Assalamualaikum semua.... :)
Belum terlambat untuk CK ucapkan Selamat Berpuasa!!
Dah 5 hari kita berpuasa kan..sekejap je dah 5 hari.. Bila bulan puasa camni, memang ramai la yang busy mengepost gambor2 makanan, status2 berbaur makanan kan.. CK rasa cam nak post jugak gambar makanan yang CK ada buat tapi terasa macam POYOOOO pulak kan.. hahahahaha..
Takpe la.. CK share benda2 tu semua kat blog je la ye.. Takde la rasa poyooo sangat..ngehngehngeh..
Ok.. Hari ni kan, CK ada buat 2 jenis kek as the dessert.. Tiramisu dan Devil's Food Chocolate cake.. CK bgtau resepi Tiramisu dulu la ye..
Ada suatu masa yang lepas CK ada bgtau yang CK stress sgt tengok satu blog ni sbb banyak sangat makanan yang best2 tapi CK tak boleh buat sebab stay kat hostel.. Kali ni CK langsaikan perasaan tu dengan cuba buat ikut resepi tu..hehe..
Resepi ni CK memang follow kat blog Kak Ana Suzana.. Ni resepi yang CK follow..
Ni bahan-bahannya.. |
Bahan-bahannya :
- Kek sponge atau biskut tiramisu.. (CK takde biskut tiramisu..so ganti dengan kek marble je..tu pun beli je..malas nak buat..)
- 250 ml whipping cream
- 1 buku atau lebih kurang 250 gm cream cheese
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu teh esen vanila
- Serbuk koko.. (Yang CK xde brand pun.. )
- 1 cawan air panas
- 1 sudu kecik nescafe
Cara-cara membuatnya pula.. :
Mula-mula kite sediakan bahagian cheese dahulu..
Masukkan cream cheese dan gula dalam bekas mixer tu dulu.. Kemudian putar sampai ia sebati..
Kemudian masukkan esen vanila dan whipping cream ke dalam bekas mixer tu tadi.. Putar lagi sampai ia betul-betul sebati.
Dah siap tu ke tepikan dahulu cheese tadi..
Sekarang bancuhkan air nescafe tanpa gula menggunakan bahan no.7 dan no.8 tadi..
Fungsi air yang dibancuh ni untuk melembabkan kek yang kita nak guna tadi.. Al maklum la kek pun keras dan kering cikit kan.. huhu..
Kek marble tu di potong ikut bersesuaian dengan bekas yang nak digunakan..
Oleh sebab CK memang follow abis step kak ana tu, so CK pun ikut jugak kak ana guna gelas.. Cuma gelas kami tak sama corak la..ekekekeke..
Air nescafe tu CK letak dalam piring kecik, macam yang kak ana tu guna jugak.. Letak kek dalam piring tu dan terbalik-balikkan je supaya lembab depan dan belakang.. jangan biar lama plak.. Kang abis kek tu serap air tu..bukan jadi lembab dah, kang lembik plak kek tu..
Kemudian tempek kek tu di dasar gelas yang korang nak guna.. Tekan bagi comel2 ckit ye..
Sauk Cheese yang dah diputar tadi ke dalam gelas tu.. Ikut la korang nak letak banyak mana..
Di dari pandangan sisi.. Tak berapa cun la berbanding yang kak ana buat..hehe.. malu...
Kemudian tapis serbuk koko di atas lapisan cheese tadi sehingga menutupi lapisan cheese tadi..
Ni dari pandangan sisi.. Lepas letak serbuk koko, ulang semula step yang letak kek lembab, letak cheese, kemudian serbuk koko semula.. ulang-ulang sampai la penuh gelas tu.. Ni CK dah buat 2 layer..
Final destination have arrived.. Tadaaaaa.. Ni la hasilnya.. Oleh sebab gelas ni agak tinggi, so CK buat 4 layer baru la penuh 1 gelas..
Nampak agak comotkan?? Hehehehe.. biasa la tu.. First try kan.. But not bad la..
Hasilnya CK dapat 5 gelas semuanya.. Oleh sebab sedang berpuasa, nafsu nak makan tu memang la menggila.. Rasa2 5 gelas tu macam tak cukup jee.. Okey.. Tu adalah sifat TAMAK ye.. Sila buang jauh-jauh walaupun tak berape nak jauh la.. Huk huk huk...
Sila abaikan yang comot tu ye.. Dan sila ada rasa teringin nak makan..
Opsss.. lupa nak cite..Lepas siap semua ni jangan terus ngap je..
Satu, sebab anda sedang berpuasa, kalau time bulan Ramadhan la..
Kedua, sebab kek ni perlu bersemayam dalam peti ais dulu buat sementara waktu untuk cheese tu menyejukkan dirinya dahulu..
Dah sejuk baru la cheese tu mengeras dan sedap di makan..
Rasanya macam makan icecream je.. Memang sedap la yang ni..
Nak rasa tak??? Nak tak?? Kalau nak, sila la buat sendiri ye.. hihihihihi...
Kalau nak tengok step by step yang lagi lengkap dan cantik presentationnya, sila la melawat kat blog Kak Ana Suzana ni.. :)
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment