I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 25, 2013

Entri 2 3 ayat je...

Assalamualaikum, semua..


Lama pulak tak update blog ni.. Busy sikit sekarang ni. Berada di perantauan.. Ecewaahhh.. Perantauan sangat..hahaha..


Ku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu menganggur sekarang ku berjuang,
Dulu dulu dulu ku menjaja,
Sekarang aku berniaga...


Huhu.. Im going busy after this week.. So lagiiiii la jarang nak update lepas ni.. Hope tak berhabuk la blog ni ye..hehe



# Tak dapat la nak update resepi2 dah lepas ni sebab tak de masa nak membaking dah..hukhukhuk.. nak makan kek coklat.. my feberet..hukhukhuk..


#Sape yang nak hadiahkan kek coklat, boleh la ye bagi..hehe.. sedappp..



♥ Kalau like, klik like ♥


Saturday, November 2, 2013

Resepi Puding Roti Coklat

Assalamualaikum semua..


Today sebenarnya CK tak ada mood pun nak update blog.. Kalau hari sebelum2 ni beria nak update tapi tak larat plak.. Mengade je kan..


Malam ni rasa stress sangat2.. Penat sangat.. Bukan buat keje berat pun.. Tapi dari tadi dok mengadap lappy ni.. Dok cari keje kosong.. Ada banyak keje kosong, tapi jawatannya banyak yang high level.. Cam tak layak pulak nak mohon.. Terasa kecil sangat diri ni.. hukhukhuk.. Sedih..


Oleh sebab dah stress sangat, so CK nak buat something yang CK rasa patut daripada dok baring melangut tengok siling umah.. So CK nak update la entri baru...


Tadi dok baring2 saje la bukak gallery gambar kan.. Ada gambar2 masa CK buat puding roti haritu.. So.. Nak update entri about makanan la..hehe.. Resepi.. Resepi.. Resepi.. muehehehe..


*Mood dah datang balik ni..


Ok..kali ni Ck buat Puding Roti Coklat pulak... Macam biasa, blog Kak Ana Suzana menjadi SiFu ToNgGa CK..hehe..

Resepi dan step sama je macam kak ana.. cuma kuantiti tu je ada berubah cikit... 


Bahan-bahannya:

-11 keping roti Gardenia.. (Terpulang la nak guna roti jenis mana pun kan.. Dan kuantiti pulak bergantung kepada saiz loyang yang korang guna..)
-1 1/3 tin susu cair ( Boleh guna susu cair @ susu segar @ susu penuh krim)
-Coklat chip banyak mana yang korang nak..
-Coklat rice (Tak letak pun tak pe..)


Langkah-langkahnya:


Potong atau koyak2 kan roti tu.. Cam CK potong tiga segi camtu.. sekeping dapat 4 pieces.. Letak je roti tu dalam loyang yang dah digriskan dengan butter.. tak perlu susun cantik2 pun..



Letak half loyang je dulu.. Kemudian tabur coklat rice dan coklat chips.. Ikut banyak mana yang korang suka ye..


Lepas tu letak roti lagi.. tapi jangan penuh sangat sampai nak terkeluar dari loyang plak..


Kemudian tabur coklat rice dan coklat chips lagi.. CK memang suka yang coklat2 ni.. Sebab tu letak banyak.. Siap buat layer lagi tadi tu..hehehe.. Kalau ada yang nak letak kismis ke, badam ke ape ke, letak la ye.. takde langgar mana2 peraturan pun.. sila sila..


Lepas tu tuang la susu pulak.. CK tuang 1 tin susu tu sampai abis.. Pastu tekan2 la sikit roti tu kasi dia meresap.. Kalau tak cukup lagi, baru tambah susu cair lagi supaya roti yang paling atas tu pun boleh menyerap susu tu.. 



Tekan2 sikit ye.. Tapi jangan tekan kuat sangat.. Kang hancur roti2 tu.. Agak2 jadi cam kat bawah ni, ok dah la..


Dah siap yang ni, ketepikan dulu ye..


