Assalamualaikum..kat sana hujan tak? (tiba je nak tanya hujan ke tak kan..) Kat sini hujan..mud nak update entri dah mai dah..kali ni CK nak share pasal tuuuuuu..baca tajuk kat atas tu..CK tau ramai yang dah tahu pasal 4 golongan nih..Saje la nak wat entri pasal ni jugak..Peringatan bagi ayah-ayah, suami-suami, abang-abang, adik-adik lelaki, anak-anak lelaki dan sesiapa je la asalkan dia tu LELAKI...
Ketahuilah bahawa tanggungjawab diri kamu itu bukanlah mudah di dunia ni. Macam-macam kena jaga tau. Kalau wanita ramai yang berkata "Jadi perempuan ni susah. Macam-macam kena jaga. Tu kena tutup, ni kena tutup. Lelaki senang je.."
OPSS!!!
Jangan terlalu cepat merungut wahai kaum hawa..Kaum adam pun jangan cepat merasa lega. Ketahuilah tanggungjawab masing-masing..(ape la yang CK cakap panjang2 ni..) Just nak memberi peringatan bahawa tugas kaum adam ni sebenarnya lagi berat..so, wanita semua jangan merungut. Tegurlah suami anda, ayah anda, abang anda, dan anak lelaki anda..Kot-kot ada yang tak tahu dan lalai..
Siapakah "mereka" itu?
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang
bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat.. Mengaji dan
sebagainya.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. Tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik
oleh anaknya ke neraka..
Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak mempedulikan
tindak tanduk isterinya.. Bergaul bebas di pejabat.. Memperhiaskan diri bukan
untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. Apabila suami
mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (menjaga solat,puasa tidak tinggal)
maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka..
Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada.. Tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..
Tunggulah tarikan adiknya di akhirat..
Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam.. Maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya..
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar seorang
ayah / suami / abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenar..
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan
anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang
baik-baik),maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah
Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” [Surah Al-Ahzab ayat 59.]
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah
mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” [Surah
An-Nur ayat 31.]
Hai wanita.. Kasihankan ayah anda.. Suami anda.. Abang abang anda serta
anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh
ikhlas...
Akhir kata.. Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik oleh mana-mana pihak.. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga..
Semoga Kita Semua Tergolong Dari Ahli Syurga Yang Memasukinya Tanpa Hisab...
AMIN YA RABBALALAMIN .....
Subhanallah ...
No comments:
Post a Comment