I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 18, 2013

Dah Ada Tali Skipping..Yeeyyy!!

Assalamualaikum..


Baru je semalam berangan nak beli tali skipping kan.. hari ni dah dapat.. huhuhu...best best.. Tadi kua ke pekan.. nak post permohonan kerja benornya.. Kerja ape, RAHSIA..hahaha.. Rempit naik moto je..


Settle hal post mengepost, baru la aku g mencari si skipping ni.. Last2 jumpa jugak..


Warna merah.. sengaja je aku pilih merah ni.. Bior membara sikit semangat nak berskipping.. Hehe.. Tadi sampai umah je terus aku buka plastik and try.. syok2.. Tapi setakat try tu pun aku dah semput,cane la nak berskipping sambil pusing kampung ni..


Tu cite tali skipping la.. Tadi masa aku kat pekan lagi, tengok kereta dah banyak kat traffic light.. Aku tgk lampu dah hijau, tapi awat dorg ni tak gerak2 lagi eh?? Mesti ada pape ni.. Mula la menyibuk nak tau jugak kan.. Aku siap mencelah2 sampai la kat depan.. Rupa2nya ada polis traffic kat depan.. Ada banyak moto2 berkuasa tinggi @ moto2 besar bapak tu.. 


Polis dok bagi laluan kat dorang je.. Punya la banyak.. Ni konvoi ni.. Aku rasa lebih 100 biji moto tu.. Dah la tengah panas terik kau tau.. Nak kena tunggu dorang abis lalu kat situ, Mau hitam tangan aku.. tak cun la nak sarung cincin nanti..hukhuk..


Dalam hati rasa macam nak ambik je kamera snap gambar dorg walaupun hati dok mengutuk sebab dorg lambat giler nak abis.. Lampu hijau dah berapa kali menyala.. Mau 15 minit dok menunggu.. Tangan dah pegang fon tapi malu la plak nak snap.. macam poyo je plak.. Sebab aku tengok kat side mirror, orang belakang takde pun snap2 gambar2.. So, cover2.. Jangan nak poyo sangat..hikhik.. Tiba2 dari jauh aku nampak orang2 kat jalan sebelah sana ada je yang dok snap gambar.. Huh..rupanya ada jugak orang yang lagi poyo dari aku.. hahahahaha..


Dah dah dah.. nak start diet nih... Kurangkan nasi.. Kurangkan kuantiti, tingkatkan kualiti.. kehkehkeh..



♥ Kalau like, klik like ♥


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...