Seminggu aku tak datang kerja.
Kadang-kadang rindu jugak tapi malas. Iman bekerja di salah satu syarikat yang menjual
barangan elektronik seperti seterika, cerek elektrik, pengisar, mesin basuh,
dan macam-macam lagi. Kalau di ikutkan masa mula-mula nak minta kerja tu memang
tak dapat. Tapi kebetulan pada hari tu ramai pekerja yang tak datang. Tak tau
la apa masalahnya. So bos pun terima Iman sebagai pekerja tapi part time je la
sebab Iman masih belajar. Jadual kerja pun tak la padat sangat. Untuk sepanjang
cuti semester ni bos kata kerja 5 jam je. Kira ok la tu. Penat nak kerja
lama-lama sangat..huhu..
“Hah! Iman..tercegat apa lagi kat
situ. Ikut saya ke pejabat.” Bos dah datang! Tak sedar la pula. Bunyi arahan
macam nak marah. Sabar la bos. “ye.. Baik bos!”
“Nah, awak ambil fail ni, pergi
check stok kat stor. Cepat sikit. Saya nak cepat ni.”
“ye ye.. Baik bos. Saya buat
sekarang.” Fuh.. Nak mengamuk la pulak bos aku nih. Macam la aku ni pekerja
tetap dia. Ngomel Iman.
Emm..stok dah banyak yang habis
ni. Laku jugak barang kat syarikat bos aku nih. Agak-agak gaji boleh up sikit
tak eh..hahaha..berangan la aku nak gaji lebih. Ni pun dah kira syukur dapat
kerja. Tapi pelik, setakat aku kerja ni tak pernah lagi aku kira stok yang
tinggal banyak ni. Hari ni berapa hari bulan? Kalau di ikut kan jadual, minggu
lepas stok sampai. Tak kan dah tinggal banyak ni. Emm, dah banyak laku pun nak
mengamuk lagi bos aku ni.. wokeh, siap sudah kerja aku.
Iman melangkah laju ke bilik
bosnya. Takut kena marah la. Aik, apa bising-bising kat dalam pejabat bos ni.
Apa hal pulak ni. “Kak Mah, nape bos mengamuk sakan tu? Tak pernah-pernah lagi
saya tengok dia mengamuk macam tu.” Iman bertanya pada pekerja am di syarikat itu.
Musykil jugak.. “Ada orang pecah masuk semalam. Diorang curi stok kita.” Owh.
Patut la mengamuk sakan. “Eh, kau dah hantar senarai stok ke belum kat bos? Bos
tengah tunggu kau tau tak.” Tegur pekerja yang lain. Alamak! Tak hantar lagi.
Ada kat tangan aku lagi ni. Adoi, habis la aku..
Tuk tuk tuk.. “Masuk!!” glup.
Telan air liur. Habis la aku. Habis la aku. “Bos, ni check list untuk stok kita
yang terbaru.” Cepat-cepat Iman menyerahkan fail tersebut. “Lambat!! Awak tau
tak sebab awak la saya rugi besar!” Aik? Aku pulak yang salah.
“Aik, saya pulak ke yang salah,
bos? Padahal saya pergi kira stok je tadi. Apa kaitan dengan saya pula?” Iman
mula tidak puas hati. Agak-agak la nak mengamuk pun. Tau la hati tengah panas
tapi jangan la nak tuduh-tuduh orang. Isshhh..pekerja yang lain hanya
memerhati. Berani jugak budak ni menjawab.
“Ya!!! Sebab awak la saya rugi.
Kalau awak tak bercuti, tak adanya berlaku hal macam ni.”
“Oh, jadi bos nak salahkan saya
sebab tak jadi mak guard kat sini? Kalau macam tu kenapa bos izinkan saya
bercuti? Kenapa tak bos je yang jaga stor tu? Mana boleh nak terus salahkan
saya.”
“Awak salahkan saya balik? Awak
nak cuti sangat kan. Nah, ambil gaji terakhir ni. Tak payah datang kerja sini
dah!!” Iman mengambil gajinya dan terus keluar dari syarikat itu. “Terima kasih
leh.” Pekerja lain terkedu. Ada juga yang tersengih. Seronok tengok bos yang
kena bahan balik. Biar rasa bos tu. Kau ingat sesuka hati je nak marah-marah
orang. Tak reti nak bersyukur betul.
Iman terus meninggalkan syarikat
itu tanpa berpaling. Memang selama ini syarikat itu berjasa kepadanya. Tetapi
dia turut ada harga diri. Dia tidak suka dimarahi depan-depan pekerja yang
lain. Dan yang paling dia tak dapat terima apabila dia dituduh menjadi penyebab
bosnya mengalami kerugian yang besar. Itu dah melampau bagi Iman. Alasan yang
tak munasabah langsung. Macam budak-budak. Bentak hati Iman.
“Aku nak pergi mana sekarang ni.
