"Assalamualaikum, opah.." Eqa melangkah masuk ke dalam rumah Mak Wan. Sunyi. Eqa terus ke bilik Mak Wan. Mungkin Mak Wan tidur agaknya, sebab itu salamnya tidak berjawab. Tirai pintu diselak. Bau minyak cap kapak kuat menusuk ke hidungnya. Eqa menuju ke dapur pula setelah melihat Mak Wan tiada di dalam bilik. Kedengaran bunyi batuk di dapur. Sah! Memang Mak Wan kat dapur.
"Opah, kan Eqa dah kata tak payah nak masak-masak. Eqa ada bawa makanan untuk opah dah. Mak yang masakkan tadi."
Eqa menegur Mak Wan yang sedang menggoreng sesuatu di dapur. Bekalan yang dibawanya diletakkan di atas meja, lantas terus Eqa membantu Mak Wan di dapur.
"Opah teringin nak makan ikan pekasam ni. Itu opah bangun nak goreng ikan ni." Mak Wan sudah duduk di kerusi. Terasa mengah walaupun berdiri tidak lama.
Eqa menggelengkan kepalanya. Geram dengan Mak Wan yang susah nak duduk diam berehat. Ada je perkara yang nak dibuatnya. Bukannya Eqa tak tahu pagi tadi elok je Mak Wan bercucuk tanam di belakang rumah tu. Bila ditanya buat apa, buang sampah katanya. Opah..Opah..Eqa ni bukan budak-budak la..
Eqa tidak kekok membuat kerja-kerja di dapur. Dia sudah biasa bermain dengan sudip dan kuali di dapur walaupun dirinya adalah seorang lelaki. Selalu dia membantu ibunya memasak di dapur.
Eqa tidak kekok membuat kerja-kerja di dapur. Dia sudah biasa bermain dengan sudip dan kuali di dapur walaupun dirinya adalah seorang lelaki. Selalu dia membantu ibunya memasak di dapur.
"Eqa pun boleh tolong gorengkan la, opah. Nape tak tunggu Eqa datang je.."
Mak Wan melepaskan keluhannya..
"Ikan pekasam tu Iman yang buatkan masa dia balik hari tu."
Eqa terdiam apabila nama Iman disebut. Dia berpaling sekilas memandang
Mak Wan di belakangnya. Wajah Mak Wan semakin cengkung. Kelihatan riak sedih di wajah itu.
"Opah rindu Iman.. Rindu sangat.."
Tersentuh hati Eqa apabila ayat itu yang meniti di bibir orang tua itu. Entah kenapa hatinya berasa sebak. Mungkin kerana kasihan dengan keadaan Mak Wan sekarang. Mungkin jugak hati dia juga sedang merindui Iman. Cepat-cepat dia cuba mengawal emosinya. Tak mahu
Mak Wan menyedari apa yang dia turut rasakan.
Ikan pekasam yang sudah siap di goreng segera di angkat dan diletakkan di atas pinggan.
"Dah siap goreng ni, opah. Eqa hidangkan nasi terus ye?"
Mak Wan hanya mengangguk. Eqa sengaja tak mahu memanjangkan apa yang
Mak Wan perkatakan tadi. Tak mahu terus membuai perasaan
Mak Wan yang sedang merindui cucunya.
"Sedap kalau makan ikan pekasam ni dengan nasi panas. Cepat la makan, opah. Sejuk nasi tu nanti, tak sedap dah." Pujuk Eqa. Nasi disendukkan ke pinggan Mak Wan. Tangan Eqa laju menyenduk nasi dan lauk ke pinggannya pula.
Perbuatan Eqa terhenti apabila melihat Mak Wan masih tidak menyentuh dan menjamah makanan tersebut. Emm..
Mak Wan ni pun satu, orang nak beritahu Iman, dia yang melarang. Pastu mula la asyik sebut rindu..rindu.. Ni kalau Iman tahu, confirm Iman dah balik kampung. Getus hati Eqa. Geram melihat
Mak Wan yang agak tinggi tahap kedegilannya.
"Nanti Eqa beritahu Iman yang opah sekarang tak sihat, suruh dia balik kampung cepat-cepat ye.." Eqa cuba mengumpan
Mak Wan dengan kata-katanya. Sengaja dia menekan suaranya sedikit apabila menyebut nama Iman.
Pantas tangan Mak Wan memegang tangan Eqa. Eqa yang terkejut terus memandang Mak Wan. Tajam pandangan
Mak Wan. Mak Wan menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak setuju dengan cadangan Eqa untuk memberitahu Iman tentang keadaannya.
"Haa..Opah tahu pun tak nak Iman tahu. Tapi opah buat macam ni, tak nak makan, asyik murung je. Kalau opah terus macam ni, Eqa beritahu terus je la kat Iman." Selamba dia berkata seakan-akan mengugut Mak Wan. Nasi di tangan terus disuapkan ke mulutnya.
Sengaja dia tidak memandang Mak Wan yang kelihatan gelisah. Dia tahu Mak Wan tak akan dapat bertahan lama dengan kedegilannya andai nama Iman yang menjadi sebutan. Perlahan-lahan tangan Mak Wan melurut jatuh daripada terus memegang pergelangan tangan Eqa. Eqa hanya mengerling dengan hujung anak matanya.

"Iye la. Opah makan la ni.." Laju jari
Mak Wan mengambil lauk dan ikan pekasam di hadapannya.
Mak Wan sedikit muncung. Merajuk agaknya. Kecil hati kerana Eqa seakan-akan memarahi dirinya.
Senyuman terukir di bibir Eqa. Kelakar melihat perangai
Mak Wan yang kadangkalanya manja seperti keanak-anakkan. Sesekali dia patut buat macam tu. Maaf, opah.. Eqa bukan sengaja suka-suka nak buat macam tu. Eqa tak nak opah terus sakit macam ni. Iman pasti masih perlukan opah di sisinya..
Selepas makan, Mak Wan berehat di ruang tamu. Tak lama kemudian Eqa muncul dari pintu dapur menghampiri Mak Wan di ruang tamu. Segelas air masak dihulurkan kepada Mak Wan. Masa untuk makan ubat. Eqa benar-benar teliti dengan jadual waktu makan ubat Mak Wan. Setiap masa dipatuhi supaya Mak Wan cepat sembuh.
Selesai makan ubat, Eqa meletak gelas yang sudah kosong itu di atas meja. Kalau dibiarkan saja di atas lantai, risau tersepak pula nanti.
"Eqa.. Mari duduk dekat dengan opah." ajak
Mak Wan yang sejak daripada tadi hanya mendiamkan diri.
Eqa melemparkan senyuman kepada
Mak Wan. Permintaan
Mak Wan dituruti. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah
Mak Wan. Disandarkan badannya di dinding kayu rumah itu.
"Opah ada hal penting nak cakap dekat Eqa."
Mak Wan meraup mukanya beberapa kali. Sesekali kedengaran keluhan yang berat. Seperti ada sesuatu perkara yang sangat penting. Mak Wan berkira-kira untuk memberitahu dirinya.
"Apa dia, opah. Cakap la. Eqa dengar ni." Mata Eqa tepat memandang anak mata
Mak Wan. Dikemaskan cara duduknya untuk lebih selesa.
"Tapi Eqa mesti janji jangan beritahu sesiapa termasuk Iman, boleh?
Jari telunjuk
Mak Wan digerak-gerakkan di hadapan Eqa. Hati Eqa pelik dengan perilaku Mak Wan ketika itu. Perkara apa yang perlu dirahsiakan, sehinggakan Iman juga tidak boleh tahu rahsia itu? Pasti hal yang sangat penting, getus hati Eqa. Eqa hanya mengangguk sebagai tanda berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan semua orang memandangkan Mak Wan masih merenung tajam ke arahnya.
"Rahsia ni dah lama opah simpan, lebih 20 tahun. Sekarang opah rasa dah tak mampu. Opah takut sangat kalau tiba-tiba ajal menjemput tanpa sempat opah jelaskan semuanya kepada Iman. Opah dah tak lama ni."
"Ish..Opah jangan la cakap macam ni. Iman perlukan opah, opah kena jaga kesihatan baik-baik." Eqa paling tidak suka apabila Mak Wan bercakap hal seperti itu.
"Ish..Opah jangan la cakap macam ni. Iman perlukan opah, opah kena jaga kesihatan baik-baik." Eqa paling tidak suka apabila Mak Wan bercakap hal seperti itu.
Kini Eqa sudah duduk mengadap Mak Wan. Eqa berminat untuk mendengar apabila Mak Wan menyebut tentang sesuatu rahsia dan ianya berkait dengan teman baiknya iaitu Iman. Mak Wan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu hal yang sebenar.
"Emm.. Ibu kandung Iman masih hidup."
Terjegil mata Eqa apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Mak Wan. Mulut Eqa melopong. Sungguh dia sangat terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Mak kandung Iman masih hidup? Bukankah mak Iman sudah lama meninggal dunia? Sejak Iman masih kecil lagi dia sudah tiada ibu bapa disamping dirinya. Hanya
Mak Wan yang teguh bersamanya.
"Mak Iman masih hidup, opah? Sebelum ni kan semua orang tahu mak kandung Iman dah meninggal. Opah sendiri yang cakap macam tu dulu. Ni macam mana boleh ada pulak ni?"
Mak Wan menggeleng laju sambil menundukkan kepalanya. Matanya dipejam kuat-kuat. Perasaan bersalah menyerbu dalam dirinya. Mata
Mak Wan berkaca.
"Ibu Iman masih hidup, Eqa. Dia hidup lagi. Ibu Iman terpaksa hidup berjauhan dengan Iman semata-mata untuk selamatkan Iman dulu. Lepas Iman lahir, ibu dia terus pergi jauh supaya orang lain tak dapat cari Iman masa tu."
"Siapa yang cari Iman ni, opah? Orang jahat ke orang baik ni? Diorang nak buat apa dekat Iman kalau diorang dapat cari Iman?" soal Eqa bertalu-talu. Hatinya mula berdebar. Adakah Iman kini berada dalam keadaan bahaya?
"Kalau orang baik, ibu dia tak akan buat macam ni. Mereka bunuh ayah Iman, mereka nak bunuh ibu Iman, mereka nak bunuh anak dalam kandungan tu. Sebab tu lepas Iman lahir, ibu dia terus pergi jauh supaya mereka tak jumpa jejak Iman dan ibu dia lagi."
Istighfar panjang bila mendengar cerita itu daripada mulut
Mak Wan sendiri. Eqa mengurut dadanya. Terkejut mendengar kisah keluarga Iman yang agak tragis.
"Siapa orang yang cari Iman tu? Opah tahu?"
"Tak tahu. Ibu Iman pun cakap dia tak kenal. Ayah Iman ada pesan dekat ibu Iman supaya sentiasa berhati-hati sebab ada musuh yang cuba nak hancurkan keluarganya masa tu."
"Diorang tak tahu pulak nak cari Iman dekat kampung ni? Kalau diorang tahu opah ni mak kepada mak Iman, mesti diorang datang cari Iman dekat sini." Eqa mencelah kata-kata Mak Wan.
"Mereka tak tahu sebab opah bukan nenek kandung Iman. Opah cuma mak angkat kepada ayah kandung Iman."
Terjegil mata Eqa sekali lagi dek kerana terkejut mendengar apa yang baru diberitahu oleh Mak Wan sebentar tadi. Jantung Eqa berdegup kencang. Siapa Iman sebenarnya? Kenapa keluarga Iman diburu orang?
