Udara sejuk
pada waktu pagi di tanah tinggi sangat sejuk. Iman yang baru terjaga kembali
menarik selimut untuk menutupi tubuhnya. Terasa begitu sejuk mencengkam tubuh
sehinggakan apabila Iman menyentuh hidungnya sendiri, dia tidak dapat merasai
sentuhan tersebut. Jam menunjukkan sudah pukul 6.15 pagi. Aduh, macam mana nak
mandi ni. Belum kena air pun dah rasa nak beku. Inikan pula nak mandi. Iman
masih berselubung.
Beratnya kaki
nak melangkah ke bilik air namun digagahi juga memandangkan dirinya belum
menunaikan solat subuh. Lagipun semalam sebelum tidur, Mifzal sudah memberitahu
dia bahawa mereka akan ke ladang pada pukul 8 pagi. Awalnya..
Iman segera
bersiap. Niat di hati mahu membantu Mak Tia menyediakan sarapan. Sebelum keluar
bilik, Iman sempat lagi membelek matanya. Risau kalau-kalau matanya membengkak
akibat menangis malam semalam. Argh..bengkak jugak! Nasib sikit je.. Benjol di dahi
semalam pun dah surut. Nasib baik..
Laju Iman
berlari menuruni tangga. Tiba-tiba Mifzal yang datang entah dari mana muncul di
penjuru tangga. Iman yang sedang laju menuruni tangga hampir-hampir melanggar
Mifzal di hadapan. Akibat berhenti mengejut, kaki Iman yang sedang melangkah
tergelincir satu anak tangga. Iman yang tidak dapat mengimbangi badannya terus
jatuh terduduk.
“Ouchhh..”
Mifzal hanya
melihat Iman yang jatuh terduduk di depannya sambil berpeluk tubuh. Dia
langsung tidak membantu Iman untuk bangun semula. Iman yang masih terduduk di
tangga memejamkan matanya menahan kesakitan akibat terhentak di atas permukaan
yang keras. Digosok-gosok punggungnya supaya dapat mengurangkan sedikit
keperitan di bahagian itu.
Iman sedaya
upaya cuba bangun dengan berpaut pada penghadang tangga. Terasa seperti
pinggulnya membesar. Susahnya nak bangun. Iman masih terkial-kial. Sempat dia
mengerling melihat majikannya. Mifzal yang daripada tadi menjadi pemerhati yang
setia hanya berdiri kaku di hadapan Iman.
“Sakit?”
Selamba Mifzal bertanya. Dia membongkok sedikit badannya supaya dapat melihat
Iman yang asyik memandang ke bawah.
Iman memandang
Mifzal sekilas sambil mencebik.
“Tak sakit pun.
Sedap sangat-sangat..” Mengada je dia ni buat-buat tanya sakit ke tak pulak.
Iman cuba
bangun semula untuk menunjukkan kepada Mifzal bahawa dia tidak sakit. Baru saja
Iman berjaya bangun, Mifzal terus memegang lengannya dan membantu Iman untuk ke
ruang tamu.
Terkejut Iman
dengan tindakan Mifzal. Cepat-cepat dia menarik lengannya semula daripada
pegangan majikannya. Namun cengkaman Mifzal lebih kuat daripada dayanya. Mata
Iman bulat memandang Mifzal namun kakinya tetap melangkah ke tempat yang di
tuju.
“Hah..Duduk kat
sini.”
Iman hanya
menurut kata-kata majikannya. Terkenyit-kenyit mata Iman semasa ingin duduk di
atas kerusi apabila dia merasa ngilu di bahagian pinggangnya.
Mifzal berlalu
ke dapur meninggalkan Iman di ruang tamu. Iman hanya melihat dengan hujung anak
matanya.
“Huh..Macam tu
je tinggal aku yang tengah sakit? Aku jatuh pun sebab kau tau tak!” Iman
mengomel-ngomel tanda tidak puas hati.
Masih terbayang
lagi semasa dia terkejut melihat Mifzal yang tiba-tiba muncul di penjuru
tangga. Untuk mengelak daripada terlanggar majikannya, Iman cuba berhenti tetapi
kakinya tidak dapat menahan permukaan anak tangga itu dengan baik menyebabkan
dia tergelincir.
Leka Iman asyik
melayan perasaan tidak puas hatinya sehinggakan Mifzal yang berada di
sebelahnya pun dia tidak sedar.
“Minum susu
ni..”
“Oh mak!! Eh,
bila bos duduk kat tepi ni?”
Iman memandang
ke arah lain. Diketap bibirnya. Cuak. Agak-agak bos dengar tak tadi? Habis la
aku...
“Baru je duduk
sini. Awak sakit lagi ke?”
“Eh, mana ada
sakit..”
Iman masih cuba
berdalih. Malu la nak cakap sakit kat bontot.
“Saya tahu la
yang awak sakit kat situ kan?” Mifzal bertanya sambil jarinya ditunjukkan ke
arah pinggul Iman.
“Ish!! Tak
la!!” Iman yang terkejut terus memukul tangan Mifzal yang terasa begitu dekat
dengan dirinya. Eh, melebih dah ni. Tumbuk kang!
Mifzal yang
juga terkejut dengan tindakan Iman terus meledakkan tawanya. Haha. Dia boleh
melihat dengan jelas wajah Iman yang sudah berubah merah apabila ditanya soalan
seperti itu.
Iman yang geram
melihat majikannya seronok ketawakan dirinya memberikan jelingan padu kepada
Mifzal. Mifzal masih tidak berhenti ketawakan dirinya. Arghhh!!!..Memang nak
kena tumbuk ini orang!
Semakin lama
duduk sini, semakin sakit pulak hati. Iman bingkas bangun menuju ke dapur
walaupun pinggulnya masih terasa sengal.
“Eh..Eh..Awak
dah boleh berjalan ye?” Mifzal bertanya sejurus melihat Iman bangun berjalan
walaupun tawanya masih bersisa. Iman berpaling memandang Mifzal.
“Saya memang
dah boleh berjalan sejak berumur setahun lagi..huh..” Bersahaja Iman menjawab
pertanyaan Mifzal. Hilang tawa Mifzal mendengar jawapan Iman. Oh, nak mainkan
aku pulak ye?
Senyuman sinis
terukir di bibir Iman. Suka dia dapat kenakan Mifzal semula. Tu la..Kenakan
orang lagi.
“Bos, jangan la
nak termenung dah. Jom breakfast dulu. Nanti nak pergi ladang dah.” Suara Iman
memecahkan lamunan Mifzal. Apa la yang difikirkan oleh anak jejaka tu tadi.
Agaknya tengah plan nak kenakan aku lagi agaknya.
Mifzal hanya
mendiamkan diri. Segera dia membuntuti Iman ke meja makan. Dia mengambil tempat
di hadapan Iman.
“Em, bos.. Sara
kat mana ye? Tadi saya cari dia tak ada pun.”
“Oh, Sara pergi
rumah kawan dia. Katanya family kawan dia tu nak pergi jalan-jalan. Dia nak
ikut jugak.” Mifzal menjawab.
“Yeke. Bos tak risau
Sara keluar dengan orang lain?”
“Kalau dengan
family Encik Hamzah tu, saya tak risau. Kami memang dah kenal lama. Sara pun
memang rapat dengan family tu.” Mifzal menerangkan kepada Iman.
“Jadi kita je
ke yang pergi ke ladang pagi ni?” Iman menyoal lagi.
“Habis tu awak nak
saya bawak Mak Tia dengan Pak Mail sekali ke?” Mifzal menyoal kembali. Sempat
Mifzal mengerling ke arah Iman sebelum menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.
Iman menjuih
bibirnya. Boleh lagi nak perli orang tu. Bukannya apa, Iman sebenarnya berasa
kurang selesa bila mereka hanya berdua. Mifzal kadang-kadang berperangai pelik
membuatkan Iman merasa tidak selesa dan takut, mungkin.
