Pinjam gambar dari page TAUBAT |
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
( Surah Al-Ahzab : 71 )
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat
Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri
jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan
beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan
anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu,
hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya
dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar
menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan
juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk
neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar
dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi
ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan
risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah
bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar
anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam
kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk
setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam,
hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan
diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok
di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai
sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada
jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah
harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng
sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam
lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya
datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang
yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu”
dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,
seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada
sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan
berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa
dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini
walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan
meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di
kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan
untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi
di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang
atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng
rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian
saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang
yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di
leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang
comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang
saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya
kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya
kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula
ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah
sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang
datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih
kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas
terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh
hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama
malaikat.
sumber: Amekaw
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment