I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 10, 2011

Sutera Baldu : Episod 4



Suasana di rumah keluarga Daiyan sunyi. Mereka semua yang berkumpul di ruang tamu hanya mendiamkan diri. Masing-masing sedang berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah keluarga mereka. Daiyan kelihatan gelisah. Dia benar-benar tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya untuk meminjam duit daripada ceti haram. Semua orang tahu bahawa itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik malah hanya akan mengundang masalah yang lebih parah.

“Daiyan, ayah minta maaf..” Daiyan tidak memandang langsung wajah ayahnya. Ayah Daiyan iaitu Amran menundukkan kepalanya. Dia begitu kesal dengan apa yang terjadi. Kerana percayakan kawan lamanya, kini dia sekeluarga menghadapi masalah yang besar. Di mana dia perlu cari duit sebanyak hampir setengah juta tu? Gara-gara menjadi penjamin rakannya, kini dia terpaksa menanggung hutang itu berikutan kehilangan rakannya yang tidak dapat di jejaki. Dia tahu bahawa rakannya itu sengaja melarikan diri dan meninggalkan hutang itu kepadanya.

“Daiyan..” Amran masih memanggil anaknya. Dia begitu bersalah..

“Daiyan dah pernah cakap kan sebelum ni?” Suara Daiyan sedikit tinggi. Ayahnya tunduk. Bukan niat Daiyan untuk berkasar dengan ayahnya, namun kerana ayahnya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihatnya sebelum ini mengakibatkan masalah ini timbul. Dan sekarang semua ahli keluarganya terpaksa menanggung akibat. Biasiswa adik-adiknya juga di potong gara-gara masalah yang timbul.

“Dari awal lagi Daiyan memang tak percaya uncle Razi tu. Daiyan tahu dia pernah tipu orang lain. Tapi ayah nak menangkan dia juga. Konon nak berniaga, share 30 peratus. Sekarang berapa yang ayah dapat share? Tak ada satu sen pun. Hutang lagi ada la..” Daiyan masih tidak puas hati. Dadanya berombak menahan perasaan marahnya. Dia sebagai anak sulung dalam keluarga itu rasa bertanggungjawab untuk membantu melangsaikan hutang tersebut. Namun tempoh yang diberikan tidak lama.

“Hanya dengan pinjaman dari ceti kita dapat langsaikan hutang ni Daiyan..” Ibunya berkata.

“Ceti? Ibu nak kehilangan harta benda ataupun ahli keluarga? Ibu sendiri tahu kan yang ceti tu kejam. Kalau kita tak dapat bayar balik, nyawa yang terancam. Dah, Daiyan tak nak dengar cadangan yang melibatkan ceti-ceti ni,” bentak Daiyan.

“Habis tu macam mana. Ceti abang tak nak, cadangan ayah nak pinjam dekat uncle Izlan pun abang tak nak. Kalau nak cari uncle Razi tu memang tak jumpa la dalam masa terdekat ni. Apa lagi yang kita boleh buat?” Adiknya bersuara. Kalau lambat, ayahnya akan di isytihar sebagai bankrap.

Daiyan senyap. Antara banyak-banyak cadangan, Daiyan tahu meminjam daripada uncle Izlan adalah yang terbaik. Namun kenapa perlu ada pertukaran di situ? Uncle Izlan mahu jodohkan Daiyan dengan anaknya. Mana mungkin Daiyan akan terima kerana hatinya sudah di miliki dan dia tak akan putuskan hubungan dengan kekasih hatinya itu. Dalam soal jodoh, mereka masih sanggup memperlakukannya seperti urusan perniagaan. Tapi mengapa dia?

“Daiyan setuju tak dengan uncle Izlan?” ayahnya bertanya. Pantas Daiyan memandang wajah ayahnya. Dahinya berkerut menahan geram. Tak suka dirinya dipaksa begitu. Daiyan lantas bangun keluar meninggalkan mereka semua yang berada di ruang tamu itu. Sesak bila dirinya asyik di soal perkara yang sama. Daiyan membawa dirinya entah ke mana. Yang pasti dia ingin jauh daripada desakan keluarganya.



Malam melabuh. Masing-masing mengerjakan solat maghrib dan solat isyak. Di rumah opah kembali sunyi sepi. Hanya tinggal opah dan Iman. Mereka hanya berbual kosong di ruang tamu sambil Iman membantu mengurut opahnya. Dah lama tak mengurut opah. Kesian opah di tinggalkan sendirian dalam usia sebegini. Iman minta maaf ya, opah. Opah pasti akan berkata, opah dah biasa bersendirian. Oh, sedihnya hati.

“Iman, kamu dok kat sana tak de ke orang yang suka kat kamu?” Adoi. Opah dah start tanya pasal ni la pulak. Ni mulut Aish la ni. Hati Iman berbisik. Nak cakap atau tidak. Emmm..

