I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 29, 2012

Kalau BF korang macam ni, korang nak buat ape?


Hello sayang... kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Inspira auto sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... pakai lak RON97 baru naik 5 sen 3 hari lepas. motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

Sumber

 ?
?
?
?
?
Apa jawapan korang daripada persoalan tajuk di atas??
?
?
?
?
?

*Minta dijauhkan la calon suami yang macam gini.. Lama2 boleh sakit darah tinggi menggunung kinabalu..fuh..

Kalau yang rasa2 dia yang berperangai macam ni, sila2 la ubah perangai ye..Kang tak pasal2 singleeeee jeh..

Dan kalau ada yang buat perangai macam ni kat CK, sory la.. TAK LAYAN la der......

♥ Kalau like, klik like ♥


Thursday, September 27, 2012

Salah Ke LELAKI Menangis??


Salah ke kalau lelaki menangis?? Air mata tu dicipta Tuhan hanya untuk perempuan je ke?? Kalau menangis tu memang hanya keistimewaan perempuan, kenapa Tuhan ciptakan perasaan dan air mata buat lelaki??

Lelaki pulak, kenapa mesti malu nak menangis?? Adakah anda akan merasakan kejantanan anda akan tercabar kalau anda mengalirkan air mata?? Hilang ke kemaskulinan anda tu kalau menitis air mata anda ke pipi??

Persoalan-persoalan ini lah yang selalu melingkari hati lelaki untuk mereka mengalirkan air mata. Apa lah salahnya untuk kita mengalirkan air mata buat sesuatu yang berguna kepada kita.

Ada yang masih ego dengan mempertahankan air matanya daripada melimpah membasahi liang-liang roma di sekitar pipi. Ada juga yang bongkak mendabik dada mengaku kuat dan keras kerana masih lagi tak mengalirkan air mata.

Aku menulis kali ni, sebab aku terasa bila ada yang mempertikaikan  lelaki yang menangis. Salah ke bila seorang manusia yang bergelar lelaki itu untuk menangis?? berdosakah insan yang bernama lelaki untuk mengalirkan air mata??

Sebenarnya, bagi aku, lelaki yang menangis adalah lelaki yang paling jujur, meluahkan perasaan dengan air mata, menunjukkan keikhlasan tanpa rasa malu untuk mengakui perasaannya. Inilah lelaki sejati.

Lelaki sejati bagi aku bukan diukur dengan berapa banyak batang rokok dia hisap, atau berapa batang tiang lampu dia pacak waktu merempit. Ataupun berapa banyak awek dia dapat pikat dalam tempoh sebulan. Lelaki yang selalu menunjukkan amarahnya dengan memukul orang lain juga bukan lelaki sejati.

Lelaki yang sejati adalah lelaki yang mampu mengawal kemarahannya tika dia dalam keadaan marahlelaki yang menghormati kehormatan seorang wanita dengan menjaga batas-batas ketika bergaul dengan seorang wanita, lelaki yang mampu mengalirkan air mata tika memikirkan perbuatannya yang silap selama ini. Inilah lelaki yang sejati.

Lelaki kebiasaannya akan menangis disebabkan perkara ni;

·  bila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
·  Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
·  Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
·  Ibu atau bapanya meninggal dunia.
·  Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
·  Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
·  Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Moga selepas ni tak ada persepsi yang serong dengan lelaki yang menangis, kerna lelaki juga berhak untuk menangis.

Menangis adalah hak dan anugerah kurniaan Tuhan buat manusia yang sering menghargai nikmat yang telah diberikan kepadanya..


Ambik gambar dari ILOVEISLAM.COM
Sumber : Jiwa Saya

*Kalau awak menangis depan saya, saya tak kan anggap awak lemah.. Dan tak pernah anggap awak lemah..

♥ Kalau like, klik like ♥

Wednesday, September 26, 2012

SubhanAllah, Masuk Islam Hanya Kerana Seorang Budak Kecil

Pinjam gambar dari page TAUBAT

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”  
( Surah Al-Ahzab : 71 )


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
sumber: Amekaw
♥ Kalau like, klik like ♥

Thursday, September 20, 2012

Diari LI Aku..5

Hari ni sudah 59 hari aku berpraktikal..

Sedih pulak hati.. Sebab esok adalah hari terakhir aku berpraktikal kat Nuklear Malaysia ni.. Seronok tu seronok jugak sebab dah nak habis.. Nak grad dah..Alhamdulillah..

Hati ni macam dah jatuh cinta buat kerja kajian tentang apa yang aku dah buat ni. Seronok.. Tapi tetap takut jugak sebab boleh terdedah kepada bahaya. Dah berapa kali aku terdedah ngan ozone (O3) akibat aku tak tau nak tekan butang yang mana satu untuk on penyedut benda alah tu.

Eh..tahu tak.. Penyelia aku tu kata aku dah pakar tau..hik3... semalam aku wat coating lagi.. bila sampel tu pass through mesin UV beberapa kali, dia tanya aku, "Dah kering ke ni Nurul?" Dia tunjuk kat aku sampel tu.. 

Aku tengok then aku cakap, "Tak kering lagi tu.."

"Dah pakar awak ye.."

"Hehe.." Aku sukeeeee... Kembang semangkuk cendol dah hidung aku.. keh3..

