Hiasan je..Ambik kat sini, pinjam gambar sat na.. Huhu.. Tak sabar nak tunggu orang datang merisik..keh3.. |
“Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura'
bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir
sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer Abi, kan Haura'?!"
Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti
kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas
tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di
mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
Ada yang bertanya kepada keluarga dan jiran
tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia
dalam diam...
dan ada bermacam-macam lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?
Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf
al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah
yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang
mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah
menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan betapa berhati-hatinya Saidina
Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba
menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu.
Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau
meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu.
Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar
bertanya kepadanya:
Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat : Ya.
Umar : Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah beinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu menenal sifat hati-hatinya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat : Ya.
Umar : Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

No comments:
Post a Comment