Nak balik rumah, awal sangat. Emm..” Tension lepas kena marah. Iman hanya
menurut langkah kakinya. Tak tau ke mana arah tujuan. Agak-agak Daiyan busy tak
sekarang. Nak call takut mengganggu pulak. Sms je la. ‘awk, sy dah brenti keje..’ Laju jari Iman menaip sms. SEND. Tak ada
reply pun. Emm..Boring.
Ada call masuk. Tersenyum Iman
bila melihat nama Daiyan tertera di skrin. Segera Iman mengangkat call. “Hello,
Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.. awak berhenti keje? Kenapa?”
“Emm.. Malas la nak cakap. Sakit
hati dengan bos tu..” Iman muncung. Masih terasa bengang. Kaki masih melangkah
tanpa tujuan. “Habis tu awak kat mana sekarang nih? Dah balik rumah?”
“Belum. Kat luar lagi. Tak tau
nak pergi mana. Tak nak balik rumah lagi. Bosan la. Emm..Awak busy ke tu?”
“Saya tak busy sangat sekarang.
Tak ramai sangat pengunjung hari-hari kerja macam ni.” Kerja sebagai juru jual
di kedai court mammoth memang tak banyak sangat kerja melainkan perlu pandai
berkomunikasi dengan pelanggan. Tambahan pula tempat kerja Daiyan di kawasan
Serdang tidak begitu sesak dengan pengunjung seperti di bandar Kuala Lumpur.
Yang penting gaji maintain sama dengan tempat-tempat yang lain. “Ni awak jangan
la merayau-rayau tak tentu hala. Bahaya tau. Awak balik la rumah dulu.” Risau
anak gadis berjalan seorang diri di bandar-bandar seperti itu. Orang jahat ada
di mana-mana je.
“Emm. Baru cadang nak jumpa..”
Iman menunduk kecewa. Kakinya menguis-nguis batu kecil yang ada di hadapannya.
“Orang rindu kat dia..”
“Iye la, sayang. Saya rindu awak
jugak. Tapi macam mana nak jumpa. Saya tengah kerja lagi ni. Tak kan nak skip
kerja.”
“Ye la tu rindu. Tapi tak sms
orang langsung pun. Senyap je semalam.” Nada seperti merajuk. Tolong la cepat pujuk..
“Maaf la. Semalam saya penat
sangat. Saya tidur awal. Ada masalah sikit. Jangan la merajuk dah tau.” Iman mencebik. Dia tau
dan dia ingat bahawa Daiyan ada hal penting semalam. Sengaja nak cari point supaya di pujuk. Dah la baru lepas kena
buang kerja. Arghhh… “Yela..saya tak merajuk dah. Malas nak merajuk lama-lama.
Awak bukan nak pujuk sangat pun kan. Emm..”
“Tu bunyi macam merajuk lagi je.
Emm. Yela. Esok kita jumpa,ok. Awak free kan esok?” Daiyan masih cuba memujuk.
“Mesti la free..hehe. Nak jumpa
kat mana?” Iman tersenyum lebar. “Esok saya kerja half day je. Sampai pukul 1
tengahari. Lepas tu baru kita jumpa,ok?”
“wokeh. Jumpa kat mana?”
“Paling mudah dekat Mines je la.
Awak tunggu saya kat sana tau.”
“Baik,bos. Hehe..saya tunggu awak
nanti. Terima kasih,yunk..hahaha..suka..suka..” Iman dah melompat girang.
Seronok nak bertemu dengan kekasih hati. Tak sabar rasanya. Hilang sekejap
perasaan marahnya yang tadi.
“Seronok tu,seronok jugak. Awak
tu cepat balik rumah. Saya tak nak awak merayau-rayau kat luar tak tentu hala.
Bahaya.” Iman akur. Nasib hati dah sayang. Huhu. “Iye la. Saya nak balik la
nih. Nak tunggu bas jap.”
“Dah sampai nanti bagitau kat
saya tau,” pinta Daiyan. Dia tau yang Iman tak kan menipu dirinya. Jika Iman
kata nak balik, akan balik lah dia. Cuma mahukan kepastian bahawa Iman
benar-benar sudah selamat sampai. Hatinya benar-benar menyayangi Iman. Ikhlas.
“Yup. Nanti saya bagitau bila dah
sampai rumah. Jangan la risau sangat k.. dah dah.. Awak buat la kerja dulu.
Saya nak balik dah nih. Jumpa esok tau..miss you. Assalamualaikum..”
