Assalamualaikum semua.. hai hai hai...
Salam Ramadhan.. Selamat datang ke KETUK-KETUK OVEN RAMADHAN.. hehe..
Semalam CK dah share resepi TIRAMISU kan.. So seperti yang dijanjikan semalam, hari ni CK nak share resepi kek yang ke dua plak.. iaitu Devil's Food Chocolate Cake..
Korang mesti tak berselerakan bila tengok kek yang CK tunjuk ni.. Sebab tak hias ape langsung.. Kosong je kan.. Hahaha..
CK memang tak pandai nak hias2 ni.. Tambahan plak takde bahan2 yang sesuai untuk berhias.. Cukup sekadar siap dan ngap.. kekekeke..
Ni CK share gambar yang CK ambik dari Blog Kak Ana tu.. mana la tau korang tengok terus rasa teringin nak buat jugak kan.. CK pun giler nak try sebab gambar2 yang kebaboooomm ni la.. huhuhu..
Ni cilok dari blog kak ana |
Amacam??? Cantik tak hiasan dia?? Terus rasa nak makan kan berbanding tengok gambar yang kat atas tu.. hehe.. Benda yang lebih kurang sama cuma presentationnya yang tak menarik.. sob sob sob..
Apasal nama kek tu buruk sangat???? Ciap ada DEVIL lagi.. huk huk huk.. CK tak tahuuuuuuuu kenapa kek tu diberi nama camtu.. Kalau tak suka, sila abaikan je la ye nama tu... CK ada nama kek baru punya..
Oleh sebab kek ni adalah kombinasi antara kek coklat dan kek cheese, so CK just bagi nama kek cheesechoc je.. Bila sebut banyak2 kali, lain plak bunyinya.. Macam bunyi cicak.. hekhekhek.. makin buruk plak bunyinya eh.. Lantak la.. janji rasa sodaaaapppp!!!
Resepi ni pun CK follow dari blog Kak Ana Suzana jugak.. Dia la yang jadi Sifu Tongga CK skrg dalam diam2.. kikikikiki.. banyak jugak la yang CK kerling2 tengok resepi akak ni bila nak masak..
Pertama sekali kite kena buat kek coklatnya dulu..CK copy paste je yang dari blog kak ana punya.. Resepi kek yang ni kena bakar..
Rujukan : Kak Ana
Bahan-bahan kek coklat bakar
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam (aku tak letak)
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega ( aku pakai marjerin daisy sbb buttercupabis )
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu
ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan
rehatkan selama 10 minit. ( yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudukecik cuka )
1 cawan air suam.
Rujukan : Ibunda
Bahan-bahan kek coklat kukus
Bahan A
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Yang CK takde brand pun..)
3/4 cawan susu pekat manis
Ni semua bahan A yang dah di campurkan.. |
Campur semua bahan di atas ke dalam kuali dan panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga gula pasir tersebut cair dan serbuk coklat tidak berketul-ketul.. Kemudian sejukkan..
Yang ni yang dah disejukkan..
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb soda bikarbonat
1 sb baking powder
Ayak ketiga-tiga bahan tersebut.. Campur sekali je pun tak pe.. ketepikan..
Bahan C
4 biji telur
Putar atau pukul telur tersebut sehingga berbuih.. Tak perlu nak pukul sampai kembang sangat.. Cukup sekadar telur kuning bercampur dengan telur putih.. ketepikan..
Ok..Sekarang boleh la panaskan periuk pengukus dulu sementara kita nak siapkan adunan kek coklat kita..
Boleh pilih nak adun dengan whisk je atau guna mixer.. CK pilih mixer sebab CK pemalas.. hahahaha.. Jujur sangat I ni..
Masukkan Bahan B ke dalam bekas Bahan A sedikit demi sedikit sambil mixer berputar.. Setelah sebati kesemuanya, masukkan Bahan C pula ke dalam bekas adunan tadi dan putar lagi sehingga semuanya sebati dan sejiwa..