Nyum..nyum..nyumm...
Terliur plak..
Gambar ini dicilok dari Jiwa Saya
Mana tak nya.. Aku buat benda yang sama tu banyak kali dah..Cuma jenis sampel je lain2.. Alah..Kalau aku cite lebih2 pun, korang bukan faham pun aku wat hape kan..hehe..

Back to the previous mood, sedih...sob3..sedih la nak tinggalkan tempat ni. Nak apply terus keje kat sini boleh?

Tapi nak jadi pengarah la..hik3..Demand la kau!!!!

♥ Kalau like, klik like ♥

Tuesday, September 18, 2012

Nota Cinta Buatmu, Bakal Suamiku..


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

“Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman…”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

“Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta…adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya…Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan…”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

“Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.


Ikhlas, Izhar…
Wassalam saudaraku Muhd Izhar…

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku…Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku…janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba…
*Aku berserah, Ya Allah.. Andai dia mampu tuntunku ke jalan lurusMu, temukan aku dengannya.. Andai benar dia jodohku, kuatkan aku, tabahkan aku untuk bersama dengannya. Sesungguhnya segala pertemuan dan perpisahan itu di atas kehendakMu, Ya Rabbi..

Sumber : Niera

♥ Kalau like, klik like ♥

Sutera Baldu : Episod 22

"Assalamualaikum, opah.." Eqa melangkah masuk ke dalam rumah Mak Wan. Sunyi. Eqa terus ke bilik Mak Wan. Mungkin Mak Wan tidur agaknya, sebab itu salamnya tidak berjawab. Tirai pintu diselak. Bau minyak cap kapak kuat menusuk ke hidungnya. Eqa menuju ke dapur pula setelah melihat Mak Wan tiada di dalam bilik. Kedengaran bunyi batuk di dapur. Sah! Memang Mak Wan kat dapur.

"Opah, kan Eqa dah kata tak payah nak masak-masak. Eqa ada bawa makanan untuk opah dah. Mak yang masakkan tadi."

Eqa menegur Mak Wan yang sedang menggoreng sesuatu di dapur. Bekalan yang dibawanya diletakkan di atas meja, lantas terus Eqa membantu Mak Wan di dapur.

"Opah teringin nak makan ikan pekasam ni. Itu opah bangun nak goreng ikan ni." Mak Wan sudah duduk di kerusi. Terasa mengah walaupun berdiri tidak lama.

Eqa menggelengkan kepalanya. Geram dengan Mak Wan yang susah nak duduk diam berehat. Ada je perkara yang nak dibuatnya. Bukannya Eqa tak tahu pagi tadi elok je Mak Wan bercucuk tanam di belakang rumah tu. Bila ditanya buat apa, buang sampah katanya. Opah..Opah..Eqa ni bukan budak-budak la..

Eqa tidak kekok membuat kerja-kerja di dapur. Dia sudah biasa bermain dengan sudip dan kuali di dapur walaupun dirinya adalah seorang lelaki. Selalu dia membantu ibunya memasak di dapur.

"Eqa pun boleh tolong gorengkan la, opah. Nape tak tunggu Eqa datang je.."

Mak Wan melepaskan keluhannya..

"Ikan pekasam tu Iman yang buatkan masa dia balik hari tu."

Eqa terdiam apabila nama Iman disebut. Dia berpaling sekilas memandang Mak Wan di belakangnya. Wajah Mak Wan semakin cengkung. Kelihatan riak sedih di wajah itu.

"Opah rindu Iman.. Rindu sangat.."

Tersentuh hati Eqa apabila ayat itu yang meniti di bibir orang tua itu. Entah kenapa hatinya berasa sebak. Mungkin kerana kasihan dengan keadaan Mak Wan sekarang. Mungkin jugak hati dia juga sedang merindui Iman. Cepat-cepat dia cuba mengawal emosinya. Tak mahu Mak Wan menyedari apa yang dia turut rasakan.

Ikan pekasam yang sudah siap di goreng segera di angkat dan diletakkan di atas pinggan.

"Dah siap goreng ni, opah. Eqa hidangkan nasi terus ye?"

Mak Wan hanya mengangguk. Eqa sengaja tak mahu memanjangkan apa yang Mak Wan perkatakan tadi. Tak mahu terus membuai perasaan Mak Wan yang sedang merindui cucunya.

"Sedap kalau makan ikan pekasam ni dengan nasi panas. Cepat la makan, opah. Sejuk nasi tu nanti, tak sedap dah." Pujuk Eqa. Nasi disendukkan ke pinggan Mak Wan. Tangan Eqa laju menyenduk nasi dan lauk ke pinggannya pula.

Perbuatan Eqa terhenti apabila melihat Mak Wan masih tidak menyentuh dan menjamah makanan tersebut. Emm..  Mak Wan ni pun satu, orang nak beritahu Iman, dia yang melarang. Pastu mula la asyik sebut rindu..rindu.. Ni kalau Iman tahu, confirm Iman dah balik kampung. Getus hati Eqa. Geram melihat Mak Wan yang agak tinggi tahap kedegilannya.

"Nanti Eqa beritahu Iman yang opah sekarang tak sihat, suruh dia balik kampung cepat-cepat ye.." Eqa cuba mengumpan Mak Wan dengan kata-katanya. Sengaja dia menekan suaranya sedikit apabila menyebut nama Iman.