“Emm..ada la seorang dua. Tapi Iman malas nak layan sangat la opah. Tak kenal sangat pun depa tu.” Iman masih nak berahsia. Awal lagi kalau nak bagitau pun. Tak nak opah mengangka dia hanya pandai bermain cinta di sana. Gusar hatinya. 

“Alah.. macam la opah tak tau. Tu yang kamu dok bergayut setiap malam dengan handphone tu ape.” Duga opah. Opah dah banyak kali melihat cucunya tersenyum-senyum ketika menjawab panggilan.

“Ermm..maaf la,opah. Iman bukan sengaja nak rahsiakan daripada opah, cuma rasa macam terlalu awal nak cerita. Ye, Iman mengaku ada sukakan seorang lelaki ni. Dia study sama dengan Iman jugak. Tapi dia tua setahun daripada Iman.” Kata-kata Iman membuatkan opah ketawa. Hahaha. Lurusnya cucuku yang seorang ni.

“Opah bukannya nak marah pun kalau Iman nak bercinta. Opah faham usia macam Iman sekarang ni memang akan alami perasaan tu semua. Ape yang opah harapkan Iman pandai-pandailah jaga diri. Jangan terlalu leka dengan bercinta. Mesti jaga batas-batas pergaulan.” Nasihat opah kepada cucunya. Jari-jemari Iman masih mengurut kaki opahnya tapi tidak sekuat tadi dah. Berkhayal agaknya. Nasib opah tak marah. “Ye..baik,opah. Iman akan ingat pesanan opah.” Iman memandang sekilas.

“Hah. Dah dah.. jangan nak buat muka seposen sekarang. Apa nama budak tu? Tinggal kat mana?” Opah masih ingin tau perihal anak muda itu. Iman semakin bersemangat untuk bercerita. Dah dapat green light ni..hehe.. “Opah nak tau nama panjang ke nama pendek?”

“Aik. Ada pulak macam tu. Hah. Semua jenis nama la opah nak tau.”

“Emm.. nama sebenar dia Muhammad Ameer Daiyan tapi orang panggil dia Daiyan je. Dia asal Johor tapi dah pindah dok kat Serdang.”

“Macam mana budak tu? Baik ke? Lawa ke?”

“Dia orang baik,opah. Perwatakan dia, Iman pun tak tau nak hurai macam mana tapi kalau orang kenal dia mesti akan senang berkawan dengan dia. Orangnya sederhana. Bukan la anak orang kaya pun tapi hati dia kaya dengan sifat-sifat yang baik. Nak kata lawa tu, Iman lagi lawa kot..hahaha..” Laju je Iman bercerita mengenai jejaka itu.

“Bagus la kalau dia seorang yang baik. Tapi Iman jangan terlalu mudah percayakan orang tau. Bukan opah nak kata Daiyan tu budak tak baik tapi opah nak Iman sentiasa berwaspada. Hati orang kita tak tau. Opah memang nak Iman bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik, betul-betul dapat jaga Iman. Opah pun dah tak lama nak jaga Iman.” Kata-kata opah membuatkan Iman terus menghentikan urutannya. Wajahnya yang mulus terus berubah. Tak suka dengan kata-kata yang terakhir itu.

“Opah ni.. jangan la cakap macam ni. Sedih la Iman dengar.” Kepala Iman sudah pun terlentok di bahu opahnya. Opah memeluk Iman. Sayangnya dia kepada anak ini. Anak ini yang berada bersamanya selama ini.

“Iman, ingat tau pesan opah. Iman mesti kena cari bakal suami yang betul-betul dapat jaga, bimbing dan lindungi Iman sebaiknya. Percaya la kata-kata opah, Iman akan hadapi dugaan yang lebih besar daripada ini suatu hari nanti. Opah risau kalau opah dah tak ada untuk membantu Iman pada masa tu. Iman mesti kena kuat tau, sayang..” Sebak hatinya mengenangkan nasib yang bakal Iman lalui. Harap segalanya baik-baik saja.

“Opah.. apa yang opah cakap ni. Iman elok je sekarang. Tak ada apa-apa la yang berlaku. Opah jangan risau, Iman akan ingat setiap kata-kata opah. Iman akan jadi kuat sebab Iman selalu makan biskut TIGER. Hehe..” Opah tersenyum dengan gurauan Iman. Tetapi dalam hatinya masih ada kerisauan. Iman cumalah gadis remaja yang baru nak meningkat dewasa. Dia belum tau dugaan yang menanti di hadapan sana. Sengaja dia mendidik Iman menjadi seorang yang pandai berdikari, kuat dan tabah dalam hadapi setiap liku-liku kehidupan.

“Iman ingat pesan opah ye, sayang. Jangan terlalu mudah percayakan orang di luar sana. Hati orang, kita tak tau.” Iman hanya mengangguk. Matanya sudah terpejam. Adakah kata-kata terakhir opahnya masih didengari oleh Iman? Opah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Iman. Semoga Allah sentiasa melindungi anak ini. Ameen..

No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...