Penat berjalan kaki dari bus stop. Iman mengelap peluhnya dengan tisu yang ada. Iman menjengah melihat kereta Izzah sudah ada di depan rumah, bermakna Izzah sudah pulang. Awalnya? Nasib baik tak ikut pelawaan Daiyan tadi. Iman segera masuk ke kawasan rumah. Pintu tak berkunci.
"Assalamualaikum.." Tak ada siapa yang menjawab. Iman terus masuk ke dalam rumah. Kelihatan Izzah sedang membaca buku di ruang tamu. Tak dengarkah salam yang diberinya tadi? Izzah seperti tidak menyedari kepulangannya. Mustahil!
"Izzah, awalnya kau balik kerja hari ni?" Iman cuba menegur Izzah. Izzah senyap, tidak menjawab pertanyaan Iman. Tidak sihatkah kawan aku ni? Iman duduk di hadapan Izzah. Di pandang wajah Izzah. "Kau tak sihat ke hari ni?" Iman cuba menyentuh dahi Izzah namun di tepis oleh Izzah. Iman terkejut dengan tindakan Izzah yang tiba-tiba dingin dengannya.
"Aku sihat." Jawab Izzah terus bangun dan masuk ke biliknya meninggalkan Iman yang masih terkejut dengan kelakuan Izzah. Izzah tak pernah bertindak kasar seperti tadi. Apa salah dia pada Izzah? Iman bangun dan hanya melihat pintu bilik Izzah yang sudah tertutup rapat. Dia menuju ke dapat untuk mendapatkan segelas air. Penat yang tadi masih belum hilang. Diteguk air perlahan. Di fikirannya masih memikirkan soal Izzah yang berubah kelakuan. Iman cuba mengingat semula, adakah dia ada melakukan kesalahan pada Izzah?? Tak ada..
Iman termenung seketika. Baik aku mandi dulu, kemudian masak untuk dinner. Boleh makan dengan Izzah malam nanti..Iman segera masuk ke biliknya. Harap-harap malam nanti Izzah akan baik semula.
glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
Iman termenung seketika. Baik aku mandi dulu, kemudian masak untuk dinner. Boleh makan dengan Izzah malam nanti..Iman segera masuk ke biliknya. Harap-harap malam nanti Izzah akan baik semula.
glitter-graphics.com
"Daiyan.." Ayah Daiyan memanggil anaknya sejurus melihat kelibat Daiyan di ruang tamu. Daiyan menghembus nafasnya perlahan. Dia tahu mengapa ayahnya memanggil dirinya. Pasti kerana hal yang sama. Namun kakinya tetap melangkah mendekati ayahnya yang berada di meja dapur. Dia mengambil tempat di hadapan ayahnya.
"Ayah nak cakap sikit ni." Daiyan hanya menundukkan kepalanya sambil mendengar. Malas untuk memandang. "Ayah terpaksa. Ayah dah pinjam duit dari uncle Izlan." Mendengar kata-kata itu, pantas Daiyan mengangkat kepalanya memandang ayahnya. Terkejut.
"Hari tu ayah dah kata yang ayah tak akan pinjam duit dari uncle Izlan. Tapi kenapa hari ni ayah cakap lain?"
"Ayah dah terpaksa! Hutang tu kita kena bayar cepat. Kalau tak kita kena keluar dari sini."
"Jadi ayah nak ikut semua yang uncle Izlan mahukan?"
"Daiyan, tak salahkan kalau Daiyan berkenalan dulu dengan anak uncle Izlan tu?" Ayah Daiyan cuba memujuk anaknya.
"Tak salah? Memang tak salah. Tapi ayah tahu apa perasaan Daiyan? Ayah ada ambil kisah? Selama ni ayah ikut kehendak ayah je. Bukan ayah nak dengar cakap kami ni semua." Daiyan meluahkan perasaan kesal terhadap ayahnya. Hatinya kini benar-benar sakit. Seperti diperalatkan oleh ayah sendiri. Daiyan terus bangun meninggalkan ayahnya di dapur dan terus masuk ke dalam biliknya. Ayahnya hanya terdiam. Dia tahu bahawa Daiyan kini sangat marahkan dirinya. Tapi itu saja jalan yang ada. Ayah minta maaf Daiyan...
glitter-graphics.com
Iman menonton TV di ruang tamu. Matanya pada siaran yang di siarkan namun fikirkannya terbang mengingatkan Izzah. Tadi dia hanya makan berseorangan. Izzah sudah keluar entah ke mana semasa Iman sedang mandi. Iman hanya sedar ketiadaan Izzah semasa dia cuba memanggil Izzah untuk makan bersama. Panggilan Iman tidak bersahut, segera Iman melihat kereta Izzah di luar. Tiada. Izzah sudah keluar. Apakah masalah Izzah sebenarnya. Buntu memikirkan soal rakannya yang itu.
