Iman melihat jam di tangannya. Dah lambat! Dia mempercepatkan langkahnya. Kadang-kadang Iman berlari. Pasti Daiyan sudah menunggunya. Risau akan dimarahi oleh Daiyan nanti. Adoi..Kakinya sudah menjejak ruangan bangunan Mines. Dia sudah berjanji dengan Daiyan untuk berjumpa di Food Court. Orang yang ramai ketika itu menyukarkan Iman untuk bergerak pantas. Sampai saja di tempat yang dijanjikan, Dalam keadaan yang termengah-mengah, Iman terus mencari Daiyan di sekitar kawasan itu. Mungkin dia ada duduk di mana-mana. Matanya meliar mencari kelibat Daiyan di celahan pengunjung di situ. "Kenapa ramai orang ni? Hari biasa pun ramai orang ke? oh ye, patut la ramai. Lunch time.."
Sesekali Iman menjengkitkan kakinya bagi memudahkan dia mencari Daiyan. Mana la tahu kalau-kalau dia boleh nampak kepala Daiyan ke. "Awak cari apa tu?" Iman yang terkejut dengan sapaan tu terus menoleh ke belakangnya. Daiyan. Fuh, nasib baik jumpa, ingatkan dah balik mamat ni.
"Cari awak la..Ingatkan dah balik."
"Siapa suruh lambat?" Daiyan terus berlalu meninggalkan Iman di belakangnya. Iman hanya membontoti Daiyan ke meja yang sudah di jaga Daiyan tadi. Iman melihat sekeliling. Masih ramai yang belum mendapat tempat duduk. Mujur ada Daiyan yang sampai awal. Kalau nak harapkan dia, alamatnya berdiri je la. Iman mengambil tempat duduknya di hadapan jejaka itu.
Iman hanya menundukkan kepalanya. Daiyan mungkin sedang marah. Iman tidak berani untuk memandang wajah di hadapannya itu. Sesekali Iman mengelap peluhnya. Panas. Penat berlari-lari tadi. Sambil-sambil tu Iman mengerling ke hadapan. Marah lagi ke Daiyan kepadanya? Eh? Mana Daiyan ni? Tak ada di hadapannya. Iman segera menoleh kiri dan kanan. Merajuk pula ke mamat ni?
Sedang Iman tercari-cari, Daiyan kembali bersama dua gelas air orange. Di letakkan gelas itu di hadapan Iman. "Eh, ingatkan awak dah balik tadi. Tiba-tiba je menghilang."
"Saya pergi beli air la. Kalau awak yang pergi beli, tak tahu la bila nak dapat," perli Daiyan. Iman mencebik. Dia terus meneguk air di hadapannya. Iman mengenyitkan matanya sedikit. Masam!
"Awak nak makan apa ni? Saya belikan untuk awak.." Daiyan mempelawa dirinya untuk tolong belikan makanan untuk Iman. Iman tersenyum. "Macam biasa la awak."
"Emm. Dah agak. Tak pernah nak ubah menu. Jemulah." Daiyan berkata sebelum meninggalkan Iman di situ. Tidak lama kemudian Daiyan kembali bersama makanannya.
"Eh, nasi awak je? Yang saya?" Iman memandang makanan yang di bawa Daiyan.
"Sabar la cik adik. Makanan awak tu ramai sangat orang nak beli. Tunggu turn ye." Daiyan pergi semula untuk mengambil tempahan makan untuk Iman tadi.
"Hah, nah. Sizzling awak dah sampai." Daiyan meletakkan makanan itu di hadapan Iman. Tersenyum gembira dia melihat makanan di hadapannya. Perut dah memang lapar ni. Daiyan membacakan doa sebelum makan. Iman senyap menikmati juadahnya. Lapar.
"Orang tu lambat tadi tak minta maaf pun kan," perli Daiyan. Iman tersentap. A'ah la. Lupa pula nak minta maaf.
"Emm..Saya minta maaf sebab lambat. Tadi saya kerja." Jawab Iman.
"Kerja? Bukan semalam awak cakap dah kena berhenti ke?" Daiyan memandang Iman. Inginkan kepastian.
"Saya baru dapat kerja baru tadi. Dekat kedai bunga. Tepi Mines ni juga."
"Cepatnya awak dapat cari kerja baru." Daiyan seperti tidak percaya. Begitu mudah Iman mendapat pekerjaan walaupun hanya untuk part time.