*Sementara nak buat step untuk coklat, boleh la panaskan oven dulu.. Pada suhu 180c, api atas bawah..


Ok.. Bahan-bahan untuk coklat pulak..

3 biji telur ayam
1/2 cawan gula
1 penutup esen vanila
3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas = jadikan pes
3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu
1 sudu besar tepung jagung



Ni serbuk koko yang dah dijadikan pes ye..



Mula2, pukul telur dgn gula guna whisker sampai berbuih, kemudian masukkan esen vanila..  



Masukkan pes serbuk koko tadi, pukul lagi, masukkan tepung jagung dan butter cair.. kacau guna whisker sampai sebati..

Lepas tu tuang semua tu dalam loyang dah berisi roti tadi.. Gambar tak snap plak..

Kemudian bakar selama 40-45 minit ye..


Yang ni dah siap dibakar.. Yang hitam tu bukan hangit ye.. tu coklat yang kita buat tadi tu.. Macam Dayang Senandung dah..hehe.. Dah suam2 tu boleh la simpan dalam peti ais.. Sedap makan yang sejuk2...


Untuk puding roti coklat ni, bagi CK tak perlu nak buat sos kastard dah sebab puding ni dah cukup sedap untuk makan camtu je..


Yang ni dah dipotong.. Hasil yang CK dapat camni rupa dia.. Rasa dia macam kek batik pun ada.. Cam kek coklat susu pun ada..


Kalau nak tengok betul2 struktur puding ni, boleh klik kat atas gambar ni ye..



Kalau nak rasa puding ni plak, sila pergi kedai beli bahan-bahan dan buat sendiri ye.. hehehe..



♥ Kalau like, klik like ♥



Thursday, October 24, 2013

KISAH SEDEKAH HARI JUMAAT

Assalamualaikum..


Hanya sekadar untuk share kisah pendek kat sini..


Firman Allah SWT,

"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

( Surah Ar-Rum : 39 )


Seorang anak muda duduk dlm masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yg ditolak ke arahnya...Dia membuka dompet memilih2 duit..


Akhirnya dgn berat hati dia masukkan 10sen ke dalam tabung dan menolak ke sebelah.. Tiba2 sorang pakcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit rm50..


Terkejut budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu dalam tabung dan ditolak ke tepi.. Dia menoleh ke belakang dan berkata "banyaknya pakcik sedekah, sikit2 dah le.. Sayang lak rasa"..


Pakcik tu senyum sambil geleng kepala dan cakap..


"Sebenarnya tu duit kamu yg jatuh dari dompet tadi..."


Budak tu menyesal sehingga tidak mampu berkata apa2 melainkan senyum tersipu malu.... "huhu #$%^&#@$%;"



P/s :JANGAN BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA.. [PETUA IMAM SYAFIE].



"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." 

( HR : Tirmidzi ) 



♥ Kalau like, klik like ♥


Monday, October 21, 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!!!

Assalamualaikum..
CK baru je terbaca artikel ni tadi.. Rasa2 patut CK berkongsi kat sini dengan kawan2 semua.. Menambah pengetahuan bagi yang tak tahuuu lagi tu la... Macam CK ni la..

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
Artikel ini adalah karya Siti Rudziah J. (kaktyea87.blogspot.com) yang dihantar ke inbox emel (akuislam.com@gmail.com). CK pula ambil artikel ni daripada Blog AkuIslam.Com.. Semoga segala perkongsian ilmu yang dicatatkan oleh saudari Siti Rudziah memberi input yang berguna kepada kita semua, Insyaallah.


♥ Kalau like, klik like ♥

Friday, October 11, 2013

Resepi Chocolate Cupcake

Assalamualaikum


Kali ni CK nak share resepi cupcake pulak.. Tapi menggunakan resepi yang sama je macam buat Devil's Food Chocolate Cake.. Sama je resepi untuk kek coklat tu.. Tapi Yang tu CK buat guna cara kukus.. Kali ni gatal nak bakar pulak.. Nak test sedap ke tak kan..