“Awak ni
kenapa? Sebelum ni saya sms, awak bukan nak reply. Kalau saya call, punya la
susah nak angkat. Awak ni ada masalah apa sebenarnya?”
“Awak tak kan
faham!”
“Saya tak akan
faham kalau awak tak beritahu saya. Awak senyap macam ni, macam langsung tak
pernah wujud sebelum ni.” Iman menarik nafas dalam-dalam. Dia memang tak suka
situasi seperti ini. Bergaduh dengan insan yang dia sayang. Sungguh
menyakitkan.
“See! Sekarang
awak nak kata yang saya ni tak wujud dalam hidup awak? So macam mana saya nak
meluahkan masalah saya pada awak?!”
Suasana tegang.
Daiyan seperti tidak mahu mengalah untuk terus merahsiakan perkara yang
dihadapinya kini.
“Saya tak kata
awak tak wujud dalam hidup saya. Tapi awak yang buat saya macam tak wujud dalam
hidup awak! Sebelum ni awak kata saya orang yang penting dalam hidup awak. Now,
awak buat saya seperti seorang yang useless!!”
Air mata yang
mengalir diseka. Iman tak boleh terus mengalirkan air mata ketika ini. Jika
tidak, pasti dia tak mampu untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya
selama ini.
“Sudah lah!
Biarkan aku sendiri! Semua orang tak pernah nak faham aku! Semua buat aku macam
tak ada perasaan!”
“Aku?? Awak cakap 'aku' dengan saya? What wrong with you, Daiyan?!! I dont know what happen to you.
Awak senyap selama ni. Tiba-tiba hari ni awak cakap nak putus dengan saya. Awak yang hilang selama ni. Bukan saya yang tak care about you!!"
Senyap. Iman benar-benar hilang sabar. Nafasnya kencang. Daiyan
langsung tidak membalas kata apa-apa. Sungguh dia begitu tertekan kini.
Tertekan dengan tekanan yang dicipta oleh keluarganya sendiri.
"Daiyan!! Kenapa awak senyap? Dah tak reti nak bercakap? Tadi boleh plak!"
Daiyan hanya membisu sembunyikan sendunya. Sungguh Iman, kau tak tahu apa yang aku tanggung sekarang.
Keadaan yang sunyi itu membuatkan perasaan bersalah menyerbu dalam diri Iman. Mungkin benar Daiyan sedang menghadapi masalah yang besar. Sebolehnya dia mahu segalanya kembali kepada asal seperti dulu-dulu.
“Daiyan. Saya
minta maaf. Saya tahu awak mungkin sedang ada masalah besar dan memerlukan masa
untuk bersendirian. Tapi ingatlah, saya sentiasa fikirkan awak. Saya ada bila
awak perlukan saya.”
“Saya penat.
Penat sangat. Saya nak rehat.” kata Daiyan, lemah. Sayu Iman mendengar suara
Daiyan ketika itu. Jika boleh dia ingin pergi kepada Daiyan sekarang. Mungkin
Daiyan memerlukan dirinya ketika itu namun berat untuk diluahkan.
“Rehat la.”
Maafkan aku,
Iman. Aku tak mampu nak meluahkan apa yang terpendam sarat dalam hati aku
sekarang. Sungguh, memang aku perlukan kau tapi keadaan yang memaksa aku untuk
terus mengunci ketat perkara yang berlaku. Namun aku pasti, lambat laun kau
akan tahu juga nanti. Aku hanya mampu menyeka air mata tatkala ia menitis lagi.
Kenapa kau tak
sedar yang aku sentiasa menantikan kau? Aku dah macam orang gila yang fikirkan
kau. Dulu kau tak pernah macam ni. Bila kau ada masalah, aku yang kau cari.
Kini, aku seperti tiada maknanya lagi bagi diri kau. Tapi percayalah, aku tetap
bersama kau. Carilah aku bila kau memerlukan aku..Air mata, janganlah kau
menitis lagi..