Laju kereta
milik Mifzal menyusur menuju ke ladang bunga Florizzo Rose. Sesekali Mifzal
memandang Iman di sebelahnya. Iman hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Elok
saja Iman melentokkan kepalanya di tepi tingkap. Pandangannya dilempar jauh
keluar daripada dasar hati. Kata-kata Daiyan semalam asyik bermain di
fikirannya.
“Baik kita
putus..”
Sepatah kata
yang keluar daripada mulut Daiyan bagaikan halilintar yang merentap segala
denyutan jantungnya seketika. Aku sedang bermimpikah? Aku tersalah dengar?
“What?!! Putus?
Why???”
“Tak ada sebab
lagi untuk kita teruskan hubungan ini.”
“Tapi kenapa
tiada sebab? Sebelum ni awak kata semoga hubungan kita ni sampai ke jinjang
pelamin dan hingga ke akhir hayat. Tapi kenapa sekarang awak cakap macam ni?!”
Iman hilang
sabar. Kenapa Daiyan perlu berubah sehingga ke tahap ini?
“Saya dah cakap
tak ada sebab. Awak ni tak faham ke?”
“Saya memang
tak faham sebab kenapa semua ni berlaku secara tiba-tiba? Apa salah saya
sebenarnya?"
Air mata
mengalir lagi. Apa semua ni? Kenapa Daiyan mahu memutuskan hubungan ini
sedangkan sebelum ini jejaka itu yang begitu berhati-hati dalam membina
hubungan ini.
Daiyan senyap
membisu di sana. Dia berupaya menahan sendunya daripada didengari oleh Iman.
Awak tak faham.. Awak tak faham..!
“Sudahlah,
Iman..”
“Awak ni
kenapa? Sebelum ni saya sms, awak bukan nak reply. Kalau saya call, punya la
susah nak angkat. Awak ni ada masalah apa sebenarnya?”
“Awak tak kan
faham!”
Iman memejamkan matanya rapat-rapat. Dia cuba untuk membuang bayangan Daiyan buat sementara waktu. Sakitnya hati, hanya dia yang tahu. Pandangannya tumpah pada tumbuh-tumbuhan menghijau. Dia mula rindukan suasana sawah padi di kampungnya.
Kereta diparkingkan sejurus mereka sampai di ladang. Iman yang sedang leka dengan lamunannya tidak
berganjak langsung daripada tempat duduknya. Mifzal baru ingin mengejutkan Iman
yang disangka tertidur mula menyedari keadaan Iman. Air mata itu mengalir lagi.
Mifzal hanya membiarkan Iman seketika, setia menunggu di sebelah anak gadis
itu.
Iman menyeka
air matanya. Mifzal yang daripada tadi memerhati dapat melihat air mata itu
mengalir sebelum sempat diseka Iman. Apa la yang bermain di fikirannya.
Sebolehnya Mifzal ingin menyelami hati gadis itu.
Dihulurkan tisu
buat Iman. Sekilas Iman menoleh ke arah Mifzal. Terkejut apabila ada seseorang
yang menghulurkan tisu buatnya. Ingatan pada Daiyan hilang serta merta apabila
matanya tertacap pada sebujur wajah yang tenang di sebelahnya.
Cepat Iman
menundukkan kepalanya. Malu bila dilihat Mifzal akan matanya yang merah akibat
menangis.
“Tak payah la
nak tunduk-tunduk. Saya dah nampak pun muka awak yang sembab tu. Macam orang tua dah.”
Iman mengetap
bibirnya. Cis!!
“Dah..Dah..Lama
dah saya tunggu awak ni. Ambil tisu nih. Lap air mata tu tapi jangan habiskan
semua tisu ni pulak. Betulkan tudung tu jugak. Senget-senget dah. Orang tak
betul je pakai tudung senget macam tu. Saya tunggu awak kat luar ni.” kata
Mifzal bersahaja. Tersenyum-senyum Mifzal dapat mengenakan Iman.
Mifzal segera
keluar daripada kereta membiarkan Iman mengemaskan dirinya. Iman menggenggam
kuat tangannya, geram. Disapu kasar air matanya, tanda protes. Bencinya aku
dengan mamat ni. Suka cakap benda yang buat aku sakit hati..Arghh..
Cepat-cepat
Iman membetulkan tudungnya yang dikatakan senget. Sesekali Mifzal mengetuk
tingkap kereta meminta supaya Iman cepat bersiap. Terkial-kial Iman membelek
matanya yang kelihatan sedikit merah. Alah, malu la nak keluar dengan mata
bengkak macam ni. Sempat lagi Iman menyapu sedikit bedak di wajahnya dan
mencalit sedikit lips balm di bibirnya.. Biar nampak segar sedikit.
