" Abang
ni balik je kerja,tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca
suratkhabar,menghadap TV,itu jelah yang awak tahu. Kita kan sama-sama bekerja
bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi
sendiri,bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya
ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot..
pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat
masing-masing.
Kalaulah Ina tahu,betapa besar hukuman serta
dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi
perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala
yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah
mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri
meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah
menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan,tanpa sedikitpun merasa
bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan,apabila ada
dikalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan
terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak
baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi
lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran,terutamanya hadis Nabi yang
membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami,selagi tidak diminta
melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Jika
sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang
lain,nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis
tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan
demi kebaikan sesebuah institusi keluarga,sesuai kedudukannya sebagai pemimpin
rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi
Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan
penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk
ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis
tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat
anda menangis? "
Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku
diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di
neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat
seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang
digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam
tenggoraknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah
mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang
kemas,perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend
semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila
membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan
barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak
boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa
mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya,isteri patut bersyukur kerana
berpeluang meraih keredhaan Allah s.w.t
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya
Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada
suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang
miskin,manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada,yang suka
mengungkit-ungkit mengenai hartanya,apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada
suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi
bagi isteri yang bekerja,namun percayalah,ia bukan sahaja akan menjadi perkara
biasa tetapi juga ringan dan lancar,jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan
juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda
kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin
hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu.
Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan
perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan
permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita
itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin
seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan
menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda,bukan
kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan
oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang
perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya,baginda telah mengunjungi
rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan
Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini,sedangkan ia lebih
baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran
tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan
kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah,Alhamdulillah dan
Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu,wirid yang diajarkan oleh Rasulullah
telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya,Fatimah mendapati dia tidak
lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja - kerja sehariannya
yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya,segala tugasan yang disempurnakannya
sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.Dengan taufik
Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di
rumah,tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah
sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami,kita sama-sama maklum, dalam
zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,kita
tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua
suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari
rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab
suami.Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si
isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s.a.w telah berpesan supaya para suami
berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian,janganlah
pula menyusahkan mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:
"Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik
dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli
keluargaku. "
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah
berumah-tangga,marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan
beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita
semua...insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA
SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat
seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan
TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu
isteri semata-mata mestilah dihentikan,demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke
suatu BUDAYA IBADAT.
Beringat-ingatlah...
Firman Allah SWT:
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab
itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara
diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah
memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan
nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka
di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar".
( An Nisaa' : 34 )
*Nak jadi isteri yang solehah..InsyaAllah, permudahkanlah segala urusanku..