Leka Iman
melihat bunga-bunga yang ada di situ. Disentuh bunga mawar berwarna merah jampu
di tepi kanannya. Halusnya kelopak bunga ni, desis hati Iman. Didekatkan
hidungnya ke bunga tersebut. Wangi. Sesekali Iman tersenyum membayangkan Daiyan
yang menghadiahkannya bunga tersebut. Senyuman itu tiba-tiba mati apabila
teringatkan kejadian semalam. Ahh! sudah lah!!
Langkah diatur
ke bahagian bunga yang lain. Sesekali Iman memandang ke arah majikannya yang
sedang berbincang dengan pekerjanya. Bukan Iman sengaja tidak mahu sertai
perbincangan tersebut, namun Mifzal sendiri yang mengizinkannya pergi
bersiar-siar di kawasan ladang tersebut. So, bukan aku yang malas ok..
Mata tidak puas
memandang kawasan ladang yang dipenuhi dengan tumbuhan bunga yang segar. Cuaca
yang sejuk walaupun matahari kini tegak meninggi di atas kepala, Iman
menggosok-gosok lengannya. Berharap dapat menghangatkan sedikit tubuhnya yang
kesejukan.
Sedang asyik
mata leka memandang sekeliling, Iman terpandang sebuah kolam di hujung ladang.
Pantas kakinya melangkah ke arah kolam tersebut. Begitu teruja Iman untuk
melihatnya. Terdapat beberapa ekor ikan Koi di dalamnya. Iman melabuhkan
punggungnya di tepi kolam itu. Diacah-acah ikan itu. Seronok dia melihat ikan
itu yang berenang dengan laju. Ekor yang dilenggok-lenggokkan membuat Iman
ketawa sendirian. Mungkin lucu bagi Iman.
Leka bermain
dengan ikan, Iman tidak sedar bahawa sudah hampir setengah jam dia di situ.
Tersedar dari itu, lantas cepat Iman bangun berdiri. Risau sekiranya Mifzal mencarinya
tidak berjumpa. Cepat-cepat Iman beredar menuju ke tempat perbincangan itu
tadi. Namun mereka sudah tiada di situ. Iman memandang sekeliling, berharap
dapat melihat kelibat Mifzal di situ, namun tiada.
Iman segera
berlari ke pejabat. Mungkin mereka di situ. Tiada. Iman gelisah. Ke mana la
pulak lelaki ni pergi? Ish.. Jangan la tinggal aku sensorang dekat sini.
Seorang pekerja
ladang berjalan melintasi Iman. Segera tangan Iman menahan pekerja tersebut.
“Encik.. Tahu
tak Encik Mifzal dekat mana sekarang? Tadi dia ada dekat tepi tu je..” Iman
menunjuk tempat yang dimaksudkan dengan jari telunjuknya.
“Oh.. Saya
nampak Tuan masuk dalam pejabat ni tadi. Lepas tu dia pergi ke tempat letak
kereta. Lepas tu tak tahu la saya dia pergi mana.” Jawab pekerja itu sambil
menjungkitkan bahunya.
“Pergi dekat parking? Alamak!.. Eh, tak pe la kalau
macam tu. Terima kasih ye, Encik.”
Selepas
mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu, Iman terus menuju ke tempat letak
kereta. Hatinya berdebar-debar.
Kini dia
berdiri di tempat Mifzal meletakkan keretanya tadi. Tapi kereta tersebut sudah
tiada dan kini sebuah lori besar di hadapannya. Iman menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Mana pulak dia ni? Kalau ye pun nak pergi mana-mana, ajak la aku
ni sekali. Ishh..
Iman berkeliaran
di kawasan parking. Panas terik
matahari terasa seperti membakar kulitnya. Baru sekarang dia terasa panasnya.
Ditambah dengan jantungnya yang berdegup kencang, peluh mula membasahi dahinya.
Peluh dikesat. Iman masih berjalan di tepi deretan kereta yang ada di situ.
