Assalamualaikum
Kali ni CK nak share resepi cupcake pulak.. Tapi menggunakan resepi yang sama je macam buat Devil's Food Chocolate Cake.. Sama je resepi untuk kek coklat tu.. Tapi Yang tu CK buat guna cara kukus.. Kali ni gatal nak bakar pulak.. Nak test sedap ke tak kan..
Hari tu mulut ni terasa teringin sangat nak makan kek coklat.. tu yang buat tu.. CK buat hari rabu malam hari tu..
Ok..kite terus tengok resepi ye..
Bahan-bahan kek coklat
Bahan A
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Yang CK takde brand pun..)
3/4 cawan susu pekat manis
Ni semua bahan A yang dah di campurkan.. |
Campur semua bahan di atas ke dalam kuali dan panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga gula pasir tersebut cair dan serbuk coklat tidak berketul-ketul.. Kemudian sejukkan..
Yang ni yang dah disejukkan..
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb soda bikarbonat
1 sb baking powder
Ayak ketiga-tiga bahan tersebut.. Campur sekali je pun tak pe.. ketepikan..
Bahan C
4 biji telur
Putar atau pukul telur tersebut sehingga berbuih.. Tak perlu nak pukul sampai kembang sangat.. Cukup sekadar telur kuning bercampur dengan telur putih.. ketepikan..
Ok..Sekarang boleh la panaskan oven dulu pada suhu 170c atau bergantung kepada oven masing2 ye sementara kita nak siapkan adunan kek coklat kita..
Boleh pilih nak adun dengan whisk je atau guna mixer.. Kali ni CK pilih guna whisk je sebab CK malas nak pasang2 suis.. hahahaha..
Masukkan Bahan B ke dalam bekas Bahan A sedikit demi sedikit.. Kacau biar berhemah cikit.. Kang berterabur tepung.. Setelah sebati kesemuanya, masukkan Bahan C pula ke dalam bekas adunan tadi dan kacau lagi sehingga semuanya sebati dan sejiwa..
Dah siap adunan tu, Masukkan separuh daripada cup tu.. Gambar yang atas ni yang 2nd round untuk bakar..
Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit ye.. Try cucuk dengan lidi untuk cek dah masak ke belum ye..
Yang ni adalah 3 cupcake yang CK bakar mula2.. Sebab tak tau kena bakar berapa lama kan.. So test dekat 3 cupcake ni la.. Tengok dia naik tinggi sangat.. Bagi CK tak comel tinggi camtu sebab nak letak topping lagi kan..
Yang ni CK letak 3/4 cup.. Lepas tengok dia naik macam tu, terus untuk 2nd round punya CK letak half cup je..
Ok.. yang ni letak half je ye..
Menanti giliran ntuk dibakar..huhu..
Selepas dibakar.. sedang2 je dia naik.. baru la comel nak letak topping..
Selalunya ramai yang guna coklat masakan untuk buat topping kek coklat kan.. Tapi sebab kat rumah CK tak cukup coklat masakan, pastu malas pulak nak buat yang double boiling tu, So ck buat guna serbuk koko je.. Sedap..
Untuk topping pulak..
-Serbuk koko
-Air panas.. (bukan air suam ye)
-Susu pekat manis
*Yang ni CK main agak2 je sukatannya..
-3/4 cawan serbuk koko..masukkan air panas sedikit demi sedikit.. kacau sehingga serbuk koko menjadi pes coklat.. Jangan terlalu banyak air ye..
-Kemudian masukkan susu pekat manis.. CK letak sampai la koko tu berasa manis.. Kalau tak dia rasa pahit kan..
-Bila letak susu pekat manis tu, koko tu akan jadi banyak dan cair likat..
-Kacau sampai koko tu tak berketul dah.. Setakat berketul sikit2 tu tak pe la.. Boleh tapis.. Macam CK buat tu.. Muehehehe..
Letak topping lepas kek sejuk ye.. jangan lepas kuar dari oven terus letak topping plak..
Yang dah letak topping.. Topping ni sedap dan best sebab dia akan meresap sikit di permukaan cupcake tu.. Bila dah nampak meresap cikit, korang boleh tambah topping tu lagi.. Kalau yang suka topping banyak boleh la letak banyak2..
Kemudian tabur la manik warna warni.. kalau nak letak coklat rice ke, coklat chips ke, terpulang la.. Tak nak letak pape pun boleh.. Terpulang kepada kehendak tekak korang.. hikhikhik..
Yang ni plak yang CK tengah makan sambil dok update resepi chocolate cupcake ni.. Hehe.. Sedap sangat.. (Bagi CK la) Sampai kan tak sabar2 nak balik rumah nak makan kek ni.. Rindu..
Selamat Mencuba ye.. Boleh jamu tetamu datang raya nanti..
Dan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat.. :)
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment