I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 23, 2011

Sutera Baldu : Episod 10

Cuaca pagi yang sejuk mencengkam tubuh kecil Iman. Iman menggeliat. Ditariknya semula selimut yang melurut jatuh daripada katil. Ahh, sedapnya dapat selimut masa sejuk-sejuk macam ni. Terlalu sukar untuk bangun dari tidurnya. Jam berbunyi.."Bisingnya..." Desis Iman. Beratnya nak buka mata. Ni kes menangis malam semalam lah ni. Tangan Iman mencapai jam loceng di sebelah katilnya. "Ohhh.."

Iman kembali baring untuk menyambung tidurnya. "Ehh!! Pukul 7.30 pagi? Alamak!!"

Iman bingkas bangun dari pembaringannya. Dia nyaris-nyaris lupa yang dia sudah pun mendapat kerja baru semalam. Jangan la terlewat pula. Dah la first day hari ni. Iman segera mencapai kain tuala yang disangkut bersebelahan dengan pintu bilik air. Harap-harap sempat sampai sebelum masuk waktu kerja. Argghh..

Iman bersiap ala kadar. Cukup dengan hanya mengenakan t-shirt yang simple, Iman bergegas ke stesen KTM. Iman berlari-lari anak ke tempat kerjanya. Fuh, nasib baik belum buka. Iman memandang sekilas jam di tangannya. Dia sampai awal 20minit. Ok la tu. Iman memandang sekeliling. Tak nampak bayangan encik bos yang baru. Awal sangat ke aku datang?

Tiba-tiba fikirannya teringatkan Izzah. Kejadian semalam memang begitu menyedihkan. Selama ini dia dan Izzah selalu gembira, ketawa bersama. Tapi apa yang berlaku sebenarnya sehinggakan Izzah berubah sebegitu sekali. Iman menyentuh kelopak matanya. Tak bengkak rasanya. Tak sempat nak perhatikan betul-betul sebelum keluar rumah tadi kerana khuatir dirinya akan terlewat sampai ke tempat kerja. Pagi tadi semasa Iman keluar rumah, kereta Izzah sudah tiada. Mungkin Izzah sudah ke tempat kerjanya, Butik De'Ann.

"Awak ni tak nak masuk ke?" tegur Mifzal kepada Iman.

"Oh,mak!" Terkejut. Iman segera berpaling mengadap ke arah datangnya suara tersebut. Hanya di belakangnya. Mifzal sudah melangkah masuk ke dalam kedainya. Iman masih terkejut. Sejak bila bos barunya sampai? Tak sedar pun. Cepat-cepat Iman masuk ke dalam. Takut dimarahi pula.

Mifzal sudah berada di mejanya. Dia hanya memandang Iman yang baru masuk. Iman yang tadi berlari masuk terus memberhentikan langkahnya. 'Bengisnya bos aku ni.' Iman mendekati bos barunya. Tiada senyuman di bibir lelaki itu. Serba salah rasanya bila melihat bos memandang dirinya sebegitu.

"Awal datang?" Mifzal bertanya.

"Hah? Oh..A'ah, awal datang tadi. Tapi kedai tak buka lagi, bos tak sampai lagi." Iman menjawab tersekat-sekat. Boleh ke aku jawab macam ni? Tak pasal-pasal kena marah pula. Dah la kena tegur dengan bos tadi. Adoi..

Mifzal masih memandang Iman di hadapannya. Dia tahu Iman sampai awal. Dia nampak Iman menunggu di depan kedainya itu tadi. Tapi tak tahulah apa yang difikirkan oleh anak gadis itu sehinggakan kehadirannya langsung tidak disedari.

"Bos, saya nak kena buat apa sekarang?" Iman menberanikan diri untuk bertanya. Dia memang tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Kena potong bunga lagi ke? Iman memandang sekilas tempat bunga semalam. Macam dah siap potong.

"Itu pun awak tanya saya?" Iman tercengang. 'Aik. Tanya tu pun nak marah ke? Tak bestnya dapat kerja dengan bos yang macam ni.' Hati Iman merungut. Apasal la aku ni asyik dapat bos yang suka buat problem..Tak faham!!