Pantas tangan Mak Wan memegang tangan Eqa. Eqa yang terkejut terus memandang Mak Wan. Tajam pandangan Mak Wan. Mak Wan menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak setuju dengan cadangan Eqa untuk memberitahu Iman tentang keadaannya.

"Haa..Opah tahu pun tak nak Iman tahu. Tapi opah buat macam ni, tak nak makan, asyik murung je. Kalau opah terus macam ni, Eqa beritahu terus je la kat Iman." Selamba dia berkata seakan-akan mengugut Mak Wan. Nasi di tangan terus disuapkan ke mulutnya.

Sengaja dia tidak memandang Mak Wan yang kelihatan gelisah. Dia tahu Mak Wan tak akan dapat bertahan lama dengan kedegilannya andai nama Iman yang menjadi sebutan. Perlahan-lahan tangan Mak Wan melurut jatuh daripada terus memegang pergelangan tangan Eqa. Eqa hanya mengerling dengan hujung anak matanya.

"Iye la. Opah makan la ni.." Laju jari Mak Wan mengambil lauk dan ikan pekasam di hadapannya. Mak Wan sedikit muncung. Merajuk agaknya. Kecil hati kerana Eqa seakan-akan memarahi dirinya.

Senyuman terukir di bibir Eqa. Kelakar melihat perangai Mak Wan yang kadangkalanya manja seperti keanak-anakkan. Sesekali dia patut buat macam tu. Maaf, opah.. Eqa bukan sengaja suka-suka nak buat macam tu. Eqa tak nak opah terus sakit macam ni. Iman pasti masih perlukan opah di sisinya..

Selepas makan, Mak Wan berehat di ruang tamu. Tak lama kemudian Eqa muncul dari pintu dapur menghampiri Mak Wan di ruang tamu. Segelas air masak dihulurkan kepada Mak Wan. Masa untuk makan ubat. Eqa benar-benar teliti dengan jadual waktu makan ubat Mak Wan. Setiap masa dipatuhi supaya Mak Wan cepat sembuh.

Selesai makan ubat, Eqa meletak gelas yang sudah kosong itu di atas meja. Kalau dibiarkan saja di atas lantai, risau tersepak pula nanti. 

"Eqa.. Mari duduk dekat dengan opah." ajak Mak Wan yang sejak daripada tadi hanya mendiamkan diri.

Eqa melemparkan senyuman kepada Mak Wan. Permintaan Mak Wan dituruti. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Mak Wan. Disandarkan badannya di dinding kayu rumah itu.

"Opah ada hal penting nak cakap dekat Eqa."  Mak Wan meraup mukanya beberapa kali. Sesekali kedengaran keluhan yang berat. Seperti ada sesuatu perkara yang sangat penting. Mak Wan berkira-kira untuk memberitahu dirinya. 

"Apa dia, opah. Cakap la. Eqa dengar ni." Mata Eqa tepat memandang anak mata Mak Wan. Dikemaskan cara duduknya untuk lebih selesa.

"Tapi Eqa mesti janji jangan beritahu sesiapa termasuk Iman, boleh? 

Jari telunjuk Mak Wan digerak-gerakkan di hadapan Eqa. Hati Eqa pelik dengan perilaku Mak Wan ketika itu. Perkara apa yang perlu dirahsiakan, sehinggakan Iman juga tidak boleh tahu rahsia itu? Pasti hal yang sangat penting, getus hati Eqa. Eqa hanya mengangguk sebagai tanda berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan semua orang memandangkan Mak Wan masih merenung tajam ke arahnya.

"Rahsia ni dah lama opah simpan, lebih 20 tahun. Sekarang opah rasa dah tak mampu. Opah takut sangat kalau tiba-tiba ajal menjemput tanpa sempat opah jelaskan semuanya kepada Iman. Opah dah tak lama ni."

"Ish..Opah jangan la cakap macam ni. Iman perlukan opah, opah kena jaga kesihatan baik-baik." Eqa paling tidak suka apabila Mak Wan bercakap hal seperti itu.

Kini Eqa sudah duduk mengadap Mak Wan. Eqa berminat untuk mendengar apabila Mak Wan menyebut tentang sesuatu rahsia dan ianya berkait dengan teman baiknya iaitu Iman. Mak Wan menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu hal yang sebenar.

"Emm.. Ibu kandung Iman masih hidup."

Terjegil mata Eqa apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Mak Wan. Mulut Eqa melopong. Sungguh dia sangat terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Mak kandung Iman masih hidup? Bukankah mak Iman sudah lama meninggal dunia? Sejak Iman masih kecil lagi dia sudah tiada ibu bapa disamping dirinya. Hanya Mak Wan yang teguh bersamanya.

"Mak Iman masih hidup, opah? Sebelum ni kan semua orang tahu mak kandung Iman dah meninggal. Opah sendiri yang cakap macam tu dulu. Ni macam mana boleh ada pulak ni?"

Mak Wan menggeleng laju sambil menundukkan kepalanya. Matanya dipejam kuat-kuat. Perasaan bersalah menyerbu dalam dirinya. Mata Mak Wan berkaca.