"Masa ibu Iman datang ke rumah ni, dia dah sarat sangat dah nak bersalin. Opah yang sambut kelahiran Iman dulu. Sebulan lepas tu ibu Iman keluar rumah dengan meninggalkan sepucuk surat. Dia pergi bawa diri jauh daripada sini. Meninggalkan amanah yang sangat berharga iaitu menjaga Iman sehingga dia besar."
"Iman langsung tak tahu tentang hal ni?"
Soalan Eqa dijawab dengan gelengan kepala Mak Wan. Masing-masing termenung memandang ke lantai. Terasa sedikit ringan apabila dapat meluahkan segala rahsia kepada Eqa. Eqa masih termenung. Jantungnya berdegup kuat. Berdebar dan terkejut menjadi satu. Sekarang macam mana keadaan Iman di sana. Adakah dia baik-baik saja?
"Opah.. Opah memang tak nak beriitahu Iman ke perkara ni?" Tiba-tiba Eqa bersuara. Keningnya sedikit berkerut sambil memandang Mak Wan di sebelahnya.
"Iman akan tahu juga nanti, bila cukup 21 tahun umur dia."
Kening Eqa semakin berkerut. Seperti sebuah permainan, detik hati Eqa. Kenapa perlu tunggu umur 21 tahun? Sekarang tak boleh beritahu ke? Mungkin nyawa Iman sekarang dalam bahaya, mana la tahu kan.. Itu yang bermain di dalam fikiran Eqa sekarang.
Lutut Eqa dipegang Mak Wan. Eqa tersentak daripada lamunannya. Terus Eqa menoleh mengadap Mak Wan di sebelahnya.
"Eqa jangan la risau. Iman selamat sekarang. Eqa kena berjanji yang Eqa tak akan bocorkan rahsia ni selagi belum tiba masanya. Opah beritahu Eqa awal-awal sebab opah risau tiba-tiba ajal menjemput tanpa sempat opah beritahu Iman. Kalau opah tak sempat, Eqa tolong beritahu Iman ye?" Dari jerih air muka itu Eqa tahu Mak Wan benar-benar mengharapkan bantuan daripadanya.
Lama Eqa memandang Mak Wan. Adakah dia mampu mengambil alih tugas Mak Wan sekiranya mak Wan sudah tiada?
Mak Wan masih memandang Eqa tanpa berkelip matanya. Hati tuanya begitu yakin bahawa anak muda itu mampu menyimpan rahsia itu dan akan bertanggungjawab ke atas rahsia tersebut.
Akhirnya Eqa mengangguk beserta dengan senyuman terukir di bibirnya. Mak Wan juga tersenyum. Begitu lega hatinya kini. Bahu Eqa ditepuk-tepuk lembut oleh Mak Wan.
"Opah percayakan Eqa. Opah percaya Eqa mampu pertahankan Iman."
Lutut Eqa di pegang kejap. Eqa dapat merasakan segala kepercayaan telah diberikan kepadanya. Opah jangan risau, Eqa akan simpan rahsia ni baik-baik. Eqa akan jaga Iman seperti Eqa jaga diri Eqa sendiri..Kerana Eqa sayang Iman sangat-sangat.
Mata mereka bertentangan menceritakan segala kata-kata hati. Mak Wan tersenyum. Dia yakin Eqa pasti akan tetap bersama dengan Iman walau apa pun yang berlaku.

4 comments:
Bile nk smbung lagi cerita niw...excited niw nk bace mesty bezshh...
Oh..sy ingat xde sape yg ikuti cite ni..hehe..xpe la..nt sy update episod yang baru ye.. Nantikan ye.. :-)
Okeh2 sya tggu ye...update cepat eahhh...hehehe...
Ok.. Like page sy tu..nt sy update kat page tu bila dah publish episod baru ye.. Huhu..
Post a Comment