Matanya liar mencari kereta milik Mifzal. Fikirannya ligat berfikir ke mana
pergi majikannya. Iman merengus. Sangat tidak puas hati apabila Mifzal sanggup
meninggalkannya di situ.
Mifzal memang
patut dihubungi sekarang. Kocek seluar diraba-raba untuk mencari telefon
bimbitnya. Eh, tak ada!
Alamak, aku
tertinggal kat dalam beg aku. Beg pulak ada kat dalam pejabat, detik hati Iman.
Segera dia berpatah balik masuk ke dalam ladang. Sebaik sahaja kaki Iman
memijak di atas anak tangga yang pertama, dia melihat Mifzal di hadapan pintu
gerbang ladangnya. Asyik mundar mandir kiri ke kanan.
Iman tanpa
berlengah lagi terus mendaki anak tangga menuju ke arah Mifzal. Angin dah
berombak kencang dalam dirinya. Lupa kepada telefon bimbitnya yang ingin
diambil. Mifzal!!
Mendengar
derapan kasut, segera Mifzal berpaling ke belakang. Iman? Ya, Iman di situ,
yang datang seperti lembu ingin menanduk musuhnya. Mifzal menjegilkan matanya.
Puas dia mencari Iman di kawasan ladang tidak berjumpa. Rupanya di sini.
“Bos!! Bos
pergi mana tadi?!! Tinggal say...” belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya,
Mifzal mencelah.
“Awak
pergi mana, hah?!! Puas saya cari awak tak jumpa. Nak pergi mana-mana bagi tahu
la. Berkeliaran dekat luar ni bahaya, awak tahu tak?!! Orang yang tak kenal
tarik awak masuk kereta nanti,culik awak baru tahu!!” Mifzal melepaskan
amarahnya. Muka jejaka itu kemerahan menahan marah.
Iman
terkedu. Terkejut apabila Mifzal memarahi dirinya sebegitu rupa. Sebelum ini
dia belum pernah melihat Mifzal marah dengan begitu teruk. Teragak-agak Iman
nak menjawab soalan Mifzal.
“Bos..
Saya cari bos tadi.. Saya..”
“Awak ni
suka buat sesuatu ikut angin awak je!”
Iman
menundukkan kepalanya. Berdiri tegak kaku di hadapan Mifzal. Angin kencangnya
yang tadi hilang di tiup angin monsun barat daya Mifzal. Matanya terasa panas.
Mata itu mula bergenang dengan air mata. Ahh..Jangan nangis la Iman.. Jangan..
“Hah!! Nak
menangis? Menangis la, menangis! Perangai macam budak-budak!!”
Mifzal
terus duduk di atas kerusi kayu yang ada di situ. Rambutnya yang sedikit
menutupi wajahnya diraup ke belakang. Mifzal menyandar tubuhnya. Mata dipejam.
Cuba mengawal perasaan marahnya.
Iman
menangis. Bukanlah menangis kerana dirinya yang lemah tetapi dia berasa sangat
penat. Penat menahan perasan berdebarnya yang tadi, yang disangka telah
ditinggalkan. Penat menahan marahnya terhadap majikannya namun tidak dapat
diluahkan. Alih-alih dirinya pula di maki hamun sebegitu rupa. Aku tahu aku
cuma kuli di sini..
Tangisan
Iman teresak-esak. Iman melangkah menuruni tangga. Tidak dipandang langsung
Mifzal yang ada di situ. Punggung dilabuhkan di atas kerusi batu di luar
ladang. Terbayang wajah opah, Aish, Eqa dan Daiyan silih berganti. Mereka tidak
pernah memarahi dirinya seteruk itu. Tidak..! Tidak..! Daiyan tidak termasuk.
Daiyan dan Mifzal sama saja. Marah tanpa fikirkan perasaan orang.
Tapi
mengapa perlu disamakan antara mereka berdua? Daiyan adalah teman istimewanya.
Mifzal pula adalah majikan yang menggaji dirinya.
Air mata
yang mengalir dikesat. Tidak sederas tadi lagi. Dagunya diletakkan di atas meja
batu tersebut. Pandangannya lurus ke hadapan.
Tiba-tiba
ada seseorang yang duduk di sebelahnya. Pantas Iman menoleh. Huh. Mifzal.
Pantas Iman memandang ke depan semula. Kenapa nak duduk sini pulak? Duduk je la
kat atas sana tu. Aku tak ganggu pun kan? getus hati Iman.
Pandangannya
tumpah pada anak gadis itu. Iman langsung tidak menghiraukan kehadirannya di
situ. Emm..Merajuk la tuh. Memang macam budak-budak betul la dia nih. Geram aku
tengok. Rasa nak cubit-cubit je sebab degil. Monolog Mifzal di dalam hati.
Iman
mengerling melihat Mifzal dari hujung anak matanya. Masih di sebelahnya.
Ish..Tak suka la. Tak payah la sibuk-sibuk nak duduk sini jugak. Tadi punya la
nak marah sangat kan? Kepala angin!! Hati Iman memberontak.
Ish, budak
ni memang merajuk sungguh ni. Susah jugak ada pekerja macam budak-budak ni. Nak
kena pujuk pulak dah. Kerja lain pulak yang tertangguh, desis Mifzal lagi.
“Emm,
Iman..” panggil Mifzal lembut.
Iman
mengerling tajam tanpa mengangkat mukanya. Dagunya masih di atas meja.
“Emm..”
Iman membalas panggilan Mifzal.
“Pandang
la booossss awak ni.” Sengaja Mifzal menekan suaranya apabila menyebut
perkataan BOS itu.
Iman
menoleh namun kepalanya masih di atas meja. Kini pipi kirinya pula melekat di
atas meja. Iman memandang Mifzal dengan wajah selamba seperti tidak ada apa-apa
yang berlaku.
Mifzal
menggeleng-geleng kepalanya melihat kerenah Iman. Aku ni ambil pekerja umur 20
tahun ke umur 2 tahun? Adui.. Sakit jiwa pulak aku jap lagi.
“Saya
bukan sengaja nak tengking-tengking awak tadi. Saya cari awak tapi awak takde.
Merata-rata saya cari tau tak. Saya risau sangat kalau awak hilang ke kena ape
ke.” Mifzal menjelaskan situasinya.
Iman
memandang Mifzal tanpa berkelip dengan wajah selambanya.
“Saya call
awak pun tak berangkat. Mana la saya tak risau tadi. Tu yang bila saya nampak
awak je, terus saya nak naik angin. Jantung saya ni rasa nak terkeluar dah
sebab risaukan awak, tahu tak?”
Mifzal
melihat Iman yang langsung tiada reaksi. Semakin sakit hati pulak dia rasa.
Dengan mata Iman yang sengaja dibuat terkebil-kebil membuatkan dia rasa semakin
geram dengan gadis tersebut. Spontan tangan Mifzal menampar bahu Iman. Geram.
“Pap!”
Spontan
Iman berteriak akibat ditampar Mifzal.
“Adoi la..
Sakit la bos..”
Berkerut-kerut
wajah Iman menahan sakit sambil menggosok-gosok bahunya.
“Degil!
Saya cakap, awak buat tak tahu je.” Mifzal menarik muka. Dia menoleh ke arah
lain. Merajuk la konon.
Imam
tersengih. Ish..Tua-tua pun nak merajuk. Tak padan betul!
“Bos
merajuk ye?” Mifzal senyap. Iman tersengih lagi.
“Oh..Bos
merajuk pulak ye.. Kejap yeee..” Iman mengambil sebatang ranting kayu yang ada
di situ lalu diacah-acahkan ke pinggang majikannya.
“Merajuk
la..Merajuk la..Lalalala..”
Mifzal
menepis-nepis kayu tersebut. Iman masih galak menyucuk-nyucuk Mifzal sambil
ketawa.
“Isshhhh,
awak ni!”
Laju
Mifzal terus merentap pergelangan tangan Iman. Iman terkejut. Hilang gelak
tawanya, kini berubah masam. Berani pegang aku ye? Wajah Mifzal dipandang. Mata
mereka bertemu. Toing..toing..toing..Perlahan-lahan Iman kembali menguntumkan
senyumannya.
“Bos.
Lepaskan tangan saya. Lalalala.. Lepaskan tangan saya.. lalalala..” Iman
meminta Mifzal melepaskan tangannya sambil menyanyi-nyanyi.
“Eh, awak
ni gila ke ape nih?” Terus Mifzal melepaskan tangan Iman. Terkejut,
terperanjat, terpana, terkedu, tergaman dan semua yang ‘ter’ la. Cuma tak
terkentut je. Kenapa budak ni tiba-tiba jadi macam ni? Mifzal sudah bangun dari
tempat duduknya. Menjauhi Iman.
Iman sudah
berhenti menyanyi selepas Mifzal melepaskan tangannya. Keras perut Iman menahan
ketawa. Lucu melihat Mifzal yang sangat terkejut. Jelas kelihatan di wajahnya.
Sengaja Iman mengecilkan matanya sambil melangkah mendekati Mifzal.
“Nak
sentuh saya lagi? Nak sentuh lagi? Nak? Nak? Nak? Huh?” Iman soal bertalu-talu.
Mifzal mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah.
“Ok..Ok..Saya
tak sentuh dah..Ok?”
Iman
tersengih lagi..
“Ok.....”
Iman terus memusingkan badannya membelakangi Mifzal sambil ketawa kecil..Rasakan!
Iman
berpaling semula memandang Mifzal. Kesian. Berdiri kaku tak berganjak langsung.
Penuh tanda tanya di wajah Mifzal. Iman ketawa.
“Udah-udah
la tu, bos. Tak payah nak tercengang sangat la. Ingat saya gila ke? Saya tak
gila la. Tersangat waras ni.” Iman menunjal-nunjal kepalanya.
Iman cuba
menyedarkan Mifzal yang kelihatan ‘blur’
itu. Alahai macam kena shock plak bos
aku ni.
“Saya tak
gila la, bos. Bos suka hati je pegang saya, saya pun buat la macam tu nak
takut-takutkan bos. Baru la bos lepaskan saya. Yang pasal tadi tu, saya duduk
kat kolam ikan sana tu je. Bila saya cari bos, bos tak ada. Saya tanya orang,
diorang kata bos pergi naik kereta. Saya pun pergi la cari bos kat parking pulak. Alih-alih kereta bos dah
membesar jadi lori balak. Terkezut la saya ingatkan bos dah tinggalkan saya.
Baru ingat nak call boss, handphone pulak kat dalam beg, kat pejabat sana tu
haa..Baru la saya berpatah datang sini balik..Haaa..Begitu la cerita saya.
Bukan salah saya..”
Panjang
lebar Iman menerangkan keadaannya pula. Mifzal hanya mendengar.
“Tak apa
la. Sekarang pun saya dah jumpa awak, sihat walafiat lagi. Tak perlu la nak
masam-masam muka dah ye.” Mifzal bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Oh..Tak
bisu lagi bos aku..” Iman berkata perlahan. Cepat-cepat Iman menguntumkan
senyuman yang paling manis kepada majikannya. Harap-harap dia tak
dengar..Huhu..
Lama
Mifzal memandang Iman. Manisnya senyuman. Tak pernah lagi dia tersenyum macam
ni kat aku. Hati Mifzal berbunga. Dah ok la kot budak ni, detik hati Mifzal.
“Ok la.
Awak tunggu kat sini kejap. Saya nak settle sikit lagi hal kat atas tu.”