Hari tu mulut ni terasa teringin sangat nak makan kek coklat.. tu yang buat tu.. CK buat hari rabu malam hari tu..


Ok..kite terus tengok resepi ye..


Bahan-bahan kek coklat 

Bahan A
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Yang CK takde brand pun..)
3/4 cawan susu pekat manis

Ni semua bahan A yang dah di campurkan..
Campur semua bahan di atas ke dalam kuali dan panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga gula pasir tersebut cair dan serbuk coklat tidak berketul-ketul.. Kemudian sejukkan..


Yang ni yang dah disejukkan..


Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb soda bikarbonat
1 sb baking powder


Ayak ketiga-tiga bahan tersebut.. Campur sekali je pun tak pe.. ketepikan..


Bahan C
4 biji telur


Putar atau pukul telur tersebut sehingga berbuih.. Tak perlu nak pukul sampai kembang sangat.. Cukup sekadar telur kuning bercampur dengan telur putih.. ketepikan..

Ok..Sekarang boleh la panaskan oven dulu pada suhu 170c atau bergantung kepada oven masing2 ye sementara kita nak siapkan adunan kek coklat kita..

Boleh pilih nak adun dengan whisk je atau guna mixer.. Kali ni CK pilih guna whisk je sebab CK malas nak pasang2 suis.. hahahaha..

Masukkan Bahan B ke dalam bekas Bahan A sedikit demi sedikit.. Kacau biar berhemah cikit.. Kang berterabur tepung.. Setelah sebati kesemuanya, masukkan Bahan C pula ke dalam bekas adunan tadi dan kacau lagi sehingga semuanya sebati dan sejiwa..


Dah siap adunan tu, Masukkan separuh daripada cup tu.. Gambar yang atas ni yang 2nd round untuk bakar..

Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit ye.. Try cucuk dengan lidi untuk cek dah masak ke belum ye..


Yang ni adalah 3 cupcake yang CK bakar mula2.. Sebab tak tau kena bakar berapa lama kan.. So test dekat 3 cupcake ni la.. Tengok dia naik tinggi sangat.. Bagi CK tak comel tinggi camtu sebab nak letak topping lagi kan.. 

Yang ni CK letak 3/4 cup.. Lepas tengok dia naik macam tu, terus untuk 2nd round punya CK letak half cup je..



Ok.. yang ni letak half je ye..



Menanti giliran ntuk dibakar..huhu..




Selepas dibakar.. sedang2 je dia naik.. baru la comel nak letak topping..

Selalunya ramai yang guna coklat masakan untuk buat topping kek coklat kan.. Tapi sebab kat rumah CK tak cukup coklat masakan, pastu malas pulak nak buat yang double boiling tu, So ck buat guna serbuk koko je.. Sedap..


Untuk topping pulak..

-Serbuk koko
-Air panas.. (bukan air suam ye)
-Susu pekat manis

*Yang ni CK main agak2 je sukatannya.. 
-3/4 cawan serbuk koko..masukkan air panas sedikit demi sedikit.. kacau sehingga serbuk koko menjadi pes coklat.. Jangan terlalu banyak air ye.. 
-Kemudian masukkan susu pekat manis.. CK letak sampai la koko tu berasa manis.. Kalau tak dia rasa pahit kan.. 
-Bila letak susu pekat manis tu, koko tu akan jadi banyak dan cair likat..
-Kacau sampai koko tu tak berketul dah.. Setakat berketul sikit2 tu tak pe la.. Boleh tapis.. Macam CK buat tu.. Muehehehe..



Letak topping lepas kek sejuk ye.. jangan lepas kuar dari oven terus letak topping plak..


Yang dah letak topping.. Topping ni sedap dan best sebab dia akan meresap sikit di permukaan cupcake tu.. Bila dah nampak meresap cikit, korang boleh tambah topping tu lagi.. Kalau yang suka topping banyak boleh la letak banyak2..