Segera Iman
keluar dari kereta apabila sudah betul-betul bersedia. Mifzal masih setia menunggunya.
“Buat apa lama
sangat? Dah macam Mak Datin pergi tukar baju pulak.” kata Mifzal sambil
memandang Iman. Iman hanya tunduk memandang ke bawah. Malas untuk menjawab.
Mereka
melangkah masuk ke dalam kawasan ladang tersebut. Ada beberapa orang pekerja
datang menyapa majikannya. Iman hanya tersenyum membalas apabila Mifzal
memperkenalkannya kepada pekerja-pekerja yang ada di situ.
Dari jauh lagi
Iman sudah dapat melihat kawasan tanaman bunga-bunga di situ. Waaahhhh..
Banyaknya bunga..
“Iman..” Mifzal
memanggil..
Iman begitu
leka melihat bunga-bunga di situ sehinggakan dia tidak mendengari panggilan
daripada majikannya.
“Iman.. Awak
tengok apa?” soal Mifzal sambil mendekati Iman dan berdiri di hadapan gadis itu.
Iman terkejut. Siapa yang berdiri depan aku ni?
“Eh, bos..
Kenapa bos?” Iman memandang tepat ke arah majikannya.
“Tak dengar
saya panggil?”
“Eh..??” Iman
terkebil-kebil memandang Mifzal. Dalam fikirannya tertanya-tanya, bila bos
panggil aku? Perlahan Iman menggeleng.
Mifzal
mengeluh. Ish, kenapa la budak ni. Blur je memanjang.
“Saya panggil
awak tadi. Beg awak tu pergi simpan dekat dalam pejabat. Nanti awak jalan-jalan
kat sini, beg awak terlanggar bunga-bunga ni, rosak pulak. Nak ganti? nak?”
Mifzal sedikit sergah. Mukanya sengaja di dekatkan dengan muka Iman. Mata Iman
terjegil..
“Ye..nak..nak..
Eh, tak nak..tak nak..!” Berlari Iman masuk ke dalam pejabat. Tidak lama
kemudian Iman muncul semula dengan senyuman yang meleret sambil mendekati
Mifzal.
“Bos.. Kita nak
buat apa sekarang? Petik bunga ke?” soal Iman. Jarinya sengaja
dipatah-patahkan. Lagak seperti samseng yang bersedia untuk menyerang lawannya.
“Amboi..Semacam
dah awak ni. Nak pergi berperang ke?” Mifzal memerli. Iman hanya memandang
Mifzal sekilas. Kata-kata Mifzal tidak berbekas di hatinya walaupun sedikit.
“Kita melawat
bunga je. Kalau awak yang petik, alamatnya rugi la saya sebab semua bunga rosak
dikerjakan awak. Jom.. Emmm..semangat!” Mifzal mengerling sekilas pada Iman di
sebelahnya. Sengaja dia memperlahankan suaranya ketika menyebut ‘semangat’ itu tadi.
Niat di hati memang di tujukan khas kepada Iman.
_______________♥_______________
Suasana di
rumah opah sunyi. Sunyi seperti kebiasaannya. Ye la.. Ada cucu seorang pun, dah
belajar jauh di Kuala Lumpur. Bila la Iman akan pulang ke kampung ini semula..
Banyak hati yang merinduinya di sini.
Eqa tiba di
hadapan rumah opah. Sengaja dia ingin melawat opah pada pagi itu. Dia turut
mengajak Aish untuk bersamanya tapi keadaan ibunya yang tidak berapa sihat
membuatkan Aish menolak. Eqa sendirian.
Diberi salam
beberapa kali namun tiada yang menjawab seperti selalu. Opah pergi mana pulak
pagi-pagi ni? Eqa menuju ke bahagian belakang rumah. Mungkin opah tidak
mendengar salamnya tadi. Namun tetap sama. Tiada yang menjawab salamnya. Opah
tiada di rumah.
Fikirannya
ligat memikirkan ke mana opah sebenarnya. Selalu opah ada pada waktu-waktu
begini. Eqa duduk di pangkin tepi rumah, tempat yang dia selalu menghabiskan
masa dengan Iman dan Aish.
“Mana opah
pergi ni? Ish, tak kan pergi sawah kot? Keluar beli makanan kot. Tak pun pergi
rumah Mak Jemah beli minyak..Emm..” Eqa membuat andaian. Kalau nak terus balik,
rasa tak sedap pulak. Biar la dia menunggu sebentar lagi. Mungkin opah akan
balik tak lama lagi.