“Eh,
bos..Beg saya ada kat atas. Kat pejabat. Saya ikut bos naik atas jugak la ye.”
pinta Iman.
“Yeke? Tak
apa la. Nanti saya ambilkan beg tu untuk awak. Awak duduk je la kat sini. Jangan
pergi mana-mana tau. Ada orang yang tak kenal kacau awak, terus je jerit
kuat-kuat minta tolong tau..” pesan Mifzal.
“Ramai je
pekerja yang lalu lalang kat sini. Tak adanya orang nak..”
Mifzal dah
menjegilkan matanya. Iman terpaksa mengalah..
“Emm..Iye
la Tuan...” Mifzal tersenyum lalu terus berlalu naik ke atas.
Iman
melepaskan keluhan. Macam-macam la bos aku ni.. Mengada-ngada jugak. Hari tu
beria katanya datang sini nak aku tolong dia buat kerja tapi tengoklah
sekarang, tak ada kerja pun yang aku buat lagi..Buang air mata banyak la..Huh
Tidak lama
kemudian, Mifzal kembali dengan menggalas begnya.
“Ishh..Tak
malu ke bos galas beg perempuan..?” Selamba Iman menegur lalu mengambil begnya
daripada Mifzal. Mifzal hanya tersenyum.
“Ni kat
mana kereta bos? Tak kan betul-betul dah berubah jadi lori kot?” Iman memerli.
“Tu..Kat
hujung sana tu. Tepi pokok bunga raya yang besar tu.” Mifzal menunjuk dengan
jarinya. Iman melihat lama, kemudian baru la dia tersedar akan kereta milik
Mifzal di situ..”Ohhhh..”
Laju Iman
melangkah mendahului Mifzal ke kereta. Mifzal di belakangnya hanya tersenyum.
Iman kini sudah bersedia menanti di pintu belah penumpang.
“Iman..”
Lembut suara Mifzal memanggil Iman ketika itu.
“Ye..?”
Iman menoleh.
Bulat mata
Iman memandang sejambak bunga di hadapannya. Mulutnya terlopong. Tak percaya.
Iman mengangkat wajahnya melihat Mifzal yang sudah tersenyum.
“Ambil la.
Tanda maaf daripada saya kepada pekerja saya yang comel ni..” Mifzal tersengih
lagi sehingga menampakkan barisan gigi yang putih tersusun itu.
Tangan Iman
teragak-agak untuk menyambut jambangan bunga itu. Mukanya terasa panas.
Wajahnya kini sudah merona merah.
Mifzal
mendekatkan lagi bunga tersebut kepada Iman tanda meminta Iman mengambilnya.
Akhirnya jambangan bunga bertukar tangan.
Bunga lili
putih itu dipandang lama. Ada 5 kuntum semuanya.
“Bunga
lili putih melambangkan nilai persahabatan, hubungan yang suci.." Mifzal
tiba-tiba bersuara.
Aik..Macam
pernah dengar ayat tu tapi di mana ya?
Mifzal
mengenyitkan matanya. Alahai, nak luruh jantung tengok senyuman tu..Manisnya.
“Terima
kasih ye, bos.” Iman membalas senyuman Mifzal. Sungguh dia begitu terharu
dengan pemberian Mifzal. Tapi harus diingat, jangan terlalu mudah termakan
pujuk rayu lelaki..Bahaya tau!
“Sama-sama
kasih. Ok, jom la masuk kereta. Saya dah lapar ni. Kita pergi makan ye.” Mifzal
membukakan pintu kereta untuknya. Eh, ter’romantik’ pulak bos aku time nih.
Iman turutkan saja. Tidak sampai seminit, laju kereta Mifzal menyusur jalan ke
Tanah Rata. Mifzal tersenyum. Iman turut tersenyum. Hatinya berbunga-bunga
mekar semekar bunga lili putih di tangannya. Dapat juga dia mengubat hati yang
lara..
No comments:
Post a Comment