I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 5, 2011

Sutera Baldu : Episod 1

Assalamualaikum..SUTERA BALDU adalah sebuah kisah yang nak di anggap cerpen tapi panjang sangat la pulak. Kalau novel, kisah ni tak setaraf dengan novel pun. Kisah di adalah cerita hasil rekaan CK sendiri. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kisah ini hanyalah hasil imaginasi CK sendiri. Ilmu pengetahuan yang tak seberapa, hanya ini yang CK mampu hasilkan. Nantikan episod-episod seterusnya..(Cewaaahh..ingat ni drama ke..huhu..)


"Sejuknya." Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut kecilnya ketika melihat pemandangan diluar melalui jendela rumah sambil mengusap-usap tubuhnya yang sejuk itu. Cuaca pada waktu pagi di kampung memang sangat sejuk, nyaman. Seronok bila sekali sekala dapat pulang ke kampung. Lama benar tidak menjejakkan kaki di sini. Nak jumpa kawan-kawan lagi, nak jalan-jalan kat kawasan bendang lagi..."seronoknya!!!"..

"Iman!!! Jerit-jerit ape tu?", soal opah dari dapur.

"Opss..sory opah. Tak ada apa-apa pun. Ter'over' jap. Hahaha.." balas Iman dari ruang tamu. Iman segera menapak mendapatkan opahnya yang berada di dapur. Dari jauh dah terbau makanan ni.

"Opaaahhh!!!. Waaahhh, sedapnya bau makanan yang opah masak nih. Terus rasa lapar perut nih. hehe..",komen Iman sambil mencuba makanan itu.

"Isshh budak nih. Pergi gosok gigi dulu. Bangun pagi tak gosok gigi nak terus makan pulak", tegur opah sambil menepuk tangan Iman.

"Alaa opah, rasa sikit je nih..tak tahan dah nak makan. Nanti la Iman gosok gigi tau tau tau.." ujar Iman sambil mengenyit-ngenyit matanya..

"Dah dah..pergi gosok gigi dulu,mandi sekali. Masam!!" balas opah sambil memukul bontot Iman.

"Alaa opah nih. Tak sayang Iman la tu. Yela-yela..pergi mandi la nih.."bentak Iman tak puas hati kerana keinginannya dihalang oleh opahnya.

"Isshhh budak nih. Degil jugak tu. Kalau dah kahwin nanti macam mana la.." rungut opah terhadap perangai cucunya itu.

"Assalamua'laikum..opah!!..opah!!.."

"Waalaikumussalam..YaAllah budak nih..ingatkan siapa la yang datang pagi-pagi nih. Terkocoh-kocoh ni kenapa??" soal opah di muka pintu dapur.

"Hehehe..Opah, Iman ada balik ye semalam?? mana Iman, opah??" tersengih-sengih malu di tegur oleh opah...

"Aish!!!!", jerit Iman dari dalam rumah sambil berlari ke arah Aish. Gembira melihat kawan baiknya di muka pintu dapur.

"Imaann!!!", jerit Aish juga. Turut berlari mendapatkan Iman dan terus berpelukan tanpa menghiraukan opahnya yang berada di sebelah..

"Emm..dah agak dah jadi macam ni..dah2 la berpeluk tu. Mari makan dulu, nanti sambung balik peluk tuh. Sejuk dah nasi goreng nih. Aish, meh makan sekali", ujar opah selepas melihat mereka berpeluk seperti tak nak lepas.

"Hehe..rindu la kat Iman ni, opah..lama tak peluk dia.." Aish menjawab sambil melepaskan pelukannya. Malu bila di tegur oleh opah. Iman tersengih memandang opahnya. Mereka menuju ke meja makan. Iman menolong sendukkan nasi goreng ke pinggan Aish..

"Nasib la kau datang, boleh aku makan awal..hehe.." Iman berbisik pada Aish sambil mengerling opah di sebelahnya.

"Kenapa pulak tak boleh makan awal?" Aish bertanya semula kepada Iman dalam keadaan berbisik..

