Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah
tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri
depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia
mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia
mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.
Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu
yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut
anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”
Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari
dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan
kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga
batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu
besar.
Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok,
adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang
menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.
Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan
menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang
kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!” jawab seluruh kelas.
Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia
mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke
penuh.
"Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya," dia pun
memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir
dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan
sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan
ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada
banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.
Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, "Tahukah
anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada
kita bahawa:
Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih
dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”
Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam
hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan
perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda
dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.
Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu
sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda
mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup
anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya
tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga
masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’
anda dengan batu besar.
Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah
memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.
*Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, seketika kita merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah
batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.
*Emm, tengah buang masa kat blog..jap nak update entri ni..hehe..^_^
No comments:
Post a Comment