"Saya saja datang awal pagi tadi. Memang niat nak cari job pun. Tak sangka ada kerja kosong dekat kedai tu." Daiyan memandang Iman sambil cuba mengingat kembali, ada ke kedai bunga dekat area Mines ni? Mungkin kedai baru di buka. Biarlah. Mereka menyambung makan semula.
Iman tersandar di kerusi tempat duduknya selepas menghabiskan makanannya walaupun masih berbaki. Terlalu kenyang rasanya. Daiyan menggelengkan kepalanya melihat telatah Iman. "Kita nak ke mana lepas ni?" Daiyan bertanya.
"Duduk la dekat sini dulu. Saya tak larat nak berjalan lagi la sekarang. Perut penuh sangat ni."
"Orang ramai lagi yang tengah mencari tempat duduk tahu. Baik kita bangun sekarang, beri peluang orang lain pula nak duduk." Iman membuat muka kasihan di depan Daiyan namun tidak di layan. Daiyan sudah bangun dari tempat duduknya. "Isshhh..Iye lah. Saya bangun ni." Bentak Iman. Dia segera menghabiskan airnya sebelum berlari mendapatkan Daiyan yang sudah berada di pintu depan food court..
Mereka berjalan beriringan di sekitar dalam bangunan Mines. Masing-masing tidak tahu ke mana arah tujuan mereka. "Macam mana awak boleh kena buang kerja semalam?" Daiyan memulakan bicaranya.
Iman mengerling ke arah Daiyan. "Awak nak tahu jugak ke?"
"Mesti la nak tahu.." Iman seperti malas untuk menceritakan kejadian semalam. Bagi dia, kejadian semalam memang menyakitkan hatinya. Opah pun belum tahu bahawa dia sudah berhenti kerja. Tapi tak apa. Dah ada kerja baru pun sekarang.
"Saya malas nak cerita ni. Saya cerita secara ringkas je la ye." Daiyan menganggukkan kepalanya. Iman mula bercerita sambil kaki masih melangkah.
"Macam ni ceritanya. Saya pergi kerja macam biasa la pagi-pagi tu. Saya memang tak tahu apa yang terjadi sebelum ni. Kan saya cuti seminggu. Masa saya baru datang tu, bos tiba-tiba panggil saya. Dia suruh saya pergi check barang kat stor, saya pun pergi je la. No hal lah. Masa saya kira barang kat stor tu saya memang dah sedar yang barang kat situ ada sikit-sikit je. Then dah siap tu, saya pun hantar la dekat bos. Saya dengar dia marah-marah pekerja kat dalam pejabat dia. Baru la saya dapat tahu, rupa-rupanya stor kami kena pecah masuk dek orang. Patut la barang banyak yang tak ada. Ingatkan dah laku sangat barang-barang tu. Saya pun masuk pejabat dia nak serahkan checklist tu. Lepas tu awak tahu tak dia marah saya balik tau. Awak tahu tak dia kata apa kat saya?" Daiyan menggelengkan kepalanya, tak tahu. Sesekali Daiyan tersenyum, ketawa melihat telatah Iman yang sedang bercerita. Iman bercerita dengan penuh semangat, penuh gaya.
"Dia cakap saya punca dia rugi besar. Ada ke patut?" Iman memandang Daiyan tajam.
"Uih..Tak patut..Tak patut.." Daiyan menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Memang tak patut! Dia salahkan saya sebab saya bercuti. Dia yang izinkan saya ambik cuti seminggu. Apa, kalau saya tak bercuti dia nak suruh saya jadi mak guard kat situ pulak? Dah la marah-marah orang depan semua pekerja. Ingat saya tak ada perasaan ke. Saya pun angin la semalam then dia bagi saya cuti selamanya. Saya tak kisah la!"
Daiyan memandang Iman disebelahnya. Lain macam dah nada dia nih. Angin semalam bertiup balik ke? Segera Daiyan mengajak Iman duduk di kerusi yang disediakan di sepanjang dalam Mines tersebut. "Sabar la. Jangan marah-marah sangat. Bos awak tu tengah strees. Mungkin apa yang dia cakap semalam tak terniat pun dalam hati dia masa tu." Daiyan cuba menenangkan Iman.