Eqa memandang
sawah yang menghijau. Pandangan yang sangat damai. Sesekali kedengaran bunyi
cengkerik yang bersahut-sahutan. Ingatannya mula tumpah pada Iman. Rindunya nak
bermain kejar-kejar di tepi sawah seperti dulu. Dia, Iman dan Aish. Pernah
orang kampung berkata, besar nanti dia akan berkahwin dengan Iman dan Aish.
Iman dan Aish bermadu.
Eqa ketawa bila
teringat andaian orang kampung. Andaian itu timbul kerana hubungan antara
mereka yang begitu akrab. Di sisinya sekarang cuma ada Aish.. Iman dah jauh.
Panas matahari
pagi menyinari matanya. Kelibat opah tetap tidak kelihatan. Mungkin perlu aku
beransur dulu. Petang nanti baru aku datang semula, berkata Eqa dalam hati. Dia
kembali menyarungkan seliparnya.
Baru Eqa
melangkah, kelihatan sebuah kereta mewah menyusur masuk ke perkarangan rumah
opah. Siapa yang datang pagi-pagi ni?
Eqa mendekati
kereta tersebut. Eqa cuba melihat kelibat orang di dalamnya. Mungkin dia kenal
atau mungkin juga tidak.
Keluar seorang
wanita dari kereta. Agak bergaya bagi pandangan Eqa. Dia hanya memerhati. Tidak
pernah pula dia melihat wanita itu. Wanita itu membukakan pintu kereta di
sebelah pemandu. Dia memimpin keluar seseorang.
“Opah!!”
Berlari Eqa ke arah opah. Terkejut dia melihat keadaan opah yang kelihatan
tidak bermaya.
“Tolong ambil
beg opah kat seat belakang.” arah wanita tersebut. Eqa hanya menurut.
Mereka masuk ke
dalam rumah. Opah di baringkan di bilik. Eqa meletakkan beg di tepi dinding. Eqa
masih belum tahu apa yang terjadi kepada opah.
“Mak Wan rehat
dulu ye. Ubat tu semua Amani dah letak kat atas meja ni.” Wanita itu bersuara.
Amani? Siapa dia tu?
Eqa tidak boleh
berhenti berfikir siapa wanita itu? Kenapa dengan opah? Eqa memandang opah dan
wanita itu silih berganti. Seperti jawapan itu ada di wajah setiap orang.
“Tolong
ambilkan air masak untuk opah ye..” Wanita itu memberi arahan lagi. Eqa hanya
menurut.
Seketika Eqa
kembali dengan segelas air masak di tangannya. Di hulurkan kepada wanita itu.
Setelah siap memberi opah makan ubat, wanita itu meminta diri untuk pulang. Eqa
menghantar wanita itu ke pintu hadapan.
“Emm..Maaf saya
bertanya, puan ni siapa ye?”
“Saudara opah..”
jawab dia pendek sambil tersenyum. Wanita yang membahasakan dirinya ‘Amani’ itu
segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan rumah itu. Eqa masuk.
Dalam hatinya
terlalu banyak persoalan namun berat untuk bertanyakan kepada opah. Dia duduk
di sisi opah. Mata opah tertutup rapat. Mungkin opah dah tidur. Baru Eqa hendak
bangun, kedengaran suara lemah opah memanggil namanya.
“Kenapa opah?”
“Janji dengan
opah yang Eqa tak akan bagi tahu Iman pasal hal hari ni ye..” susah payah opah
cuba menghabiskan kata-katanya.
“Ye, baik
opah.. Eqa janji tak bagi tahu Iman pasal hal ni..” Eqa mengiakan permintaan
opah.
Opah memejamkan
matanya. Lega mendengar jawapan Eqa. Dia percayakan anak muda itu. Melihat opah
kembali pejamkan mata, Eqa fikir opah memerlukan rehat yang secukupnya.
Persoalan yang ada dalam mindanya di simpan dalam benak fikirannya. Sekarang bukan
masa yang sesuai untuk bertanya.
“Emm.. Opah
rehat, tidur dulu ye. Tengahari nanti Eqa datang lagi.”
Sebelum
beredar, Eqa menyediakan air masak dan diletakkan atas meja ubat bagi memudahkan
sekiranya opah ingin minum air nanti. Tak perlu opah bersusah payah ke dapur
lagi.
Daripada cara
opah meminta perkara ini dirahsiakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Macam
ada rahsia lain yang disembunyikan. Wanita bergaya itu siapa? Saudara? Kenapa
sebelum ni dia belum pernah nampak wanita itu datang ke rumah opah? Eqa cuba mengingati semula wajah wanita itu tadi. Persis wajah seseorang yang dia kenal.
2 comments:
next2.. hehe.. :D
Kimi..Dah baca ke episod2 yang lain? hehe..
Post a Comment