Kemudian tabur la manik warna warni.. kalau nak letak coklat rice ke, coklat chips ke, terpulang la.. Tak nak letak pape pun boleh.. Terpulang kepada kehendak tekak korang.. hikhikhik..


Yang ni plak yang CK tengah makan sambil dok update resepi chocolate cupcake ni.. Hehe.. Sedap sangat.. (Bagi CK la) Sampai kan tak sabar2 nak balik rumah nak makan kek ni.. Rindu..


Selamat Mencuba ye.. Boleh jamu tetamu datang raya nanti..


Dan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat.. :)


♥ Kalau like, klik like ♥



Friday, September 27, 2013

Tertekan disebabkan perbuatan orang lain..

Assalamualaikum..


Entri pendek untuk malam ni.. hanya luahan hati je pun..


Ntah kenapa aku rasa sedih malam ni.. Sebak.. Rasa nak menangis.. Macam2 yang aku rasa aku nak buat.. yang tak terlintas dalam fikiran sebelum ni..



Pernahkan korang rasa bila kesalahan orang lain yang buat, tapi kesan tempiasnya terkena kat korang jugak??


Itu satu hal..


Hal yang lain pulak..., Kite tak salah.. Tapi orang lain yang cari hal ngan kite.. Kemudian orang lempiaskan kemarahan kat kite..


Aku tak tau ape yang aku bgtau kat atas tu ada kaitan ke tak dengan ape yang aku rasa..


Aku seolah2 macam tak ada tempat nak luahkan kat sape..


Mungkin orang lain akan jawab, luahkan je la kat Allah.. Dia yang Maha Mendengar..


Ya.. Aku tahu tu.. Tapi... Ntah la.. Orang lain susah nak faham diri kite sebenarnya.. Susah nak cari orang yang betul2 faham diri kite..


Jadi cukup la aku luah kat sini.. Mungkin kat sini terlalu luas kalau aku mahukan privasi.. Tapi aku rasa hal yang aku bangkitkan adalah hal yang umum.. Ramai orang yang alaminya jugak kan??


Jadi tak perlu la aku rasa 'masalah' aku ni adalah hal yang special pun.. Ape yang kita rasa semua ni sama je kan..


Sooooo.. boleh la aku tido sekarang sebab ape yang aku rasa menggelegak dalam hati aku ni dah hilang dah lepas berceloteh kat atas.. soooooo..selamat malam.. :) 




♥ Kalau like, klik like ♥




Wednesday, September 18, 2013

Dah Ada Tali Skipping..Yeeyyy!!

Assalamualaikum..


Baru je semalam berangan nak beli tali skipping kan.. hari ni dah dapat.. huhuhu...best best.. Tadi kua ke pekan.. nak post permohonan kerja benornya.. Kerja ape, RAHSIA..hahaha.. Rempit naik moto je..


Settle hal post mengepost, baru la aku g mencari si skipping ni.. Last2 jumpa jugak..


Warna merah.. sengaja je aku pilih merah ni.. Bior membara sikit semangat nak berskipping.. Hehe.. Tadi sampai umah je terus aku buka plastik and try.. syok2.. Tapi setakat try tu pun aku dah semput,cane la nak berskipping sambil pusing kampung ni..


Tu cite tali skipping la.. Tadi masa aku kat pekan lagi, tengok kereta dah banyak kat traffic light.. Aku tgk lampu dah hijau, tapi awat dorg ni tak gerak2 lagi eh?? Mesti ada pape ni.. Mula la menyibuk nak tau jugak kan.. Aku siap mencelah2 sampai la kat depan.. Rupa2nya ada polis traffic kat depan.. Ada banyak moto2 berkuasa tinggi @ moto2 besar bapak tu.. 


Polis dok bagi laluan kat dorang je.. Punya la banyak.. Ni konvoi ni.. Aku rasa lebih 100 biji moto tu.. Dah la tengah panas terik kau tau.. Nak kena tunggu dorang abis lalu kat situ, Mau hitam tangan aku.. tak cun la nak sarung cincin nanti..hukhuk..