"Ibu Iman masih hidup, Eqa. Dia hidup lagi. Ibu Iman terpaksa hidup berjauhan dengan Iman semata-mata untuk selamatkan Iman dulu. Lepas Iman lahir, ibu dia terus pergi jauh supaya orang lain tak dapat cari Iman masa tu."

"Siapa yang cari Iman ni, opah? Orang jahat ke orang baik ni? Diorang nak buat apa dekat Iman kalau diorang dapat cari Iman?" soal Eqa bertalu-talu. Hatinya mula berdebar. Adakah Iman kini berada dalam keadaan bahaya?

"Kalau orang baik, ibu dia tak akan buat macam ni. Mereka bunuh ayah Iman, mereka nak bunuh ibu Iman, mereka nak bunuh anak dalam kandungan tu. Sebab tu lepas Iman lahir, ibu dia terus pergi jauh supaya mereka tak jumpa jejak Iman dan ibu dia lagi."

Istighfar panjang bila mendengar cerita itu daripada mulut Mak Wan sendiri. Eqa mengurut dadanya. Terkejut mendengar kisah keluarga Iman yang agak tragis.

"Siapa orang yang cari Iman tu? Opah tahu?" 

"Tak tahu. Ibu Iman pun cakap dia tak kenal. Ayah Iman ada pesan dekat ibu Iman supaya sentiasa berhati-hati sebab ada musuh yang cuba nak hancurkan keluarganya masa tu."

"Diorang tak tahu pulak nak cari Iman dekat kampung ni? Kalau diorang tahu opah ni mak kepada mak Iman, mesti diorang datang cari Iman dekat sini." Eqa mencelah kata-kata Mak Wan.

"Mereka tak tahu sebab opah bukan nenek kandung Iman. Opah cuma mak angkat kepada ayah kandung Iman."

Terjegil mata Eqa sekali lagi dek kerana terkejut mendengar apa yang baru diberitahu oleh Mak Wan sebentar tadi. Jantung Eqa berdegup kencang. Siapa Iman sebenarnya? Kenapa keluarga Iman diburu orang?

"Masa ibu Iman datang ke rumah ni, dia dah sarat sangat dah nak bersalin. Opah yang sambut kelahiran Iman dulu. Sebulan lepas tu ibu Iman keluar rumah dengan meninggalkan sepucuk surat. Dia pergi bawa diri jauh daripada sini. Meninggalkan amanah yang sangat berharga iaitu menjaga Iman sehingga dia besar."

"Iman langsung tak tahu tentang hal ni?"

Soalan Eqa dijawab dengan gelengan kepala Mak Wan. Masing-masing termenung memandang ke lantai. Terasa sedikit ringan apabila dapat meluahkan segala rahsia kepada Eqa. Eqa masih termenung. Jantungnya berdegup kuat. Berdebar dan terkejut menjadi satu. Sekarang macam mana keadaan Iman di sana. Adakah dia baik-baik saja?

"Opah.. Opah memang tak nak beriitahu Iman ke perkara ni?" Tiba-tiba Eqa bersuara. Keningnya sedikit berkerut sambil memandang Mak Wan di sebelahnya.

"Iman akan tahu juga nanti, bila cukup 21 tahun umur dia."

Kening Eqa semakin berkerut. Seperti sebuah permainan, detik hati Eqa. Kenapa perlu tunggu umur 21 tahun? Sekarang tak boleh beritahu ke? Mungkin nyawa Iman sekarang dalam bahaya, mana la tahu kan.. Itu yang bermain di dalam fikiran Eqa sekarang.

Lutut Eqa dipegang Mak Wan. Eqa tersentak daripada lamunannya. Terus Eqa menoleh mengadap Mak Wan di sebelahnya.

"Eqa jangan la risau. Iman selamat sekarang. Eqa kena berjanji yang Eqa tak akan bocorkan rahsia ni selagi belum tiba masanya. Opah beritahu Eqa awal-awal sebab opah risau tiba-tiba ajal menjemput tanpa sempat opah beritahu Iman. Kalau opah tak sempat, Eqa tolong beritahu Iman ye?" Dari jerih air muka itu Eqa tahu Mak Wan benar-benar mengharapkan bantuan daripadanya.

Lama Eqa memandang Mak Wan. Adakah dia mampu mengambil alih tugas Mak Wan sekiranya mak Wan sudah tiada?

Mak Wan masih memandang Eqa tanpa berkelip matanya. Hati tuanya begitu yakin bahawa anak muda itu mampu menyimpan rahsia itu dan akan bertanggungjawab ke atas rahsia tersebut.

Akhirnya Eqa mengangguk beserta dengan senyuman terukir di bibirnya. Mak Wan juga tersenyum. Begitu lega hatinya kini. Bahu Eqa ditepuk-tepuk lembut oleh Mak Wan.

"Opah percayakan Eqa. Opah percaya Eqa mampu pertahankan Iman."

Lutut Eqa di pegang kejap. Eqa dapat merasakan segala kepercayaan telah diberikan kepadanya. Opah jangan risau, Eqa akan simpan rahsia ni baik-baik. Eqa akan jaga Iman seperti Eqa jaga diri Eqa sendiri..Kerana Eqa sayang Iman sangat-sangat.