Griss loyang dengan butter dulu, kemudian tabur sedikit tepung.. Buang lebihan tepung yang ada di dalam loyang.. baru la tuangkan kesemua adunan tadi ke dalam loyang yang dah di griss kan dengan butter dan tepung.. Untuk mengelakkan kek melekat bila dah siap nanti.. kang payah pulak nak keluarkan kek tu daripada loyang..
Dah get ready nak masuk dalam sauna water bath.. hikhikhik....
Kukus selama 45 minit ye cik puan semua..
Sementara tunggu kek masak, boleh la sediakan Cream Cheese Frosting pulak.. Yang ni memang CK follow yang kak ana punya resepi la ye..
Rujukan : Kak Ana
Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :
125gm Philadelphia cream cheese (CK guna brand Anchor je)
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( CK memang tak penah guna lemon, so ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )
Pukul cream cheese dan mentega sampai nampak cam creamy je, kemudian tambahkan gula aising, esen vanila dan jus lemon.. Putar sampai jadi lebih kurang macam dalam gambar.. Ketepikan dahulu..
Bila kek dah siap, sejukkan dahulu sebelum letak cream cheese..
Kek ni CK cantas cikit kat bahagian atas sebab nak bagi rata.. Ye la, bila siap kukus tadi, dia jadi membuncit plak..hehe.. yang bahagian atas tu boleh makan jugak..
Bila dah sejuk, letak cream cheese di atas kek tadi..
Comot betul buat keje.. haisshhh...
Lebih kurang cam ni la.. hoho.. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.. Biar dia menyejukkan diri jap.. Kita buat step yang terakhir plak ye.. iaitu Ganache Chocolate.. Follow kak ana jugak..
Rujukan : Kak Ana
Bahan2 utk Ganache Coklat :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (CK tak letak )
1 sudu besar golden syrup (Tak pernah ada pun, so tak letak..)
1 sudu teh paste vanila
Double boil cream tapi jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (CK tak letak )
1 sudu besar golden syrup (Tak pernah ada pun, so tak letak..)
1 sudu teh paste vanila
Double boil cream tapi jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..
Keluarkan semula kek tadi.. Tuangkan Ganache yang dah sejuk ke atas cream cheese tu tadi..
Seperti melimpah ruah ke ladang gandum.. Meleleh-leleh..
Simpan dalam peti ais selama 2 jam ke atas ye.. Biar cheese tadi mengeras dulu.. Kalau tak, tak sedap sangat.. Tengok tu... Menambah kerja CK sebab nak kena cuci peti ais yang dah terkena lelehan coklat tu.. hukhukhuk..
Time berbuka malam tu tak sabar, so potong la walaupun cheesenya tak sempat nak sejuk betul2.. Rupanya jadi hudus ckit la..
Oh yaa... Petua kak ana bagi untuk memotong kek ni ialah, kita kena celup pisau ke dalam air panas dahulu, kemudian lap, barulah potong.. Kemudian celup pisau semula, lap, kemudian potong.. kena ulang2 setiap kali nak potong kalau nak hasil yang camtik..
Ni yang semalam time berbuka.. hari ni cuba potong lagi.. Cheese dia dah memang keras.. so, hasilnya comel ckit la..
Tadaaaaa... Cheese yang dah keras, takde la nampak comot sangat kan.. Ok la ckit kan.. hehe.. Kalau korang semua nak tgk step yang lagi lengkap dan menarik, boleh la usha kat blog kak ana tu.. Sure korang akan telan air liur..hahahaha..
Selamat mencuba la ye bagi yang nak mencuba tu..huhuhu..
*Berape puluh kali aku dok ulang nama kak ana dalam entri yang ni..hehe.. Tersedak kang kak ana tengah makan..
♥ Kalau like, klik like ♥
1 comment:
Yummeh..sdpnye.nti nk try la.jmput singgah my blog ye
Post a Comment