"Hehe..opah suruh aku mandi dulu tadi sebelum makan. Tak sempat pergi mandi, kau dah datang..hehe.." Iman mengenyit matanya kepada Aish.."owhh.." Mereka ketawa kecil. Opah yang berada di sebelah senyap walaupun telinganya dapat mendengar butir-butir perbualan mereka. Malas nak melarang. Dia tau mereka berdua tu memang rapat daripada kecil lagi. Mereka makan bersama-sama pagi itu..

"Iman, jom pergi jalan-jalan kat bendang nanti." Aish mengajak Iman.

"Boleh, tapi aku kena siap kemas rumah dan barang-barang dulu. Iye la, aku kan sampai malam semalam. Tak sempat kemas barang lagi..hehe.."

"Ok la kalau macam tu..Aku tolong kau kemas sekali.." Mereka menuju ke atas untuk mengemas barang. Opah hanya memerhati. "Jangan lupa nak mandi tu.." Opah memerli Iman..Iman hanya ketawa. Dia sendiri pun dah lupa yang dirinya belum mandi.

Selesai membuat kerja rumah, mereka segera menapak ke bendang. Suasana yang tenang begitu mendamaikan. Dah lama rasanya Iman tak rasa suasana ni. Asyik terperuk kat bandar je. Nasib la ada cuti seminggu ni. Penat berjalan, mereka singgah di pondok yang berada di tepi sawah itu.

“Aish, kau sekarang buat apa? Belajar lagi ke? Yang aku tau kau belajar kat UTM hari tu, sekarang dah habis ke?” soal Iman kepada Aish.

“Aku tak habis belajar lagi,” jawab Aish,ringkas.

“Habis tu kenapa kau nampak relax je, macam dah habis belajar?” soal Iman lagi.

“Emm..aku buat penangguhan belajar.” Aish seperti malas nak bercerita mengenai perihal dirinya. Jawapan Aish membuatkan Iman terasa lagi ingin tau apa sebenarnya yang dah berlaku kepada sahabat karibnya itu. “Aish, apa yang dah jadi ni? Cuba cerita kat aku, kenapa kau tangguh belajar?”

“Aku terpaksa. Mak aku sakit,tak ada sape yang jaga mak aku. Aku perlu kerja untuk bayar duit rawatan mak aku. Adik-adik aku kecil lagi, mana la mampu nak kerja. Lagipun aku tak nak mereka berhenti belajar. Sebelum ni kami cuma bergantung harap pada mak je,” terang Aish kepada Iman. Ya, Iman tau Mak Mah memang dah lama mengidap penyakit buah pinggang. Mak Mah tak mampu nak buat kerja yang berat-berat. Ayah Aish pula dah lama meninggal dunia.

“Kenapa kau tak bagi tau aku awal-awal? Kenapa perlu rahsia daripada aku. Kita kan memang kawan rapat,” luah Iman, tak puas hati dengan tindakan kawannya yang merahsiakan masalahnya.

“Maafkan aku, Iman. Aku tak tau nak minta tolong siapa. Aku sendiri tak sampai hati nak minta tolong daripada kau sebab aku dah terlalu banyak susahkan kau. Lagi pun aku tau kesusahan hidup kau juga. Kau kena sara diri kau lagi. Kadang-kadang aku rasa dah tak nak belajar, aku nak berhenti. Tapi bila fikirkan keluarga aku, aku tak sanggup nak hancurkan harapan mereka. Lagipun kau jadi inspirasi aku, Iman.” jelas Aish terus memeluk Iman. Iman terkedu. Inspirasi?

“Bila teringatkan ketabahan kau dalam harungi hidup ni, aku rasa kau adalah seorang anak yang kuat. Hehe..daripada kecil lagi kau dah belajar untuk berdikari. Dan aku ingat lagi kau selalu cakap kat aku yang Tuhan tak kan berikan kita ujian hidup sekiranya Dia tau yang kita tak mampu menghadapinya. Jadi bila aku hadapi setiap masalah, aku yakin yang aku pasti boleh hadapi masalah tu.” ujar Aish lagi sambil tersenyum memandang Iman.

“Bagus la kalau kau ingat. Aku tak nak tengok kawan aku jadi lemah hanya kerana sedikit ujian. Kita kena ingat bahawa bukan kita seorang je yang mempunyai masalah dan mungkin orang lain mempunyai masalah yang lebih besar dan berat daripada kita. Apa-apa pun kita kena hadapi liku-liku hidup ni dengan?”..

“D.U.I.T.. hehe.. aku tetap ingat la sayang apa yang kau bagitau aku dulu. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakal mestilah seiring. Terima kasih,sahabat..sayang kau lebih..hehe..” jawab Aish memintas kata-kata Iman.

“Eh,tadi cakap pasal kecil-kecil dulu, teringat aku kat boyot kita tu. Mana dia? Dia tak nak ke jumpa awek cun ni..hahaha..”, tanya Iman kepada Aish mengenai sahabat karib mereka yang lagi seorang. “Ada..jap lagi sampai la tu. Aku dah call dia tadi. Macam kena sawan je lepas tau kau balik cuti ni..haha..” jawab Aish. Mereka bertiga adalah sahabat daripada kecil. Setiap kerja mereka akan melakukannya bersama-sama. Orang kampung dah cop mereka ni sebagai belangkas kampung.

“Imaaaaaaaaannnn….woooiii!!!..Imaaaaaaaaaannnnn” jerit Eqa. Dari kejauhan, Iman dan Aish dah dapat mendengar jeritan dari si boyot mereka. Mereka ketawa kecil. Tak lama kemudian sampai la si boyot belangkas mereka.

“Wooii..apa ni jerit-jerit nama orang. Nasib tak ada rumah orang dekat-dekat sini..isshh..” tegur Iman.

“Kau la!! Sape suruh buat aku rindu kat kau sangat-sangat. Kalau tak, tak de la aku terjerit-jerit. Meh sini nak cubit sikit” balas Eqa terus mencubit pipi Iman. “Sakit la, siot. Sekeh kepala kang, baru tau..”

“Uiihh..keras cam dulu-dulu juga. Hahaha..” ketawa Eqa. Aish yang hanya memerhati turut ketawa melihat gelagat Eqa dan Iman. “Bengong la boyot ni!!” bentak Iman..Dalam marah-marah, tetap terselit senyuman di bibir mungil Iman. Betapa rindunya dia pada sahabatnya itu. Eqa seorang teman yang sangat caring bagi teman-teman yang lain. Sifatnya yang kelakar sering membuatkan orang tidak kering gusi dengan gelagatnya. Tapi dalam tawanya terdapat luka yang terpaksa dia pendam. Mereka lebih kurang senasib. Masing-masing perlu menyara diri sendiri. Eqa terpaksa melupakan niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara walaupun tawaran itu sudah berada di tangannya. Namun kerana kesempitan hidup, Eqa hanya mampu berada di bendang membantu ayahnya. Berbeza dengan Iman yang kehilangan ibubapanya hampir 20tahun yang lalu, kini hidup bersama opahnya.

“Wei, awat hangpa dok sini..dok berjemuq kat tengah-tengah panas..jom la pekena ais kacang kat kedai Pak Harun nuh.” ajak Eqa. “Hang buta ka apa, tak nampak bumbung atas kepala hang ni. Mana ada dok tengah panas..huh,habis keluar bahasa kedah aku.” balas Iman.

“Haha..dok kedah, cakap kedah la mek. Memang la hang dok bawah bumbung tapi hang tak sedaq ka yang hang sekarang dok kat tengah-tengah bendang. Orang tak dak dok kat tengah bendang tengah hari buta cik kak ooiii..” balas Eqa balik.

“iyo la cik abang boyot oii..tadi kata nak makan ais kacang kan, jom la..terliuq dah nih..hehe..”.

“Jom jom..tak sabaq nak bagitau orang kampung yang bini aku dah balik..hahaha..” gurau Eqa. Memang benar yang dia sangat merindui sahabat yang bernama Iman ini. “Tak habis-habis perasan si boyot ni” kata Aish. Mereka ketawa sambil menapak ke kedai Pak Harun.


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...