Mata mereka bertentangan menceritakan segala kata-kata hati. Mak Wan tersenyum. Dia yakin Eqa pasti akan tetap bersama dengan Iman walau apa pun yang berlaku.


Monday, September 10, 2012

Datanglah Merisik : Hati-hati Merisik



Hiasan je..Ambik kat sini, pinjam gambar sat na..
Huhu..
Tak sabar nak tunggu orang datang merisik..keh3..


“Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.

Ada orang yang menghantar spy.
Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...
dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat : Ya.
Umar : Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah beinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu menenal sifat hati-hatinya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat : Ya.
Umar : Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.


♥ Kalau like, klik like ♥

Sunday, September 9, 2012

Mencari Jawapan Rindu

Mata ku buka
Melihat dunia pada detik paginya
Seperti terasa sesuatu persoalan yang memanggil
Di dalam benak yang paling dalam
Sehingga aku menjadi ralit dengannya..

Semakin lama jiwa semakin gelisah
Gelora apa yang sukar difahami
Pamndanganku termangu..

Aku rasakan kekosongan
Seperti jiwa kehilangan sesuatu
Sesuatu yang lama menghuni hati..

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan rindu..

Dimana kan ku temui
Oh sinaran yang hakiki
Untuk menjadi penyuluh jalan di depanku
Hingga akhir waktu..

Tersedar dari lamunan yang tertitip di minda
Air hangat menitis di pipi
Perlahan jari mengesat pilu
Hati yang pedih menahan rindu..

Ya Allah, Maha Mengetahui
Segala kata di dalam hati
Kau tahu apa yang mereka tidak pernah tahu
Biar ia terkunci kemas dalam hati

Tak siapa tahu punca air mata ini
Lahir dari hati yang benar-benar terusik
Sekuat mana hati bertahan
Tidak jua seperti hati itu..

Kini aku berserah segalanya kepada yang Maha Pencipta.. Allahurabbi..♥

~Andainya kau temui cahaya yang ku cari, sudikah dikongsi bersama sebagai teman mahupun KEKASIH?~

♥ Kalau like, klik like ♥


Tuesday, September 4, 2012

Sutera Baldu : Episod 21


Leka Iman melihat bunga-bunga yang ada di situ. Disentuh bunga mawar berwarna merah jampu di tepi kanannya. Halusnya kelopak bunga ni, desis hati Iman. Didekatkan hidungnya ke bunga tersebut. Wangi. Sesekali Iman tersenyum membayangkan Daiyan yang menghadiahkannya bunga tersebut. Senyuman itu tiba-tiba mati apabila teringatkan kejadian semalam. Ahh! sudah lah!!

Langkah diatur ke bahagian bunga yang lain. Sesekali Iman memandang ke arah majikannya yang sedang berbincang dengan pekerjanya. Bukan Iman sengaja tidak mahu sertai perbincangan tersebut, namun Mifzal sendiri yang mengizinkannya pergi bersiar-siar di kawasan ladang tersebut. So, bukan aku yang malas ok..

Mata tidak puas memandang kawasan ladang yang dipenuhi dengan tumbuhan bunga yang segar. Cuaca yang sejuk walaupun matahari kini tegak meninggi di atas kepala, Iman menggosok-gosok lengannya. Berharap dapat menghangatkan sedikit tubuhnya yang kesejukan.

Sedang asyik mata leka memandang sekeliling, Iman terpandang sebuah kolam di hujung ladang. Pantas kakinya melangkah ke arah kolam tersebut. Begitu teruja Iman untuk melihatnya. Terdapat beberapa ekor ikan Koi di dalamnya. Iman melabuhkan punggungnya di tepi kolam itu. Diacah-acah ikan itu. Seronok dia melihat ikan itu yang berenang dengan laju. Ekor yang dilenggok-lenggokkan membuat Iman ketawa sendirian. Mungkin lucu bagi Iman.

Leka bermain dengan ikan, Iman tidak sedar bahawa sudah hampir setengah jam dia di situ. Tersedar dari itu, lantas cepat Iman bangun berdiri. Risau sekiranya Mifzal mencarinya tidak berjumpa. Cepat-cepat Iman beredar menuju ke tempat perbincangan itu tadi. Namun mereka sudah tiada di situ. Iman memandang sekeliling, berharap dapat melihat kelibat Mifzal di situ, namun tiada.

Iman segera berlari ke pejabat. Mungkin mereka di situ. Tiada. Iman gelisah. Ke mana la pulak lelaki ni pergi? Ish.. Jangan la tinggal aku sensorang dekat sini.

Seorang pekerja ladang berjalan melintasi Iman. Segera tangan Iman menahan pekerja tersebut.

“Encik.. Tahu tak Encik Mifzal dekat mana sekarang? Tadi dia ada dekat tepi tu je..” Iman menunjuk tempat yang dimaksudkan dengan jari telunjuknya.

“Oh.. Saya nampak Tuan masuk dalam pejabat ni tadi. Lepas tu dia pergi ke tempat letak kereta. Lepas tu tak tahu la saya dia pergi mana.” Jawab pekerja itu sambil menjungkitkan bahunya.

“Pergi dekat parking? Alamak!.. Eh, tak pe la kalau macam tu. Terima kasih ye, Encik.”