Dalam hati rasa macam nak ambik je kamera snap gambar dorg walaupun hati dok mengutuk sebab dorg lambat giler nak abis.. Lampu hijau dah berapa kali menyala.. Mau 15 minit dok menunggu.. Tangan dah pegang fon tapi malu la plak nak snap.. macam poyo je plak.. Sebab aku tengok kat side mirror, orang belakang takde pun snap2 gambar2.. So, cover2.. Jangan nak poyo sangat..hikhik.. Tiba2 dari jauh aku nampak orang2 kat jalan sebelah sana ada je yang dok snap gambar.. Huh..rupanya ada jugak orang yang lagi poyo dari aku.. hahahahaha..


Dah dah dah.. nak start diet nih... Kurangkan nasi.. Kurangkan kuantiti, tingkatkan kualiti.. kehkehkeh..



♥ Kalau like, klik like ♥


Tuesday, September 17, 2013

Aku Dah GemOOOOkkkkk!!!

Assalamualaikum..


Entri ni just nak bgtau aku dah gemookkk..!! hoho.. macam tak de motip.. Memang pun.. Saje je nak luah kat sini.. Dah nak dekat 10 bulan aku dok umah.. keje makan tido tgk tv je.. Makin bulat dah badan.. Dan naiknya sangatlah ketara.. Betul kan awakk??? ;)


Oppsss.. Aku tak sampai tahap ni pun..Minta dijauhkan la..


Baju pun dah sendat.. Macam mana ni.. I bukan nak seksi meksi.. tapi baju sume dah sendat dek badan yang naik..hukhukhuk..


Hari tu aku bagitau yang aku pergi UKM kan.. Dan aku makan banyak macam tak penah makan kat sana.. Before aku balik haritu, aku timbang berat badan.. WWWOOOOOOWWW!!! Berat naik mak aaiiiii!! Dalam banyak2 kali aku timbang berat, tak penah lagi berat aku seberat tu.. Mula la nak terkinja-kinja kat situ sebab gelabah berat dah naik..


Pastu mula la berazam nak turunkan berat badan.. Kononnya nak fight ngan sorg member utk sama2 turun berat badan.. Tapi aku ni,semenjak balik umah, macam takde tanda nak kurang berat badan pun.. Exercise memang tak la.. Nak diet??? Tak menjadi lagi...


Kononnya taknak makan nasi.. Nak ratah lauk je.. Tapi aku pun taktau kenapa tangan aku ni slow2 je g senduk nasi kat periuk nasi.. Takpe takpe.. sesenduk nasi je.. Sikit je ni.. Bila dah makan tu, aaiiiii???!! Sedap plak lauk yang aku masak ni.. Ce tambah sesenduk nasi lagi... Emmmm..sedap la... Anak dara sape la yang masak sedap sangat nih??!!.. huhuhuhuhu..kembang2 hidung sendiri..


Aku tak boleh nafikan yang aku masak memang sedap!! Hahahahahahahaha.. Tak boleh nak diet tanpa makan nasi..


Aku buat senaman sit up.. Nak kempiskan perut la uoollzz.. Tapi setakat ni aku baru buat sekali je.. hohoho..Tu pun lepas naik 5 kali je.. 5 KALI JE????!! Teruk giler rasa.. Sempuuutttttt... dulu boleh la jugak buat berpuluh2 kali.. Sekarang???? Emmm..Faham2 je la..

Comelkan aku..huhu..

So sekarang, aku berangan nak main tali skipping plak.. Best jugak dapat loncat2 dalam umah ni.. Nanti nak kua g beli tali skipping la... Tapi taktau la zaman bila yang aku nak kua tuh.. Aduyaii..


Kalau ada rezeki keje dlm masa terdekat ni, insyaAllah, aku nak g jogging kat stadium tu.. Stadium mana, RAHSIA... hoho.. Aku mesti turunkan berat badan.. mesti..mesti..MESTI!! Sebab aku taknak kalah ngan member aku tuh..huhuhu.. Kite tengok nanti, sape yang turun berat paling banyak...!!