Iman memandang kiri dan kanan. Nak buat apa ni? Iman berpaling dan meletakkan begnya di suatu sudut belakang. Kotor la kedai ni. Iman mengambil bulu ayam dan penyapu yang terletak bersebelahan dengan tempat begnya tadi. Iman memulakan kerjanya dengan mengemas dan membersihkan kawasan dalam kedai tersebut. 

Sesekali Iman memandang ke arah bosnya. Mifzal masih seperti tadi, senyap dan hanya memerhati setiap kerja-kerja yang dilakukan oleh Iman. Iman mengetap bibir semasa membelakangi Mifzal. Geram dengan perilaku bos barunya. Semua apa yang aku buat dia nak tengok. Tak ada kerja lain ke? Isshh..

Kerja dah siap. Iman melihat bunga. 'Agak-agaknya, bunga-bunga ni kena sembur dengan air tak supaya ia sentiasa segar? Perlu kot?' Iman berkata-kata dalam hati. Dia segera mengambil botol penyembur air yang ada di situ. Lupa nak pakai apron la tadi. Iman memandang bosnya. Mifzal sudah memejamkan matanya. 'Fuh, nasib baik kau dah tidur'..Iman mengambil apron lalu memakainya. Ditayang-tayang badannya di dinding cermin kedai itu ketika memakai apron.

"Alamak, air habis la pulak." Iman menggoncang-goncangkan botol tersebut. 'Time ni la kau nak habis kan? Aku nak cari air dekat mana ni? Setahu aku kat luar kedai ni tak ada sebarang paip air pun. Nak tanya bos, dah tidur la pulak. Time ni la kau nak tidur kan?' Emmm..

"Belakang ni." Sepatah keluar dari mulut Mifzal. Iman terperanjat. Kau memang suka buat orang terkejut kan? Dia memandang Mifzal yang sedang tidur. Tapi tangan Mifzal menunjukkan pintu di belakang itu. Ada apa kat belakang tu? Iman lalu disebelah Mifzal. Diamati mata lelaki itu. Tertutup rapat. 'Dia nampak ke apa yang aku buat tadi? Adoi..Malu-malu'..Iman segera masuk ke bilik belakang. Oh, dapur rupanya.

Lengkap dengan peti ais, sinki, meja, kerusi dan sedikit perkakas pinggan dan cawan. Iman membuka peti ais. Ada sedikit makanan dan buah-buahan. "Ada tak air tu?" tegur Mifzal.

"Subhanallah!" Iman terkejut lagi. 'Lama-lama aku kerja dekat sini boleh dapat penyakit lemah jantung macam ni. Apesal kau suka buat orang terkejut? Argghhh.. Geram!!' Iman terus ke sinki untuk mengisi air. Mifzal masih di pintu dapur. 'Wahai air, cepat la kau penuh dalam botol ni..Time ni la kau lambat nak penuh kan?' Iman segera beredar dari situ selepas botol itu penuh diisi air. 

'Kau ke tepi sikit boleh tak?' bentak hati Iman. Mifzal yang berada di pintu dapur menghalang laluan Iman untuk keluar. Iman membulatkan matanya sambil menunjukkan botol itu didepan Mifzal menandakan botol itu sudah penuh diisi dengan air. Barulah Mifzal memberi laluan.

Iman menyembur bunga-bunga di situ. Dalam hatinya sangat nak marahkan lelaki itu. Dia rasa sangat tidak selesa bekerja dengan lelaki yang seperti itu. Tolonglah cepat masa berlalu. 'Ting ting'..

Ada seorang pelanggan masuk. Iman mencari Mifzal tetapi tiada. Alamak, macam mana ni. Iman mendekati pelanggan tersebut. "Encik nak beli bunga apa?" Sapa Iman dengan lembut dan ramah.

"Oh, saya nak hadiahkan bunga kepada kawan baik saya. Bunga apa yang sesuai ye?" Alamak, dia tanya aku la pula. Mana bos ni..