"Memang la tengah strees. Tapi agak-agak la. Saya tak boleh orang suka-suka nak menuduh macam tu." Iman menarik muka. Geram kerana Daiyan menyebelahi bos dia yang lama.
"Ye..Ye..Bos awak salah sebab marah-marah. Tak apa la. Sekarang pun awak dah dapat kerja baru kan. Macam mana dengan bos baru awak tu? Ok?" Daiyan cuba mengubah topik. Iman hanya mencebik bibir. Dia menarik nafas dalam-dalam..
"Emm..Dia pelik!"
"Pelik? Pelik yang macam mana pula?"
"Tak tahu la nak cakap macam mana. Bila bercakap macam nak tak nak je. Sombong ke? Sakit ke? Tak tahu lah.."
"Bos awak tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki.." Jawab Iman ringkas. Lelaki? Ni yang tak sedap dengar ni. "Berapa orang pekerja kat situ?" Soal Daiyan lagi ingin tahu.
"Tak sure pula. Macam saya seorang je..Sebab dalam kedai tu ada dia je, tak ada pekerja lain."
Muka Daiyan berubah. Tak suka Iman bekerja dengan lelaki. Berdua pula tu. Daiyan berpaling ke arah lain. Rasa macam tak cukup oksigen pula masa tu. Panas. Iman sedar perubahan Daiyan. Dia hanya ketawa kecil melihat reaksi Daiyan yang mungkin cemburu.
"Awak..cemburu eh?"
"Mana ada saya cemburu." Daiyan masih berpaling ke arah lain.
"Alah..Macam la saya tak tahu awak ni macam mana. Saya bukan kerja lama pun kat sana. Masa cuti ni je, insyaAllah la. lagipun dia tu suka duduk sendiri-sendiri. So, dia tak akan kacau-kacau saya la." Jelas Iman cuba menenangkan Daiyan.
"Dia tak kacau awak, tapi nanti awak yang kacau dia."
"Ishh!! Tak ada la macam tu. Jangan fikir yang bukan-bukan la!" Tegas Iman. Iman menarik muka masam. Suka sangat fikir perkara yang tak baik. Daiyan memandang Iman yang sudah mencuka. Adoi. Merajuk la pula. Tak sempat aku nak merajuk lama-lama.
"Ye. Saya tak fikir macam tu dah. Saya kenal awak ni macam mana. Saya percaya pada awak."
"Emm, yela tu.." Iman masih mencuka. Daiyan mengajak Iman ke bawah untuk melihat ikan-ikan yang ada di tasik dalam Mines tersebut. Mereka beriringan. Ternyata benar tekaan Daiyan. Rajuk Iman tidak lama selepas melihat ikan-ikan tersebut. Iman kelihatan teruja melihat ikan-ikan itu.
"Wah, besarnya ikan-ikan ni!" Daiyan tersenyum melihat telatah Iman. Mereka senyap, hanya memandang ke arah ikan-ikan tersebut yang sedang berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Di suatu sudut tasik itu ada sekumpulan pengunjung yang melemparkan roti ke dalam tasik untuk memberi makan kepada ikan-ikan itu. Patut la ikan-ikan ni berkumpul di situ. Sedangkan di belakang mereka sudah tertulis notis bahawa pengunjung di larang memberi makanan kepada ikan-ikan tersebut.
"Jom balik. Saya hantar awak." Daiyan mengajak. Iman memandang Daiyan. "Tak mahu lah. Nanti Izzah nampak."
"Dia dah balik kerja ke sekarang? Awal lagi ni." Daiyan melihat jamnya. Baru pukul 3 lebih.
"Entah. Tak balik lagi kot tapi tak mahu la. Saya balik naik train je la." Iman menolak pelawaan Daiyan untuk menghantarnya pulang. Risau kalau-kalau Izzah dah pulang dan melihat dia bersama Daiyan. Hubungan mereka masih menjadi rahsia.
"Emm, tak apa lah kalau macam tu. Saya teman awak tunggu train, ye?"
Iman tersenyum. "Ye, baik.." Mereka mula melangkah keluar meninggalkan bangunan Mines. Iman masih menguntumkan senyuman. Seronok dapat keluar dengan Daiyan dan sekaligus dapat cari kerja part time baru. Florizzo Rose. Teringat pada bos yang baru membuatkan senyuman Iman pudar. Gasak je la.

No comments:
Post a Comment