I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 27, 2012

Lelaki Dayus..!


'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda..
Cilok kat pak google
Ensem plak kartun ni..hehe..
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

 "habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.... Scan dulu pakaian dorang sebelum kuar rumah.. Kot2 tak cukup kain kan..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar... Rajin2 la tanya aktiviti isteri tu..Jangan la nak biar camtu je kalau dah tau..Tak jeles ke?

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat... Yang memang kena berhati-hati la ye..

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya... Kalau macam tu si ayah cepat2 la bagi dorang kawen..

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami... Ohhh, encik ayah.. Kalau ye pun 'spoting', jangan la kasi kebebasan sgt kat anak tu nak duduk berdua-duaan.. Pernah je jumpa parent camni..

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah... Yang ni rasa nak tunjal2 kepala.. Tak ada kesedaran, camtu la..

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.... Yela kan..family boleh tumpang glemer.. Duit pun masyuk.. Slalu nampak family yang anak dia masuk program macam ni akan merasa bangga dengan kejayaan anak dia..emm.. Berbangga la selagi boleh ye..

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali... Suami pelakon selalu cakap.. "I profesional ok.. I faham career dia sebagai seorang pelakon.. I support career dia.. Jeles? Tak la..sebab I tahu tu memang dah kerja dia.. I kena terima la sebab I berkawen dengan seorang artis, ok.. Kau hade??"  Ohhhh..plizzz la..menyampah setiap kali baca paper yang ada suami artis cakap macam ni.. Itu bodus namanya..(Kan dah kasar bahasa aku..)

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna... Faham2 la sendiri..

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya... Kiranya kalau DARURAT tu boleh dimaafkan la..

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan... Kepada bakal suamiku, ayang tak nak bersalin yang dibidani doktor lelaki tau.. Ayang maluuuuu sgt nak tunjuk2 kat orang lain..Dr perempuan tak pe la.. Ayang untuk abg je tau!!..Nanti cop siap2 Dr perempuan untuk ayang..

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita... Sama je ngan yang atas..

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu... Abang tak cemberu ke? Cemburu tanda sayang tau.. Abang tak sayang dah la tuu.. Gasak la kalau dah hilang rasa sayang.. Pandai2 le..

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian... Nak abang je jadi pemandu ayang..keh3..

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, namun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi???

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Sumber : Terlalu banyak sumber yang post perkara yang sama..sehinggakan tak tahu siapa sebenar penulisnya. CK sertakan salah satu sumber.. Khalifah
Cilok kat pak google lagi..

*Banyak pulak yang CK tambah2.. Yang biru2 comel tu CK yang tambah.. Tu bahasa loklak sikit..hehe..

*Kepada ayah-ayah, suami-suami.. Awasi la tingkahlaku, perbuatan anak2 perempuan dan isteri2 kalian.. Kalian ketua dalam keluarga yang bertanggungjawab membentuk keluarga ke arah kebaikan.. Jangan biarkan diri terus dalam kedayusan dengan melepas pergi setiap kesalahan yang ada di depan mata..

*Kepada isteri2 dan anak2 perempuan.. Tergamak kalian menarik suami dan ayah sendiri ke dalam api neraka??? Bukankah kita semua berhajat untuk masuk ke syurga Allah??? Fikir baik2..

♥ Kalau like, klik like ♥

2 comments:

Nur Farhana Ana said...

love this entry as well..

Kamil Kahar said...

bagus...semoga entry ini menghalang lelaki2 dari menjadi dayus...

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...