Assalamualaikum..bila baca tajuk entri nih, apa yang terdetik dalam hati kalian? CK tak tahu la kan apa yang ada dalam hati kalian tu..but kalau CK la, dalam hati mesti terdetik
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. MAKRUH : Ia adalah pandangan Mazhab Maliki,Abu Hanifah,sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali,Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
Sumber Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
*Yang ni CK copy je..ada sape-sape yang nak tambah info?? sangat-sangat di alukan..
"HARAM"
"Guna INAI je boleh"
untuk warnakan rambut tu..Ramai yang tahu but tetap ada yang degil tahap kepala batu nak pergi warnakan rambut jugak..ishh..GERAM!! Tapi memang ada yang boleh mewarnakan rambut..baca la kat bawah..kalau tak nak baca pun tak pe..like-like jah..^_^
Islam adalah
agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda
nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan
dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian,perbuatan mewarnakan rambut
selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak
mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk
menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut
rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Itu yang Haram. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna
rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada
dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua
berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan
Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang
thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal,jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu.Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya,atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh.kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. MAKRUH : Ia adalah pandangan Mazhab Maliki,Abu Hanifah,sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali,Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para
mukmin,kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat
At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang
mewarnakan rambutnya dengan warna hitam,nescaya Allah akan menghitamkan
wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg
perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya
Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal,ia dikira suatu penipuan.
2. HARAM : Ia adalah pandangan Mahzab
Syafie.Dikecualikan kiranya utk jihad.Mereka berdalil dengan dalil kumpulan
pertama tadi.
3. HARUS TANPA MAKRUH : Ia adalah pandangan Imam
Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu
gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan
lebih dapat menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith
Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai
juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin
‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’
az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan disini setiap mazhab mempunyai
dalil masing-masing yang tidak dapat disebutkan kesemuanya di sini,demi
meringkaskan tulisan ini.
KESIMPULAN HUKUM :
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang
bertembung antara satu sama lain,maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan
bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukkan kepada
larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi
kelihatan lebih muda.Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan.Ia
dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam
keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak,seperti perang bagi menakutkan
musuh,ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan
lain-lain.
Sumber Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
*Yang ni CK copy je..ada sape-sape yang nak tambah info?? sangat-sangat di alukan..
Sekadar gambar hiasan..^_^ |
No comments:
Post a Comment