Iman bercadang ingin menunggu sehingga Izzah pulang. Mungkin anak gadis itu keluar hanya sebentar. Tapi sekarang dah lewat. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi kereta masuk ke kawasan rumah. Mungkin Izzah. Iman berlari ke pintu hadapan. Ya,Izzah.
Izzah terus masuk ke rumah tanpa memandang Iman langsung. Salam juga tidak di beri. Wajah Izzah tidak semanis selalu. "Izzah, kau dah makan? Aku ingat nak makan dengan kau tadi tapi kau dah keluar pula. Jadi aku makan dulu la tadi."
Izzah tidak menghiraukan kata-kata Iman. Dia terus berlalu ke biliknya. Iman sedar dirinya tidak di endahkan terus mendapatkan Izzah. Lengan Izzah di pegang. "Izzah, kenapa dengan kau ni? Kenapa bad mood je ni? Kau dah makan? Kau keluar mana sampai malam macam ni? Kau tak pernah berkelakuan macam ni tau." Soal Iman.
Izzah menarik tangannya dengan kasar. Dia memandang Iman dengan pandangan tajam. "Kau siapa nak soal-soal aku?!! Jangan sibuk hal aku boleh tak?!! Huh!" Izzah terus masuk ke bilik. Iman tercengang. Terkejut dengan kata-kata Izzah. Hatinya begitu sedih mendengar apa yang baru diperkatakan oleh Izzah tadi. Benar..Siapa aku nak soal dia? Aku cuma kawan biasa yang datang menumpang di rumahnya.
Terasa air yang suam mengalir di pipinya. Iman serba salah. Tak tahu apa yang harus dia lakukan. Apa salah aku sebenarnya? Telefon Iman berbunyi. Iman melihat nama Daiyan. Aku memang perlukan dia di saat ini.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." jawab Iman. Suaranya perlahan kenana menahan tangis.
"Eh, kenapa dengan awak ni? Awak menangis?"
"Tak. Tak ada apa-apa.." Perlukah dia memberitahu Daiyan perkara itu? Mendengar suara Daiyan sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya ketika itu.
"Tak payah la nak nafi-nafi. Suara awak tu saya dah tahu dah yang awak tengah menangis. Kenapa ni? Cuba bagitahu saya.."
Iman menangis semakin kuat. Hatinya tidak boleh menahan perasaan sedih. Segera dia masuk ke dalam biliknya. Khuatir Izzah mendengar perbualannya dengan Daiyan.
"Jangan la menangis macam ni." Daiyan susah hati apabila mendengar tangisan Iman semakin kuat. Macam mana nak pujuk ni..Iman masih menangis. Daiyan membiarkan Iman menangis semahunya dulu. Kalau di paksa pun, bukannya Iman dapat bercakap dalam keadaan tersedu sedan. Iman masih juga menangis. Sesekali Daiyan cuba memujuk. Tidak lama selepas itu barulah Iman kembali tenang. Puas dapat melepaskan perasaannya ketika itu.
"Awak ok tak ni? Nak cakap kat saya tak sebab apa?"
"Dah ok. Tak nak cakap apa-apa."
Daiyan faham. Mungkin Iman mahu bersendirian. Mungkin Iman belum bersedia untuk menceritakan masalahnya. Daiyan juga masih belum bersedia untuk menceritakan maslaahnya kepada Iman. Masanya belum sesuai. "
"Tak apa lah kalau macam tu. Awak jangan nangis-nangis dah ye. Pergi basuh muka dulu. Tidur awal tau..Esok awak nak kerja pagi pula." nasihat Daiyan kepada Iman. Iman hanya mengangguk walaupun dia tahu yang Daiyan tidak dapat melihatnya.
"Ye.." jawab Iman ringkas. Sebenarnya dia penat sebab menangis terlalu banyak. Kesian Daiyan, dia call tapi tak banyak berbual pun. Kenapa aku menangis banyak sangat masa Daiyan call..isshhh..Maaf ye,awak. Esok kita berbual lagi ye..saya dah mengantuk sebab baru lepas menangis. Esok nak pergi kerja lagi. Harap-harap mata tak bengkak..Izzah, sleep well...
No comments:
Post a Comment