Selepas mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu, Iman terus menuju ke tempat letak kereta. Hatinya berdebar-debar.

Kini dia berdiri di tempat Mifzal meletakkan keretanya tadi. Tapi kereta tersebut sudah tiada dan kini sebuah lori besar di hadapannya. Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mana pulak dia ni? Kalau ye pun nak pergi mana-mana, ajak la aku ni sekali. Ishh..

Iman berkeliaran di kawasan parking. Panas terik matahari terasa seperti membakar kulitnya. Baru sekarang dia terasa panasnya. Ditambah dengan jantungnya yang berdegup kencang, peluh mula membasahi dahinya. Peluh dikesat. Iman masih berjalan di tepi deretan kereta yang ada di situ. Matanya liar mencari kereta milik Mifzal. Fikirannya ligat berfikir ke mana pergi majikannya. Iman merengus. Sangat tidak puas hati apabila Mifzal sanggup meninggalkannya di situ.

Mifzal memang patut dihubungi sekarang. Kocek seluar diraba-raba untuk mencari telefon bimbitnya. Eh, tak ada!

Alamak, aku tertinggal kat dalam beg aku. Beg pulak ada kat dalam pejabat, detik hati Iman. Segera dia berpatah balik masuk ke dalam ladang. Sebaik sahaja kaki Iman memijak di atas anak tangga yang pertama, dia melihat Mifzal di hadapan pintu gerbang ladangnya. Asyik mundar mandir kiri ke kanan.

Iman tanpa berlengah lagi terus mendaki anak tangga menuju ke arah Mifzal. Angin dah berombak kencang dalam dirinya. Lupa kepada telefon bimbitnya yang ingin diambil. Mifzal!!

Mendengar derapan kasut, segera Mifzal berpaling ke belakang. Iman? Ya, Iman di situ, yang datang seperti lembu ingin menanduk musuhnya. Mifzal menjegilkan matanya. Puas dia mencari Iman di kawasan ladang tidak berjumpa. Rupanya di sini.

“Bos!! Bos pergi mana tadi?!! Tinggal say...” belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya, Mifzal mencelah.

“Awak pergi mana, hah?!! Puas saya cari awak tak jumpa. Nak pergi mana-mana bagi tahu la. Berkeliaran dekat luar ni bahaya, awak tahu tak?!! Orang yang tak kenal tarik awak masuk kereta nanti,culik awak baru tahu!!” Mifzal melepaskan amarahnya. Muka jejaka itu kemerahan menahan marah.

Iman terkedu. Terkejut apabila Mifzal memarahi dirinya sebegitu rupa. Sebelum ini dia belum pernah melihat Mifzal marah dengan begitu teruk. Teragak-agak Iman nak menjawab soalan Mifzal.

“Bos.. Saya cari bos tadi.. Saya..”

“Awak ni suka buat sesuatu ikut angin awak je!”

Iman menundukkan kepalanya. Berdiri tegak kaku di hadapan Mifzal. Angin kencangnya yang tadi hilang di tiup angin monsun barat daya Mifzal. Matanya terasa panas. Mata itu mula bergenang dengan air mata. Ahh..Jangan nangis la Iman.. Jangan..

“Hah!! Nak menangis? Menangis la, menangis! Perangai macam budak-budak!!”

Mifzal terus duduk di atas kerusi kayu yang ada di situ. Rambutnya yang sedikit menutupi wajahnya diraup ke belakang. Mifzal menyandar tubuhnya. Mata dipejam. Cuba mengawal perasaan marahnya.

Iman menangis. Bukanlah menangis kerana dirinya yang lemah tetapi dia berasa sangat penat. Penat menahan perasan berdebarnya yang tadi, yang disangka telah ditinggalkan. Penat menahan marahnya terhadap majikannya namun tidak dapat diluahkan. Alih-alih dirinya pula di maki hamun sebegitu rupa. Aku tahu aku cuma kuli di sini..

Tangisan Iman teresak-esak. Iman melangkah menuruni tangga. Tidak dipandang langsung Mifzal yang ada di situ. Punggung dilabuhkan di atas kerusi batu di luar ladang. Terbayang wajah opah, Aish, Eqa dan Daiyan silih berganti. Mereka tidak pernah memarahi dirinya seteruk itu. Tidak..! Tidak..! Daiyan tidak termasuk. Daiyan dan Mifzal sama saja. Marah tanpa fikirkan perasaan orang.

Tapi mengapa perlu disamakan antara mereka berdua? Daiyan adalah teman istimewanya. Mifzal pula adalah majikan yang menggaji dirinya.

Air mata yang mengalir dikesat. Tidak sederas tadi lagi. Dagunya diletakkan di atas meja batu tersebut. Pandangannya lurus ke hadapan.

Tiba-tiba ada seseorang yang duduk di sebelahnya. Pantas Iman menoleh. Huh. Mifzal. Pantas Iman memandang ke depan semula. Kenapa nak duduk sini pulak? Duduk je la kat atas sana tu. Aku tak ganggu pun kan? getus hati Iman.

Pandangannya tumpah pada anak gadis itu. Iman langsung tidak menghiraukan kehadirannya di situ. Emm..Merajuk la tuh. Memang macam budak-budak betul la dia nih. Geram aku tengok. Rasa nak cubit-cubit je sebab degil. Monolog Mifzal di dalam hati.

Iman mengerling melihat Mifzal dari hujung anak matanya. Masih di sebelahnya. Ish..Tak suka la. Tak payah la sibuk-sibuk nak duduk sini jugak. Tadi punya la nak marah sangat kan? Kepala angin!! Hati Iman memberontak.

Ish, budak ni memang merajuk sungguh ni. Susah jugak ada pekerja macam budak-budak ni. Nak kena pujuk pulak dah. Kerja lain pulak yang tertangguh, desis Mifzal lagi.

“Emm, Iman..” panggil Mifzal lembut.

Iman mengerling tajam tanpa mengangkat mukanya. Dagunya masih di atas meja.

“Emm..” Iman membalas panggilan Mifzal.

“Pandang la booossss awak ni.” Sengaja Mifzal menekan suaranya apabila menyebut perkataan BOS itu.

Iman menoleh namun kepalanya masih di atas meja. Kini pipi kirinya pula melekat di atas meja. Iman memandang Mifzal dengan wajah selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mifzal menggeleng-geleng kepalanya melihat kerenah Iman. Aku ni ambil pekerja umur 20 tahun ke umur 2 tahun? Adui.. Sakit jiwa pulak aku jap lagi.

“Saya bukan sengaja nak tengking-tengking awak tadi. Saya cari awak tapi awak takde. Merata-rata saya cari tau tak. Saya risau sangat kalau awak hilang ke kena ape ke.” Mifzal menjelaskan situasinya.

Iman memandang Mifzal tanpa berkelip dengan wajah selambanya.

“Saya call awak pun tak berangkat. Mana la saya tak risau tadi. Tu yang bila saya nampak awak je, terus saya nak naik angin. Jantung saya ni rasa nak terkeluar dah sebab risaukan awak, tahu tak?”

Mifzal melihat Iman yang langsung tiada reaksi. Semakin sakit hati pulak dia rasa. Dengan mata Iman yang sengaja dibuat terkebil-kebil membuatkan dia rasa semakin geram dengan gadis tersebut. Spontan tangan Mifzal menampar bahu Iman. Geram.

“Pap!”

Spontan Iman berteriak akibat ditampar Mifzal.

“Adoi la.. Sakit la bos..”

Berkerut-kerut wajah Iman menahan sakit sambil menggosok-gosok bahunya.

“Degil! Saya cakap, awak buat tak tahu je.” Mifzal menarik muka. Dia menoleh ke arah lain. Merajuk la konon.

Imam tersengih. Ish..Tua-tua pun nak merajuk. Tak padan betul!

“Bos merajuk ye?” Mifzal senyap. Iman tersengih lagi.

“Oh..Bos merajuk pulak ye.. Kejap yeee..” Iman mengambil sebatang ranting kayu yang ada di situ lalu diacah-acahkan ke pinggang majikannya.

“Merajuk la..Merajuk la..Lalalala..”

Mifzal menepis-nepis kayu tersebut. Iman masih galak menyucuk-nyucuk Mifzal sambil ketawa.

“Isshhhh, awak ni!”

Laju Mifzal terus merentap pergelangan tangan Iman. Iman terkejut. Hilang gelak tawanya, kini berubah masam. Berani pegang aku ye? Wajah Mifzal dipandang. Mata mereka bertemu. Toing..toing..toing..Perlahan-lahan Iman kembali menguntumkan senyumannya.

“Bos. Lepaskan tangan saya. Lalalala.. Lepaskan tangan saya.. lalalala..” Iman meminta Mifzal melepaskan tangannya sambil menyanyi-nyanyi.

“Eh, awak ni gila ke ape nih?” Terus Mifzal melepaskan tangan Iman. Terkejut, terperanjat, terpana, terkedu, tergaman dan semua yang ‘ter’ la. Cuma tak terkentut je. Kenapa budak ni tiba-tiba jadi macam ni? Mifzal sudah bangun dari tempat duduknya. Menjauhi Iman.

Iman sudah berhenti menyanyi selepas Mifzal melepaskan tangannya. Keras perut Iman menahan ketawa. Lucu melihat Mifzal yang sangat terkejut. Jelas kelihatan di wajahnya. Sengaja Iman mengecilkan matanya sambil melangkah mendekati Mifzal.

“Nak sentuh saya lagi? Nak sentuh lagi? Nak? Nak? Nak? Huh?” Iman soal bertalu-talu. Mifzal mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah.

“Ok..Ok..Saya tak sentuh dah..Ok?”

Iman tersengih lagi..

“Ok.....” Iman terus memusingkan badannya membelakangi Mifzal sambil ketawa kecil..Rasakan!

Iman berpaling semula memandang Mifzal. Kesian. Berdiri kaku tak berganjak langsung. Penuh tanda tanya di wajah Mifzal. Iman ketawa.

“Udah-udah la tu, bos. Tak payah nak tercengang sangat la. Ingat saya gila ke? Saya tak gila la. Tersangat waras ni.” Iman menunjal-nunjal kepalanya.

Iman cuba menyedarkan Mifzal yang kelihatan ‘blur’ itu. Alahai macam kena shock plak bos aku ni.

