Assalamualaikum,semua..
Hai..Hai..Hai...
Saje je nak share aktiviti tengahari tadi.. Hari ni mak sedara ada buat makan2 sikit kat rumah dia.. Tapi benda tu semua buat kat area bengkel kereta pakcik..Masa CK pergi tu dalam pukul 12 camtu.. Tapi tak siap masak pun lagi.. Masak secara bergotong-royong ye.. tapi takde la ramai sangat tadi.. Cuma keluarga terdekat je..Pastu kwn2 mak sedara..
Menu yang paling excited ialah Nasi Buluh (Pakai hentam je letak nama nasi tu..) Nasi tu sebenarnya masak dalam buluh.. Bukan buluh lemang tu.. Kalau buluh lemang, yang tu secoet je.. Tak cukup.. Ni buluh meriam tahap bapak punya..hahahaha.. Diameter buluh tu sejengkal.. Ce la ukur jari korang..hohoho..
Time dorang sibuk2 masak, CK plak sibuk je nak snap gambar.. Budak kampung tapi sibuk mempoyokan diri tangkap2 gambar.. macam tak sopan kan.. tapi dorang enjoy ape CK dok snap gambar dorg..hehehe..
Pakcik yang sedang bergigihan kawal api... panas woo time ni.. nak dekat sangat tak tahan panas..
9 batang buluh masak nasi, 1 batang buluh masak sayur masam.. Lauk pun masak dalam buluh.. Jakunnya aku...
Geng wanita bergigihan masak yang kat dalam periuk je..huhuhu..
Menu yang dalam periuk.. Siput sedut masak lemak labu.. nyum..nyum..nyum..
Lagi satu, sayur keladi masak asam.. Tak snap gambar..
Port bakar ikan..
Sambil masak, sambil berceloteh.. CK yang muda ni jadi pendengar je la..
Ni lauk Sayur Masam yang masak dalam buluh tadi tu.. Nama je "sayur", tapi ikan sebenarnya.. memang nama menu tu macam tu..
Nasi yang dah siap masak.. Kasi tonggeng dulu itu buluh, bagi air lebihan kat dalam tu keluar dulu..
CK sibuk ni dok sebelah tu nak tengok proses nak keluarkan nasi tu.. Mati2 CK ingat nasi tu masak macam biasa kat dalam buluh tu.. Sekali keluar... taraaaa... Berketul2 macam tu.. Sebijik macam lepat.. Rupanya macm tu kaedahnya dorg masak nasi dalam buluh.. Lagi la CK jakun.. hohoho..
Macam lepat kan??? Korang pernah ke makan nasi yang macam ni.. Bagi CK, ni la first time tengok dan makan.. Berkali-kali ganda la jakun..
Nasi ni memang masak dengan elok sekali.. Macam masak dalam rice cooker.. Memang teror la pakcik yang masak..
Serius macam lepat kan?? Ni yang teringin nak makan lepat pisang ni..
Ulam-ulaman pun direbus dalam buluh.. memang guna bahan semulajadi ni.. Impressed!!
Lepas hampir siap masak.. Berehat sambil bersembang lagi.. CK gelak2 je dgr dorg bersembang...
Sambil menunggu orang2 masjid datang lepas zohor untuk bacaan doa..
Ni antara menu yang ada.. Ada banyak lagi tapi xmuat nak letak semua dalam 1 pinggan je..huhu..
Ni je la kisah nak story hari ni...
(Sebenarnya tangan ni dah terasa malas nak menaip..huhu..)
Papai... Assalamualaikum... :)
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment