I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 15, 2012

Sutera Baldu : Episod 17

Suasana villa pada malam itu sunyi, sama seperti tidak berpenghuni. Cuma kadang-kadang kedengaran bunyi di dapur. Itu pun kerana Mak Tia sedang menyediakan juadah untuk makan malam. Penghuni yang lain masing-masing berada di bilik.

Mifzal keluar dari biliknya untuk ke ruang tamu. Baru beberapa tapak dia melangkah, telinganya dapat menangkap suara gemersik daripada seseorang. Siapakah itu? terdetik di hatinya. Mifzal cuba merapatkan telinganya di setiap pintu bilik yang ada.

Sampai di sebuah bilik, Mifzal dapat mendengar dengan jelas suara gemersik itu milik siapa. Iman. Itu adalah bacaan ayat-ayat Allah, Al-Quran. Sungguh merdu bacaannya. Lama Mifzal berdiri di depan bilik Iman. Terpaku mendengar bacaan anak gadis itu.

"Abang buat apa tu?"

Mifzal terkejut dengan teguran Sara yang berada di belakangnya. Sara yang baru keluar dari biliknya pelik melihat abangnya berada di hadapan bilik kak Iman. Buat apa abangnya berdiri di situ?

"Tak ada apa.."

Mifzal segera menuruni tangga ke ruang tamu. Sara hanya memerhati abangnya yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Sara memandang pintu bilik Iman. Adakah abangnya suka kepada kak Iman? Itu yang bermain di mindanya sekarang. Emmm...

Mifzal duduk di sofa sambil menonton televisyen. Matanya tertumpu pada siaran tv yang disiarkan namun hatinya langsung tidak tertumpu pada apa yang ada di hadapannya. Dalam hatinya berasa begitu malu apabila ditegur oleh adiknya. Lebih malu lagi apabila dia mula menyedari bahawa dirinya sudah begitu lama tidak mengalunkan bacaan ayat-ayat Allah.

Sara yang duduk di sebelahnya pun tidak disedari oleh Mifzal. Sara memandang abangnya. Dipandang ke arah televisyen pula. Sara mengambil remote control tv dan menukar channel kegemarannya namun Mifzal langsung tidak memarahinya. Sah! Memang sah yang fikiran abangnya ketika itu sudah menerawang jauh. Kalau tidak, sudah pasti abangnya akan marah apabila dia menukar siaran lain ketika abangnya sedang menonton.

Tiba-tiba Mifzal menoleh ke arah tangga. Telinganya dapat mendengar bunyi pintu bilik yang ditutup. Siapa lagi yang ada di atas melainkan Iman. Sara melihat abangnya memandang ke atas. Dia turut memandang ke arah yang sama. Kelihatan Iman sedang menuruni tangga ke arah ruang tamu.

Mifzal masih memandang ke arah Iman. Dia sendiri tidak pasti apa yang terdetik di dalam hatinya kini. Yang pasti dia sungguh terpegun melihat Iman yang berbaju tshirt pink dipadankan dengan tudung yang sama warna dengan bajunya. Masih terngiang-ngiang suara gemersik itu. 

Kini Iman berada di hadapannya. Mifzal memandang tepat ke dalam mata Iman. Iman menjadi tak tentu arah apabila Mifzal dan Sara asyik memandangnya. Ahh..Mungkin Mifzal dapat melihat matanya yang sudah membengkak akibat menangis tadi. Semuanya gara-gara dia bergaduh dengan Daiyan melalui telefon tadi.

"Emm..Saya pergi ke dapur dulu la. Tolong Mak Tia.." Iman tidak selesa berada di situ dengan keadaan Mifzal dan Sara yang kelihatan pelik. Iman segera pergi ke dapur meninggalkan mereka di ruang tamu. Pandangan Mifzal mengiringi Iman ke dapur.

Sara geram melihat abangnya yang kelihatan pelik tu. Ditampar kuat paha abangnya. Biar sedar diri sikit. Pandang kak Iman macam nak makan orang. Mifzal terkejut dengan tindakan adiknya itu. Ish budak ni!..

"Abang! Nape tengok kak Iman macam tu?" Sara menegur.

"Eh..Mana ada abang pandang dia." Mifzal cuba berdalih. Cepat-cepat dia menukar channel yang dia tonton pada awal-awal tadi.

"Ni sape pulak yang tukar channel berita tadi nih? Sara ek?" Mifzal mengerling ke arah Sara. Sara hanya menjuih. Geram pulak dengan kelakuan abangnya ni.

"Kalau Sara ni buta, boleh la abang nak tipu.." Selamba Sara menjawab.

"Abang mana ada tipu apa-apa.."

"Sara nampak la abang dok tenung kak Iman tadi. Dah macam nak makan orang. Sebab tu kak Iman pergi dapur, takut tengok abang yang macam tak pernah tengok orang. Kalau Sara pun, Sara nak lari jauh-jauh..Huh "

Mifzal buat-buat tak dengar kata-kata Sara. Ada ke aku buat macam tu? Mifzal berkata-kata dalam hati. Sara masih menunggu reaksi abangnya tapi tiada sebarang perubahan. Tak dengar ke aku cakap tadi?

"Abang suka kat kak Iman ye?" Sara cuba mengumpan.

Laju Mifzal memandang Sara. Kening Mifzal berkerut mendengar pertanyaan Sara.

"Tak de la. Mana ada abang suka dia. Dia cuma pekerja abang je..Dah..dah..! Jangan nak kata ape-ape dah."

Mifzal kembali menonton tv. Namun hatinya masih cuba menjawab pertanyaan Sara. Adakah betul jawapan yang dia jawab tadi? Adakah selaras dengan apa yang ada dalam hatinya? Arghh.. Aku tak tahu!

"Hehe..Sara suka je dengan kak Iman tu tapi hati-hati la dengan mama.." Sara bangun sambil mengenyitkan matanya kepada abangnya.

Mama? Emm..betul kata Sara tu.. Mifzal melepaskan keluhan. Keluh dari hati yang jauh di dalam dirinya.

"Bos, makanan dah siap hidang. Jom makan."

Mifzal tersentak dengan sapaan itu. Siapa yang kacau aku nih? Mifzal memandang ke arah suara yang datang. Iman?

"Bos, cepat la bangun. Kesian Mak Tia dah masak banyak-banyak tu." Iman berkata-kata lagi..

Suara tu..Ye, betul..Suara tu yang buat hatinya rasa tak tenang. Mifzal merenung Iman, lama. Iman kaget. Buat hal balik la plak bos aku nih..

"Benci la..Huh!.." Iman terus berlalu ke ruang makan. Geram dengan majikannya yang tak abis-abis nak pandang macam tu. Suruh Mak Tia je la yang panggilkan.

Iman membantu menyendukkan nasi ke setiap pinggan. Dia tak sedar yang Mifzal sudah berada di sebelahnya. Mifzal hanya melihat setiap gerak-geri Iman. Arghh!! Kenapa dengan aku ni?

"Eh, bos..Duduk la kat sini. Saya dah sendukkan nasi ni."

"Sara mana?"

"Saya dah panggilkan Sara tadi kat luar. Bos je yang nak Mak Tia panggilkan." Iman memerli Mifzal. Mifzal memandang Iman semula. Iman mengerling pada Mifzal. Mifzal hanya tersenyum melihat Iman. Mifzal ketawa dalam hati. Kecik hati la tu.

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Mifzal dan Sara sudah mula nak menyuap makanan ke mulut. Iman serba salah sebab belum baca doa makan lagi ni.

"Emm, bos...Kita baca doa makan dulu ye.." Iman bersuara, perlahan tapi dapat didengari oleh mereka berdua.

Mifzal dan Sara tersentak. Cepat-cepat mereka meletakkan semula sudu ke pinggan dan menadah tangan. Untuk seketika, semua senyap. Masing-masing memandang sesama sendiri. Siapa yang nak baca doa ni? Iman memandang Mifzal lama. Mifzal serba salah. Melihat reaksi Mifzal sebegitu, Iman dapat memahaminya dan dia membacakan doa tersebut.

Mereka makan tanpa berkata apa-apa. Setelah siap makan, Iman membantu mengemas meja makan. Mifzal dan Sara sudah ke ruang tamu. Iman membawa pencuci mulut untuk mereka di ruang tamu.

"Makan la puding ni.." Iman segera nak beredar ke dapur semula.

"Eh, awak pun makan la kat sini. Awak buat kerja rumah macam kerja kat rumah ni pulak."

Iman terfikir tentang kata-kata Mifzal pada petang tadi. Tetamu tak boleh buat kerja dalam villa ni. Emm, ok..aku stop buat kerja dah.

"Emm..Jap ye.." Iman berlalu ke dapur untuk mengambil dessert untuk dirinya sendiri dan kembali ke ruang tamu semula.

"Sedap la puding ni, abang. Try la rasa.."

Sara mengambil sudu dan diberikan kepada Mifzal supaya abangnya mencuba puding yang dihidang oleh Iman tadi. Mifzal hanya menuruti kata adiknya. Mifzal menyuap sesudu ke mulutnya, tak puas. Disuap untuk kali kedua. Sedap..

"Sedap tak?" Iman menyoal sejurus sampai ke ruang tamu.

"Sedap! Mak Tia tak pernah la pulak buat puding macam ni sebelum ni. Baru belajar buat agaknya."

"Bukan Mak Tia yang buat la, Sara. Cik Iman yang buat petang tadi." Mak Tia menyampuk. Mereka semua memandang Mak Tia yang sedang membawa sepinggan buah-buahan ke ruang tamu. Mak Tia tersenyum memandang Iman.

"Yeke? Sedap la puding ni kak. Buat la banyak-banyak lagi. Sara suka." Laju Sara menghabiskan puding tersebut.

"Puding Sara dah abis..Emm, abang tak nak makan puding ni kan?" Sara cuba mengambil bekas puding Mifzal. Laju Mifzal menarik jauh daripada Sara supaya Sara tak dapat mencapainya.

"Eh, sapa kata abang tak nak?" Cepat-cepat Mifzal menyuap puding tersebut ke mulutnya. Dijelir lidah kepada adiknya. Seronok dapat menyakat adiknya. Iman hanya ketawa melihat telatah adik-beradik di hadapannya itu.

"Sara, puding ni ada lagi kat dapur. Dalam peti ais. Makan la." Iman cuba memujuk Sara yang sudah muncung akibat disakat Mifzal.

"Nak!! Sara ambil ye.."

Sara berlari ke dapur. Iman tersenyum melihat Sara. Seronoknya kalau ada adik-beradik. Mengenangkan dirinya yang hidup sebagai anak tunggal, tiada ibu bapa, kehidupannya adalah sangat sunyi. Namun Iman masih bersyukur kerana dikurniakan seorang opah yang penyayang, belangkas iaitu Aish dan Eqa yang sangat mengambil berat membuatkan kehidupanya tidak kosong.

"Awak melayan la sangat Sara tu. Manja sangat budak tu nanti." Mifzal menegur Iman. Iman hanya tersenyum.


"Tak apa la. Lagipun saya ni tak ada adik pun. Seronok pulak tengok bos dengan Sara."

Mifzal melihat Iman. Dia memang tak pernah tahu pun tentang perihal peribadi Iman. Pernah terdetik nak bertanya, tapi rasa segan pula nak bertanya.

Iman memandang Mifzal yang sedang merenungnya. Laju Mifzal melarikan pandangannya. Mifzal, please behave.

"Emm, mana Sara ni. Tadi kata nak ambil puding tapi punya la lama..Sara!! Saraaaa!!" Mifzal memanggil-manggil Sara. Niat sebenar hanyalah untuk menutup perasaan malu yang singgah di hati.

"Yeeee!!..Sara kat meja makan ni.." Sara menjerit dari ruang meja makan.

"Mari makan kat sini.."

"Tak nak!!..Nanti abang nak ambil puding yang Sara punya..Weekkk!!.."

"Eh, budak ni. Jangan habiskan semua puding tu..Simpan untuk abang jugak!!"

Mifzal segera bangun menuju ke meja makan. Sara ni bukan boleh sangat. Kalau dia dah suka makan sesuatu tu, dia boleh habiskan semua tanpa meninggalkan sedikit untuk orang lain.

Iman dapat mendengar bunyi bising suara adik-beradik tu. Iman hanya ketawa melihat mereka. Telatah mereka dapat mengubat sedikit luka di hatinya akibat dilukai oleh Daiyan petang tadi. Iman masih ketawa. Biarlah tawa yang diukir, bukan air mata yang menitis..



2 comments:

Nur Farhana Ana said...

dah lama baca blog ni..dari tahun lps..actually nak tau, cerita ni wat seniri ke?NICE!!!

KaKTuS BeRDuRi said...

A'ah..wat sendiri..masih dalam proses menyiapkan penulisan cerita ni..

Mksh sebab follow cite ni..hehe.. :)..

Tapi lambat sikit nak update sbb smkin busy pulak skrg..

Thanks coz follow.. Nantikan episod seterusnya ye.. ^_^

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...