“Saya tak gila la, bos. Bos suka hati je pegang saya, saya pun buat la macam tu nak takut-takutkan bos. Baru la bos lepaskan saya. Yang pasal tadi tu, saya duduk kat kolam ikan sana tu je. Bila saya cari bos, bos tak ada. Saya tanya orang, diorang kata bos pergi naik kereta. Saya pun pergi la cari bos kat parking pulak. Alih-alih kereta bos dah membesar jadi lori balak. Terkezut la saya ingatkan bos dah tinggalkan saya. Baru ingat nak call boss, handphone pulak kat dalam beg, kat pejabat sana tu haa..Baru la saya berpatah datang sini balik..Haaa..Begitu la cerita saya. Bukan salah saya..”

Panjang lebar Iman menerangkan keadaannya pula. Mifzal hanya mendengar.

“Tak apa la. Sekarang pun saya dah jumpa awak, sihat walafiat lagi. Tak perlu la nak masam-masam muka dah ye.” Mifzal bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

“Oh..Tak bisu lagi bos aku..” Iman berkata perlahan. Cepat-cepat Iman menguntumkan senyuman yang paling manis kepada majikannya. Harap-harap dia tak dengar..Huhu..

Lama Mifzal memandang Iman. Manisnya senyuman. Tak pernah lagi dia tersenyum macam ni kat aku. Hati Mifzal berbunga. Dah ok la kot budak ni, detik hati Mifzal.

“Ok la. Awak tunggu kat sini kejap. Saya nak settle sikit lagi hal kat atas tu.”

“Eh, bos..Beg saya ada kat atas. Kat pejabat. Saya ikut bos naik atas jugak la ye.” pinta Iman.

“Yeke? Tak apa la. Nanti saya ambilkan beg tu untuk awak. Awak duduk je la kat sini. Jangan pergi mana-mana tau. Ada orang yang tak kenal kacau awak, terus je jerit kuat-kuat minta tolong tau..” pesan Mifzal.

“Ramai je pekerja yang lalu lalang kat sini. Tak adanya orang nak..”

Mifzal dah menjegilkan matanya. Iman terpaksa mengalah..

“Emm..Iye la Tuan...” Mifzal tersenyum lalu terus berlalu naik ke atas.

Iman melepaskan keluhan. Macam-macam la bos aku ni.. Mengada-ngada jugak. Hari tu beria katanya datang sini nak aku tolong dia buat kerja tapi tengoklah sekarang, tak ada kerja pun yang aku buat lagi..Buang air mata banyak la..Huh

Tidak lama kemudian, Mifzal kembali dengan menggalas begnya.

“Ishh..Tak malu ke bos galas beg perempuan..?” Selamba Iman menegur lalu mengambil begnya daripada Mifzal. Mifzal hanya tersenyum.

“Ni kat mana kereta bos? Tak kan betul-betul dah berubah jadi lori kot?” Iman memerli.

“Tu..Kat hujung sana tu. Tepi pokok bunga raya yang besar tu.” Mifzal menunjuk dengan jarinya. Iman melihat lama, kemudian baru la dia tersedar akan kereta milik Mifzal di situ..”Ohhhh..”

Laju Iman melangkah mendahului Mifzal ke kereta. Mifzal di belakangnya hanya tersenyum. Iman kini sudah bersedia menanti di pintu belah penumpang.

“Iman..” Lembut suara Mifzal memanggil Iman ketika itu.

“Ye..?” Iman menoleh.

Bulat mata Iman memandang sejambak bunga di hadapannya. Mulutnya terlopong. Tak percaya. Iman mengangkat wajahnya melihat Mifzal yang sudah tersenyum.

“Ambil la. Tanda maaf daripada saya kepada pekerja saya yang comel ni..” Mifzal tersengih lagi sehingga menampakkan barisan gigi yang putih tersusun itu.

Tangan Iman teragak-agak untuk menyambut jambangan bunga itu. Mukanya terasa panas. Wajahnya kini sudah merona merah.

Mifzal mendekatkan lagi bunga tersebut kepada Iman tanda meminta Iman mengambilnya. Akhirnya jambangan bunga bertukar tangan.

Bunga lili putih itu dipandang lama. Ada 5 kuntum semuanya.

“Bunga lili putih melambangkan nilai persahabatan, hubungan yang suci.." Mifzal tiba-tiba bersuara.

Aik..Macam pernah dengar ayat tu tapi di mana ya?

Mifzal mengenyitkan matanya. Alahai, nak luruh jantung tengok senyuman tu..Manisnya.

“Terima kasih ye, bos.” Iman membalas senyuman Mifzal. Sungguh dia begitu terharu dengan pemberian Mifzal. Tapi harus diingat, jangan terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki..Bahaya tau!

“Sama-sama kasih. Ok, jom la masuk kereta. Saya dah lapar ni. Kita pergi makan ye.” Mifzal membukakan pintu kereta untuknya. Eh, ter’romantik’ pulak bos aku time nih. Iman turutkan saja. Tidak sampai seminit, laju kereta Mifzal menyusur jalan ke Tanah Rata. Mifzal tersenyum. Iman turut tersenyum. Hatinya berbunga-bunga mekar semekar bunga lili putih di tangannya. Dapat juga dia mengubat hati yang lara..




Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...