I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 7, 2011

Coretan Hati.. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Allah, Kau Maha Mengetahui segala isi hati kami..
Kau tahu apa yang ada dalam hati ku kini..
tiada tempat lain untuk aku mengadu melainkan kepadaMu..
namun aku ini tetap lemah..
aku masih mencari tempat lain untuk aku luahkan segalanya..

Allahhuakbar..
Ampunkan hambaMu ini..
bukan sengaja aku membuka pekung di dada..
tapi tak tertahan menyimpan sendirian..
setelah padaMu ku luahkan segalanya,
ku coretkan kata2 di sini..

Subhanallah..
Terasa begitu berat perasaan yang aku tanggung kini..
namun Kau masih memberiku sekelumit perasaan,
dimana indah setiap yang aku alami walaupun pahit..
Hamba ini tahu bahawa setiap detikku, Kau sering menguji..
namun tidak sedikit hamba ini menyedari..

Alhamdulillah..
Kau Maha Penyayang..
Kau tahu bahawa hambaMu ini hanyalah makhlukMu yang lemah..
Kau tidak mengujiku dengan kepayahan harta..
Kau tidak mengujiku dengan kekurangan anggota..
Kau tidak mengujiku dengan kekuatan fizikal..
Namun aku juga tidak terlepas dari ujianMu..

Kau mengujiku dengan ketahanan jiwa..
Kau mengujiku dengan ketabahan hati..
Kau mengujiku dengan kebanyakan bersabar..
Kau mengujiku dengan kekuatan iman dalam diri..
Kau Yang Maha Adil lagi Bijaksana..Subhanallah..

Allahuakbar..
dulu hamba ini tidak sedar yang Engkau sentiasa mengujiku..
Kau mengambil kembali insan yang paling aku sayang setelah Kau pinjamkan dia selama 15tahun kepadaku..
Hamba ini terdetik, 'Mengapa harus di ambil ibuku di saat aku masih memerlukan kasih sayangnya..?'
namun Kau Maha Adil..Kau kurniakan hamba seorang kakak yang cukup penyayang yang menggantikan tempat ibuku dalam memberi kasih sayangnya..
Seorang ayah yang begitu tabah dalam membesarkan anak-anaknya..
masih ada senyuman terukir di saat orang lain bertanya, "Bila nak kawin lagi ni..?"
"Abah, sabar ye..adik tau perasaan abah.."
Seorang adik yang istimewa namun langsung tidak memberi kepayahan dalam menjaganya..
Subhanallah..Kau Maha Adil..

Kini usiaku beranjak dewasa..
Kau memberiku hati untuk menyayangi insan lain..
Alhamdulillah..hamba bersyukur..
namun Kau masih ingin mengujiku..
di saat bahagia bertamu, Kau cuba menariknya kembali..
aku tak mampu untuk berbuat apa melainkan menerima dan redha dengan segalanya..
Allahuakbar..Hanya Kau yang mengetahui perasaanku..

Kau mengajarku erti sabar..
Kau mengajarku erti tabah..
Kau mengajarku erti cekal..
Kau mengajarku erti syukur..namun diri ini masih tak berdaya..
Pimpinlah aku ke jalanMu dan terus tetap di situ..

Setiap kejadianMu, akan ada hikmah tersembunyi..
Jika ini ketentuanMu, hamba ini terima..
Walaupun pahit untuk di telan, namun ku percaya pasti akan ada kemanisan di depan sana..

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...