Yeeeyyy..


**Emm.. Saat aku dah nak publish entri ni,tiba2 perut aku macam teringin nak makan kuewtiaw bandung.. Emm..sedapnya..kecur air liur plak..



 ♥ Kalau like, klik like ♥



Sunday, September 1, 2013

Berkelah Makan Tengahari Nasi Buluh

Assalamualaikum,semua..


Hai..Hai..Hai...


Saje je nak share aktiviti tengahari tadi.. Hari ni mak sedara ada buat makan2 sikit kat rumah dia.. Tapi benda tu semua buat kat area bengkel kereta pakcik..Masa CK pergi tu dalam pukul 12 camtu.. Tapi tak siap masak pun lagi.. Masak secara bergotong-royong ye.. tapi takde la ramai sangat tadi.. Cuma keluarga terdekat je..Pastu kwn2 mak sedara..


Menu yang paling excited ialah Nasi Buluh (Pakai hentam je letak nama nasi tu..) Nasi tu sebenarnya masak dalam buluh.. Bukan buluh lemang tu.. Kalau buluh lemang, yang tu secoet je.. Tak cukup.. Ni buluh meriam tahap bapak punya..hahahaha.. Diameter buluh tu sejengkal.. Ce la ukur jari korang..hohoho..


Time dorang sibuk2 masak, CK plak sibuk je nak snap gambar.. Budak kampung tapi sibuk mempoyokan diri tangkap2 gambar.. macam tak sopan kan.. tapi dorang enjoy ape CK dok snap gambar dorg..hehehe..



Pakcik yang sedang bergigihan kawal api... panas woo time ni.. nak dekat sangat tak tahan panas..



9 batang buluh masak nasi, 1 batang buluh masak sayur masam.. Lauk pun masak dalam buluh.. Jakunnya aku...



Geng wanita bergigihan masak yang kat dalam periuk je..huhuhu..



Menu yang dalam periuk.. Siput sedut masak lemak labu.. nyum..nyum..nyum..

Lagi satu, sayur keladi masak asam.. Tak snap gambar..



Port bakar ikan..



Sambil masak, sambil berceloteh.. CK yang muda ni jadi pendengar je la..



Ni lauk Sayur Masam yang masak dalam buluh tadi tu.. Nama je "sayur", tapi ikan sebenarnya.. memang nama menu tu macam tu..



Nasi yang dah siap masak.. Kasi tonggeng dulu itu buluh, bagi air lebihan kat dalam tu keluar dulu..



CK sibuk ni dok sebelah tu nak tengok proses nak keluarkan nasi tu.. Mati2 CK ingat nasi tu masak macam biasa kat dalam buluh tu.. Sekali keluar... taraaaa... Berketul2 macam tu.. Sebijik macam lepat.. Rupanya macm tu kaedahnya dorg masak nasi dalam buluh.. Lagi la CK jakun.. hohoho..



Macam lepat kan??? Korang pernah ke makan nasi yang macam ni.. Bagi CK, ni la first time tengok dan makan.. Berkali-kali ganda la jakun..



Nasi ni memang masak dengan elok sekali.. Macam masak dalam rice cooker.. Memang teror la pakcik yang masak..



Serius macam lepat kan?? Ni yang teringin nak makan lepat pisang ni..



Ulam-ulaman pun direbus dalam buluh.. memang guna bahan semulajadi ni.. Impressed!!


Lepas hampir siap masak.. Berehat sambil bersembang lagi.. CK gelak2 je dgr dorg bersembang...

Sambil menunggu orang2 masjid datang lepas zohor untuk bacaan doa..



Ni antara menu yang ada.. Ada banyak lagi tapi xmuat nak letak semua dalam 1 pinggan je..huhu..


Ni je la kisah nak story hari ni...


(Sebenarnya tangan ni dah terasa malas nak menaip..huhu..)


Papai... Assalamualaikum... :)


♥ Kalau like, klik like ♥



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...