“Miss you too,dear. Take
care..Waalaikumussalam.” Call di matikan. Barulah lega bila Iman kata nak
balik. Risau kalau lama-lama kat luar. Ada je mata-mata yang jahat nanti. Iman
pula sudah menunggu di bus stop. Bibirnya asyik mengukir senyuman. Hati dah
berbunga. Tak sabar nak menanti hari esok.
glitter-graphics.com
Kedengaran enjin kereta Izzah
memasuki perkarangan rumah. Terasa penat kerja hari ni. Ramai pula pelanggan
yang datang ke butik. Kelihatan kasut Iman di tepi rak kasut. Owh, dah balik
rupanya. Izzah terus masuk ke rumah. Bau makanan menusuk di hidung. Sedap. “Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam. Izzah, aku
guna dapur ni.” Teriak Iman dari dapur. “alah kau ni. Guna je la. Tu pun nak
minta izin dari aku. Cubit nanti,baru tau.” Iman hanya tersenyum
memandang Izzah.
“wow.. kau masak ayam tomato ye,
Iman? Sedapnya bau. Terus lapar perut aku,wei.” Izzah meneguk air sirap yang di
bancuh oleh Iman. Ya Allah, nikmatnya dapat minum air sejuk time tengah-tengah
panas ni. Hilang penat aku.
“Yela tu lapar. Kau pergi la
mandi dulu. Dah bau macam ape dah ni.” Perli Iman. Sengaja nak suruh Izzah
berehat dulu. “owh, kata aku yea. Nah nah..cium bau aku puas-puas..hahaha. Biar
sesak hidung kau..” Izzah mendekati Iman. Sengaja di depakan tangannya di
hadapan Iman. Seronok dah mengusik rakannya itu.
“Cepat pergi mandi nuh. Nak dekat
maghrib dah ni.” Padahal baru pukul 6.30. Perut pun memang dah terasa lapar.
Tunggu solat maghrib dulu..
Selesai solat maghrib mereka
makan malam bersama. Masing-masing senyap menikmati hidangan. Lapar sangat.
Selesai makan, mereka ke ruang tamu menonton tv. Perut dah kenyang tapi tak
puas kalau tak dapat makan buah. Limau oren sunquick siap. Sambil makan, mereka
berbual. “Aku dah berhenti kerja.” Ringkas kata-kata Iman. “Hah? Berhenti? Baru
tadi elok je aku hantar kau pergi kerja. Dah berhenti pulak. Kenapa?” terkejut
juga Izzah. Tiada angin, tiba-tiba pokok tumbang. Apa sebenarnya yang berlaku
ni.
“Syarikat bos aku kena pecah
masuk semalam. Dia rugi banyak tapi dia salahkan aku pulak. Ada ke aku yang
baru datang kerja hari ni dia nak salahkan aku. Aku punca dia rugi. Memang
bengang la aku time tu. Mulut aku pula tak boleh nak cover. Habis la aku maki
bos balik.” Nada Iman berubah. Emosi mula terganggu. Sakit hati.
“Uih. Sabar..sabar..tak boleh la
dia nak menuduh orang sesuka hati. Kalau aku pun hangin. Ni sekarang kau jadi
penganggur terhormat la ye?” Izzah cuba mengawal emosi Iman. Tak pasal-pasal
ada pinggan yang terbang nanti. Angin Iman pun boleh tahan kuat dia. “Gitu la
gamaknya..”
“So esok kau nak buat ape je?”
“Esok aku nak keluar cari kerja
baru..huhu..” Iman tersenyum. Dalam hatinya berbunga riang. Sengaja dia
rahsiakan tentang perjumpaannya dengan Daiyan. Lagipun mereka memang mahu
rahsiakan mengenai hubungan mereka.
“Wah. Bagusnya kau. Rajin eh.
Kalau aku, tidur puas-puas dulu baru pergi cari kerja..hehe..”
“Kau boleh la buat macam tu.
Kalau aku buat macam tu, alamatnya tak makan la aku ni.”
“Hehe. So esok kau nak cari kerja
kat mana? Nak aku hantarkan tak?” Kesian pula pada Iman ni. Baru pulang dari
kampung, dah kena buang kerja. Dah la dia memerlukan duit. Bila orang nak bagi
duit, dia tak nak terima pula. So macam ni je la dapat membantu Iman. “Tak pe
la. Aku pergi sendiri nanti. Lagipun aku nak keluar lewat sikit. Awal-awal pagi
kedai banyak tak bukak lagi..hehe..” Iman tersengih.
“Kau ni. Aku nak tolong, mesti
kau tolak. Tak pe la. Apa-apa hal nanti kau call aku tau!..” kata Izzah.
Kadang-kadang geram jugak dengan Iman ni. Semuanya dia nak buat sendiri.. “Iye
la. Kalau aku perlukan pertolongan, kau orang pertama yang aku cari, tau!..”
“Hahaha..ok. aku tunggu.” Mereka
kembali menonton tv. Tak ada cerita yang best. Layan berita je la. Tapi tak
lama. Izzah masuk ke bilik awal selepas masuk waktu isyak. Penat katanya. Iman
masih setia di depan tv. Tak sabar nak tunggu esok..huhu..
No comments:
Post a Comment