yang tau. Janji tau, jangan cakap kat opah. Soal kerja yang lecturer bagi tu nasib la kawan-kawan aku kat sana banyak membantu. Depa faham masalah aku”, ujar Iman lagi.

“Habis tu yang hang cuti ni, cuti ape? Macam mana dengan kerja hang kat sana pulak?”, soal Aish.

"Sekarang cuti semester. Ada la hampir sebulan jugak cutinya tapi aku balik ni seminggu je. Bos bagi aku cuti seminggu je. Ahad ni aku balik sana la. Tak puas lagi cuti kat sini..”, ujar Iman sambil mencebik muka.

“Hang dok kat sana mesti ramai peminatkan. Mesti ramai lelaki nak berkenalan dengan hang kan”, duga Eqa. Bagi Eqa, Iman tidak kurang cantiknya. Perwatakan yang lembut cuma kadang-kadang je kasar bila dengan belangkasnya. Tak mustahil akan ada yang terpikat dengannya di sana. “Ceh, lari topik pulak si boyot ni..”, kata Aish yang begitu asyik mendengar cerita Iman.

“Hahaha..mana ada la. Aku tak de masa nak berkenalan dengan orang lain. Kalau tanya aku kenal sape kat sana, aku rasa aku cuma kenal costmate, roommate dan yang terdekat dengan aku je. Tak berminat la nak kenal rapat dengan lelaki lain..”, jawab Iman. Eqa kelihatan lega dengan jawapan Iman.

“Tapi kan, aku ada sukakan seorang mamat ni la..hehe..”, sambung Iman. Ternyata Eqa terkejut dengan ayat terakhir Iman. “Hah??”.

“Ye ke?? Siapa tu, Iman..cepat la bagi tau. Tak sabar nak tau ni..hehe..”, pinta Aish yang kelihatan sangat teruja.

“Haha. Hang pulak yang lebih-lebih nak tau kan..Aku kenal dia pun masa aku join kelab Rakan Muda dekat universiti aku tu. Masa aku pergi camping, dia yang jadi ketua aku. Ada la dia tolong-tolong aku sikit tapi masa tu kami tak ada apa-apa pun lagi. Masa tahun dua baru dia cakap kat aku pasal perasaan dia kat aku..hehe..”, jelas Iman. “Wooww..sweetnya hangpa. Hahaha..aku suka..aku suka..”, kata Aish yang kelihatan sangat teruja dengan cerita Iman berkenaan jejaka yang telah berjaya menambat hatinya. Eqa cemburu.

“Maknanya sekarang hang dengan dia dah couple la ye? Dah lama la kan. Wah, tak sangka kawan aku yang tak berapa suka layan lelaki nih akhirnya jatuh cinta jugak..kahkahkah..tahniah..tahniah.. Ni cuti ni hang tak de contact ke dengan mamat tu? Apa nama dia, wei?” soal Aish bertubi-tubi.

“Ada jugak contact tapi tak de la kerap sangat. Cuti ni dia pun buat part time jugak. Malam-malam baru la boleh contact. Nama dia…..rahsia!!..hahaha..” seronok dapat menyakat kawannya itu. Eqa dari tadi hanya mendiamkan diri, hanya mendengar setiap cerita.
“Oh, hang pekena aku eh. Tak pe. Tak pe..”

“Ni apa yang riuh sangat ni. Seronok nampak.” Kehadiran opah mengejutkan mereka. “Tak de. Iman ni kata dia nak kahwin dah, tu yang kami seronok sangat tu.” Kata-kata Aish mengejutkan Iman yang sedang ketawa. “Ye ke Iman? Siapa budak tu?”

“Eh, tak de la opah. Aish ni saje je reka cerita. Mana ada Iman nak kahwin lagi. Mengarut la minah nih. Ishh..” Aish ketawa melihat Iman yang terkial-kial menjawab opahnya. Seronok dapat kenakan kawannya semula.

“Opah dah beli minyak ke?”

“Sudah. Malam ni tugas Iman urut opah. Saje beli sementara cucu ada kat rumah kan,” Opah berselorah sambil tersenyum. Aish lagi ketawa besar. Hahaha. Kan dah ada tugas untuk kau, Iman. “Ni kuih tak habis lagi ni, makan cepat. Nak senja dah ni,” tegur opah melihat kuih masih berbaki di dalam pinggan.

“Ye..Ye..Aish makan ni, opah. Sedap la apam yang opah buat ni..” Aish membodek opah. Opah hanya melayan. Dah biasa dengan perangai setiap seorang belangkas ini. “Dah habis nanti bawa masuk pinggan ke dapur. Opah masuk rumah dulu ye.” Mereka hanya melirik mata melihat opah masuk ke rumah. Mereka segera menghabiskan makanan yang ada. Nanti membazir kalau tak habiskan.

“Dah habis. Jom la tolong angkat pinggan-pinggan ni,” pinta Iman kepada belangkasnya. Aish dan Eqa hanya menuruti Iman. Eqa yang tadi terus mendiamkan diri seribu bahasa. Jiwanya seperti tidak tenang.




No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...