"Emm..Kawan encik tu mesti la perempuan kan?" Iman bertanya untuk memastikan. Takut tersalah. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu saya suggest encik belikan bunga lili putih untuk kawan baik encik tu. Bunga lili putih ni melambangkan nilai persahabatan, hubungan yang suci.." Jelas Iman. Nasib la aku ada terbaca pasal bunga-bunga ni..

"Oh, bagus."

"Encik nak berapa kuntum?"

"Berapa yang sepatutnya?"

"Encik sesuai beli 5 kuntum."

"Baik. Tolong balutkan bunga itu ya." Iman hanya tersenyum. 'Macam mana nak balut? Gasak la kau, Iman.'

Iman ke dapur. "Bos, tolong bos. Ada pelanggan nak beli bunga. Dia minta balutkan tapi saya tak pandai." Iman membuat muka kesian di hadapan Mifzal namun lelaki itu hanya memandang Iman sekilas sebelum menyambung membaca surat khabar. Iman menjegil mata melihat lelaki itu. Kenapa dia ni sangat menyakitkan hati?

"Ambil bunga kat depan tu, balut dekat sini." Mifzal memberi arahan. Iman segera beredar dengan muka yang ketat. Sakit hati. Namun bila dihadapan pelanggan, Iman memaniskan wajahnya. 5 kuntum bunga lili di bawa masuk ke dapur. Mifzal sudah menyediakan bahan-bahan lain untuk membalut bunga. Iman melihat Mifzal membalut bunga-bunga tersebut. Cantik dan kemas. Iman tersenyum. Ingatkan kejam sangat bos aku ni.

Bunga yang sudah siap dibalut dibawa ke depan. Mifzal mengira jumlah harga bunga tersebut. "RM30." Iman yang mendengar harga bunga tersebut, melopong. Mahalnya. 'Maaf la encik pelanggan. Tak sangka pula mahal bunga ni. Saya tau maksud bunga je, harga bunga saya tak tahu.'..Pelanggan itu membayar harga bunga tersebut tanpa banyak bicara. Wajahnya tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Mungkin...

"Datang lagi ye, encik..." Iman mengucapkan kepada pelanggan tadi sebelum dia beredar. Iman memandang bunga-bunga yang ada di dalam kedai itu. 'Mahal juga bunga-bunga ni semua..'

Mifzal yang berada di mejanya tersenyum melihat Iman. Bagus juga budak ni. Mifzal masuk ke dapur semula dan Iman kembali meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.


glitter-graphics.com
Terasa pedih tatkala cuaca yang panas terik menyapa kulit tubuh badan yang sedang berjemur di tengah sawah bendang. Eqa berhenti rehat sebentar di pondok kecil yang ada di tengah-tengah bendang. Dikesat peluh yang mengalir. 'Panasnya cuaca hari ni..' Diteguk air yang dibawanya dari rumah. Lega..

Sudah beberapa hari Iman pulang ke Kuala Lumpur. Hatinya mula terdetik rasa rindu. Apa la yang Iman sedang buat sekarang. Bila la dia akan dapat berjumpa dengan Iman lagi. Entah kenapa semenjak Iman menyatakan bahawa hatinya sudah dimiliki, hatinya pula berasa tidak senang. Siapakah jejaka itu? Adakah dia benar-benar dapat membahagiakan Iman?

Eqa menjamah sedikit karipap yang dibelinya dekat gerai Kak Biah pagi tadi. Eqa masih ingat, kuih karipap Kak Biah merupakan kuih kegemaran Iman dari sejak kecil lagi. Kak Biah pun sudah mengenali mereka dari dulu lagi. Iman sungguh gembira jika opah ada belikan dia kuih karipap dari gerai Kak Biah. Iman, Eqa dan Aish akan makan bersama-sama. Bila la lagi mereka akan dapat bersama seperti dulu-dulu. Benar, kini hatinya sangat merindui detik-detik dahulu. Makan bersama-sama, ketawa bersama-sama, menangis bersama-sama. Indah belaka..Iman, jangan lupa pulang ke sini lagi ya. Aku tunggu kau pulang..


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...